Untold Stories: Projek Terakhir Peter Lindbergh Nukilannya Sejak 80an!

Terkenal dengan penghasilan gambar-gambar hitam putih yang memotretkan model-model era 90an. ‘Untold Stories’ adalah sebuah penghargaan kepada insan di sebalik foto-foto ikonik fesyen.

untold stories

Dua tahun sebelum Peter Lindbergh meninggal dunia, dia melakarkan sendiri idea di sebalik pameran ini akan berlangsung. Dia telah mengeluarkan 140 gambar-gambar ikonik daripada arkib emasnya bertarikh bermula awal 80an. Termasuk legenda Claudia Schiffer, Karen Elson, Milla Jovovich dan ramai lagi.

Hasil kerjanya mula mendapat perhatian di awal 90 an termasuk menghasilkan gambar muka harapan Vogue. Peragawati seperti Cindy Crawford, Naomi Campbell dan Linda Evagelista termasuk dalam sejarah legenda itu. Muka hadapan majalah Vogue pertama di bawah kelolaan Anna Wintour pada November 1988 juga telah dipotret olehnya.

untold stories

Hasil pameran ‘Untold Stories’ ialah tentang epitome seorang jurugambar terhadap kerja yang ingin mereka sampaikan kepada generasi muda. Difahamkan projek ini adalah seratus peratus penghasilan daripada idea dan pemilihan gambar daripada Lindbergh tanpa campur tangan orang lain. Jika kamu berkesempatan, semak jadual pameran yang berlangsung di Eropah sepanjang tahun.

untold stories

untold stories

untold stories

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Lihat 5 Kuku Lisa Blackpink Hasil Eunkyung Park Unistella
Untold Stories: Projek Terakhir Peter Lindbergh Nukilannya Sejak 80an!