Zuhud – Kmy Kmo & Luca Sickta Mahu Kamu Jangan Angkuh Dengan…

Dakwah Dalam Rap Cara Kmy Kmo & Luca Sickta Menerusi ZUHUD

Lirik Zuhud - Kmy Kmo & Luca Sickta Mahu Kamu Jangan Angkuh Dengan Tuhan

Bagi rapper, komposer dan penerbit, Kmy Kmo dan Luca Sickta, lagu mereka bukan sekadar memberikan sajian untuk halwa telinga, malah digunakan sebagai wadah merangsang minda pendengar dan selaku lidah kritikan sosial. Kali terakhir muncul dengan single Gong Nekara’ (2019), kini duo ini muncul pula dengan taruhan terbaru mereka berjudul Zuhud yang turut menampilkan seniman terkenal, Dato’ M. Nasir.

Jika Dato’ M.Nasir sebelum ini pernah dilaporkan mengkritik industri muzik tempatan menerusi kenyataannya bahawa lagu-lagu ciptaan sekarang terlalu mengejar pendengar sehingga kurang kreatif dan tiada lagi eksperimen. Pastinya, kesudian figura muzik terkenal ini untuk berkolaborasi dengan Kmy Kmo dan Luca Sickta menerusi lagu ini menjanjikan ‘Zuhud’ mempunyai nilai estetika tersendiri.

Kesungguhan Kmy Kmo dan Luca Sickta bereksperimentasi dalam muzik, menjadikan mereka antara anak muda yang berani memperjuangkan seni rap Melayu dalam lirik-lirik yang bernas dan membekas. Menerusi konsep ritma atas puisi, lagu ciptaan mereka sarat dengan sastera dan bau Nusantara dari segi bunyi dan langgam bahasanya.

‘Zuhud’ adalah hasil ciptaan Kmy Kmo dan Luca Sickta bersama Dato’ M.Nasir. Lagu ini yang mendapat sentuhan @LucaSickta atau nama sebenarnya Shameer Ashraf selaku penerbit rakaman, menggabungkan rentak hip hop dan elemen muzik tradisional Melayu seperti serunai dan gamelan yang sememangnya menangkapi perhatian pendengar.

M. Nasir Zuhud - Kmy Kmo & Luca Sickta Mahu Kamu Jangan Angkuh Dengan Tuhan


“Kami cuba terapkan mesej tersirat & tersurat menerusi Zuhud” – Kmy Kmo


Zuhud - Kmy Kmo & Luca Sickta Mahu Kamu Jangan Angkuh Dengan Tuhan
Gong Nekara menjadi bualan hangat ramai yang mendakwa lagu itu ‘diss track’ yang ditujukan kepada Altimet.

Dihiasi dengan lirik bak puisi, dilisankan secara rap dengan penuh gaya oleh duo ini. Senandung penuh jiwa oleh Dato’ M.Nasir, ‘Zuhud’ ialah sebuah lagu yang muziknya mampu menghantui sanubari, manakala senikatanya mampu menjentik minda pendengar. Judul dan lirik lagu ini mengangkat sebuah konsep yang sangat sinonim dalam Islam – ZUHUD iaitu untuk tidak meletakkan kepentingan kepada duniawi semata-mata tetapi lebih mengutamakan alam akhirat dalam kehidupan sehari-hari.

Mengulas tentang lagu ini, @KmyKmo atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim berkata, “Zuhud sebagai pesanan kami kepada semua pendengar untuk tidak angkuh dengan apa yang kita miliki di dunia kerana itu semua hanya bersifat sementara dan berbaliklah kepada matlamat utama kita (sebagai umat Islam) iaitu mengecapi bahagia di alam akhirat. Saya dan Luca bersyukur kerana lirik lagu Zuhud yang ditulis sepenuhnya oleh kami bersama, diterima baik oleh Dato’ M.Nasir. Ia suatu penghormatan buat kami kerana berpeluang berkolaborasi dengan legenda muzik terkenal tanahair ini,” tuntasnya.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Sexing Identity – Pengaruh Kuat Di Minggu Fesyen Lelaki F/W 2020
Zuhud – Kmy Kmo & Luca Sickta Mahu Kamu Jangan Angkuh Dengan…