5 Netflix Binge-Watch Show Sepanjang Tempoh ‘Berkurung’ Ini

5 Netflix Binge-Watch Drama Sepanjang Bulan Mac 2020

Usah Panik! 5 Netflix Binge-Watch Show Untuk Kamu Layan Sepanjang Tempoh ‘Berkurung’ Ini

18 Mac 2020. Bermulanya penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (Restricted Movement Order) yang berkuatkuasa dari hari ini sehingga 31 Mac 2020 nanti. Perutusan khas ini diumumkan sendiri oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bertujuan bagi membendung wabak Korona yang semakin membarah hari demi hari di Malaysia.

Jadi alang-alang kamu sudah ‘terpaksa’ atau ‘rela’ berada di kediaman masing-masing, tentu sahaja kamu mencari hiburan yang akan menghilangkan kebosanan yang saya jangka bakal melanda sesetengah daripada kita (terutama golongan belia dan gen Z), apa kata kita layan dahulu 5 Netflix Binge-Watch Show di bawah bagi ‘membunuh masa’? Dua minggu agak lama juga bukan?


Rupaul’s Drag Race Season 12

Baiklah, kita bermula dengan rancangan realiti kegemaran saya, program pencarian drag queen paling mendunia yang diterajui oleh the one and only RuPaul Andre Charles.  Buat masa ini, baru episod ketiga ke udara untuk musim ke-12 ini, setiap episod baru akan ditayangkan setiap hari Sabtu.

Namun, kamu boleh sahaja binge-watch daripada musim pertama hingga ke musim ke-11 yang turut tersedia di Netflix. Buat kamu yang belum mengenali rancangan ini, sedia untuk terpesona! Selamat datang ke semesta sinema Rupaul’s Drag Race!


Kingdom (Season 2)

Drama aksi ini mengambil tempat di zaman pemerintahan beraja di Semenanjung Korea dan sudah pun memasuki musim kedua bulan ini. Apa yang lebih menarik dari melihat zombi dibunuh dengan pistol dan gergaji elektrik? Ya, melihat mereka dibunuh dengan panah dan pedang yang epik! Menonton ‘Kingdom’ seperti kamu menonton ‘Game of Thrones’ dan ‘Walking Dead’ secara serentak.

Gunakan masa terluang kamu itu untuk binge-watch ‘Kingdom’ daripada musim pertama untuk drama zombi yang mendapat sambutan hangat bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia ini!


The Letter For The King

Bercakap tentang ‘Game of Thrones’, satu berita baik buat mereka yang rindu dengan drama fantasi, politik dan perang zaman Medieval Eropah! Netflix membawa semula pertarungan pedang dan makhluk mitos untuk ‘The Letter for the King’. Ia adalah siri adaptasi novel dari Belanda yang terkenal di kalangan remaja. Apa lagi isinya kalau tidak pengembaraan seorang remaja lelaki bersama rakan-rakannya, yang ditakdirkan untuk menyampaikan sepucuk surat penting kepada raja di kerajaan jiran.


ON MY BLOCK (SEASON 3)

‘On My Block’ sudah pun memasuki musim ketiga dan ia lebih ‘ganas’ daripada musim pertama dan kedua!

Bagi kamu yang belum pernah menonton siri ini, ‘On My Block’ bercerita tentang empat sekawan, Monse (Sierra Capri), Cesar (Diego Tinoco), Ruby (Jason Genao) dan Jamal (Brett Gray) yang membesar di kawasan kejiranan samseng di Freeridge, Los Angeles.

Sedang mereka bergelut untuk menghabiskan zaman persekolahan mereka, mereka sekali lagi terlibat dengan jenayah dan keganasan yang sentiasa menghantui kejiranan tersebut. Walaupun ia drama dengan tema yang berat, tetapi ia masih dibawa dengan gaya yang bersahaja, cool dan humor.

‘On My Block’ adalah drama remaja dengan gaya yang berlainan. Not your typical teenage love story.


 ELITE (SEASON 3)

Satu lagi drama remaja yang harus kamu tonton di Netflix. ‘Elite’ adalah drama remaja dari Sepanyol, mengikuti kisah pelajar-pelajar di Las Encinas High Scholl yang dibelenggui oleh misteri pembunuhan, drama, parti dan babak-babak seks. There are some ‘Riverdale’ vibes without the cult and mind-control drug. Jika kamu biasa menonton ‘How to Get Away with Murder’, cuma ia dalam Spanish.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Takut Coronavirus: Wajarkah Tindakan Naomi Campbell?
5 Netflix Binge-Watch Show Sepanjang Tempoh ‘Berkurung’ Ini