‘Sumpah’ Naim Daniel Menawan 6 Juta Penonton!

Sumpah Naim Daniel Membawa Tuah di pentas akhir #AJL34

Sumpah Naim Daniel Menawan 6 Juta Penonton!

Sumpah setiaku kan tetap ada di sini, dengarkanlah aku, jiwa ku tulus untukmu…

Itu bait-bait lirik Sumpah nyanyian Naim Daniel yang berjaya memukau juri-juri profesional dan ribuan penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil, lantas berjaya menyandang gelaran Juara Lagu ke-34, Ahad lalu.

Peristiwa bersejarah Anugerah Juara Lagu 34 (#AJL34) buat jejaka yang baru sahaja 22 tahun itu disaksikan oleh 6 juta penonton di TV3 menurut sumber Nielsen Audience Measurement serta menerima hampir 1.5 Juta tontonan di laman Youtube TV3 Malaysia.

Keputusan #AJL34 yang diadili secara sebulat suara oleh Ajai selaku Ketua Juri bersama panel juri profesional seperti Azmeer, Edrie Hashim, Dato’ Wah Idris, Altimet, Helen Yap, Dato Mokhzani, Sharon Paul, Aznul Haidi dan Cat Farish, menyimpulkan satu keputusan muktamad, seperti berikut:

Juara Lagu

Tajuk Lagu: Sumpah
Penyanyi: Naim Daniel
Komposer: Naim Daniel & Omar K
Penulis Lirik: Naim Daniel

Naib Juara

Tajuk Lagu: Bangun
Penyanyi: Aman Ra
Komposer: Navigator
Penulis Lirik: Aman Ra

Tempat Ketiga

Tajuk Lagu: Anta Permana
Penyanyi: Bob Yusof
Komposer: Hael Husaini & Ezra Kong
Penulis Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

Vokal Terbaik & Persembahan Terbaik

Tajuk Lagu: Kisah Cinta Kita
Penyanyi: Hafiz Suip
Komposer: Ikhwan Fatanna & Ayden Ali
Penulis Lirik: Datuk A. Aida

Selain daripada membawa pulang trofi #AJL34, pemenang-pemenang #AJL34 turut memenangi hadiah-hadiah lain mengikut kategori. Pemenang Persembahan Terbaik yang ditentukan melalui undian penonton di Xtra.com.my, menerima wang tunai RM12 ribu, trofi Anugerah Juara Lagu 34 dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM1 ribu.

Pemenang Vokal Terbaik pula menerima wang tunai RM12 ribu, trofi Anugerah Juara Lagu 34, baucar McDonald’s Malaysia bernilai RM10 ribu serta baucar CJ Wow Shop bernilai RM1 ribu.

Tempat Ketiga menerima wang tunai RM20 ribu, trofi Anugerah Juara Lagu 34 serta baucar CJ Wow Shop bernilai RM3 ribu. Naib Juara menerima wang tunai RM35 ribu, trofi Anugerah Juara Lagu 34 serta baucar CJ Wow Shop bernilai RM5 ribu. Juara Lagu menerima wang tunai RM50 ribu, trofi Anugerah Juara Lagu 34 serta baucer CJ Wow Shop bernilai RM10 ribu.

Tamatnya Anugerah Juara Lagu 34 ini, maka bermulalah sebuah kitaran baru ke arah Anugerah Juara Lagu 35! Penyokong tegar #AJL diberikan tanggungjawab untuk mengundi lagu-lagu kegemaran mereka di carta Muzik Muzik.

Sumpah Naim Daniel Menawan 6 Juta Penonton!

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Inilah Rupanya Rahsia Cantik Wanita Korea Amalkan Sejak Kecil
‘Sumpah’ Naim Daniel Menawan 6 Juta Penonton!