AME 2020: Siapa Hos Misteri Yang Bakal Menemani Nabil Ahmad & Jihan Muse?

Nabil Ahmad & Jihan Muse kekal kendali pentas utama AME 2020

AME 2020: Siapa Hos Misteri Yang Bakal Menemani Nabil & Jihan?

Anugerah MeleTOP Era atau #AME ialah anugerah pilihan penonton yang memberikan kuasa sepenuhnya kepada peminat untuk menentukan pemenang bagi kesemua 15 buah kategori utama yang dipertandingkan.

Permulaan dekad serba baru, penganjuran #AME2020 kembali lebih mantap dan meriah untuk edisi ketujuh pada tahun ini, bertemakan ‘Yang Epik, Yang Legend’’ bagi meraikan karya dan personaliti paling ‘meleTOP’ merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital sepanjang 2019.

AME 2020: Siapa Hos Misteri Yang Bakal Menemani Nabil & Jihan? 1

TRIVIA AME 2020

1 – #AME2019 adalah program LIVE tempatan no1 paling banyak ditonton di platform Astro Go sepanjang tahun lalu. Ia juga mencatatkan peningkatan penglibatan penonton atas talian sebanyak 3.1 juta iaitu 37% lebih tinggi berbanding #AME2018.

2 – Melihat kepada penerimaan positif dan keserasian mereka sewaktu mengendalikan pelbagai acara berprestij berskala besar, selebriti versatil, Nabil Ahmad dan Jihan Muse diberi mandat untuk menggalas tanggungjawab sebagai hos utama #AME2020.

3 – Seorang lagi hos utama juga bakal dibawa masuk untuk menemani Nabil dan Jihan di pentas #AME2020 akan diumumkan kelak.

4 – Masih mengekalkan format asal, penyertaan #AME2020 adalah terbuka kepada semua syarikat penyiaran televisyen dan radio tempatan, syarikat rakaman, penerbit, artis-artis dan penyumbang seni dalam industri hiburan untuk mengambil bahagian.

5 – Senarai pencalonan TOP20 untuk 15 kategori utama yang dipertandingkan telah disenarai pendek menerusi sesi penilaian tertutup oleh panel juri khas yang berpengalaman dan berpengaruh dalam industri hiburan tanah air.

6 – Bagi memantapkan lagi kandungan penganjuran #AME2020 agar seiring dengan perubahan lanskap industri seni hiburan tempatan, dua kategori baharu turut diperkenalkan iaitu Artis Versatil Paling MeleTOP dan Influencer Paling MeleTOP.

7 – Manakala satu lagi kategori baru turut diperkenalkan iaitu Top Top MeleTOP (Grup/Duo). Untuk kategori ini, pemilihan pemenang adalah berdasarkan grup/duo yang menerima jumlah undian tertinggi di kalangan calon 5 terbaik untuk kategori utama.

8 – Sementara itu, 3 kategori sedia ada pula digugurkan daripada senarai utama untuk edisi kali ini iaitu Program Radio MeleTOP, Penyampai Radio MeleTOP dan Pelawak MeleTOP.

9 – Menerusi kolaborasi hit bersama ERA, senarai pencalonan untuk 3 kategori utama iatu ‘Lagu MeleTOP ERA’, ‘Penyanyi MeleTOP ERA’ dan ‘Grup/Duo MeleTOP ERA adalah berdasarkan CARTA ERA sepanjang tahun 2019.

10 – Buang undian kamu untuk TOP5 #AME2020 di aplikasi SYOK atau laman rasmi Anugerah MeleTOP ERA 2020 

#AME2020 bakal dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 12 April 2020, jam 9 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Kostum Lizzo Lebih 100,000 Kristal Swarovski Di Grammys!
AME 2020: Siapa Hos Misteri Yang Bakal Menemani Nabil Ahmad & Jihan Muse?