Tiket AJL 34 Laku Keras, Cepat Dapatkan Sebelum Terlambat!

Tiket AJL 34 hanya tinggal aras 4

Tiket AJL 34 Laku Keras, Cepat Dapatkan Sebelum Terlambat!

Tiket Anugerah Juara Lagu 34 (#AJL34) yang mula dijual sejak 9 Januari 2020 lalu, sudah hampir habis terjual! Kini hanya tinggal tiket Aras 4 yang berharga RM30 sahaja yang masih dijual. Tiket Arena habis dijual dalam masa 24 jam sejak diwar-warkan, manakala Aras 3 pula habis terjual dalam masa satu minggu.

Penjualan tiket semakin rancak ketika Showcase #AJL34 yang diadakan di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana pada 18 Januari lalu. Kehebatan kesemua finalis #AJL34 pada malam itu memang tidak dapat disangsikan lagi apabila lebih 1,500 pengunjung masih tetap tidak berganjak daripada tempat duduk mereka walaupun hujan lebat serta guruh berkumandang.

Mereka tetap setia memberi sokongan dan berhibur bersama Aina Abdul, Hazama The Panglipurlara, Hafiz Suip, Naim Daniel, Bob Yusof, Haqiem Rusly, Ernie Zakri, Aman Ra, Akim and The Majistret, dan Kugiran Masdo.

Haqiem Rusli Tiket AJL 34 Laku Keras, Cepat Dapatkan Sebelum Terlambat!


#AJL34 kali ini akan membuka tirai dengan persembahan himpunan pemenang-pemenang Anugerah Vokal Terbaik #AJL terdahulu seperti Liza Hanim, Misha Omar, Adibah Noor, Jaclyn Victor dan ramai lagi


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak, “Kami amat teruja dengan penerimaan peminat yang amat menggalakkan ini. Pengunjung yang hadir pada hari showcase tersebut memang tidak dijangka dan ini membuktikan bahawa Anugerah Juara Lagu masih relevan dalam industri hiburan tanah air. Sememangnya anugerah berprestij seperti AJL ini dinanti-nantikan oleh penonton dan juga karyawan muzik tanah air.

Tema #AJL34 juga amat menarik dan unik iaitu ‘Warna-Warna Suara’ di mana ia akan meraikan pelbagai akrobatik suara penyanyi-penyanyi tanah air. Persembahan interlude dan penutup #AJL34 bakal menghimpunkan penyanyi-penyanyi hebat seperti Datuk Sheila Majid, M. Nasir, Ameng, Dato’ Hattan dan ramai lagi.  Semestinya #AJL 34 ini akan memberikan pengalaman yang akan membuat penonton meremang bulu roma dan menjadikannya sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan,” tambahnya lagi.

Jangan ketinggalan untuk merasai kehangatan Anugerah Juara Lagu 34 secara langsung di Arena Axiata, Bukit Jalil pada 9 Februari 2020 ini dengan mendapatkan tiket #AJL34 di @myticket.asia. Buat peminat yang tidak berkesempatan untuk hadir ke stadium, mereka boleh menonton #AJL34 secara langsung melalui TONTON dan TV3. Gunakan tanda pagar #AJL34 di semua laman media sosial kamu untuk hangatkan lagi perbualan di alam maya.

Hazama Tiket AJL 34 Laku Keras, Cepat Dapatkan Sebelum Terlambat!

Aman Ra, Tiket AJL 34 Laku Keras, Cepat Dapatkan Sebelum Terlambat!

Naim Daniel Tiket AJL 34 Laku Keras, Cepat Dapatkan Sebelum Terlambat!

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
5 Video Huda Kattan Yang Boleh Dijadikan Inspirasi Kala Bersolek
Tiket AJL 34 Laku Keras, Cepat Dapatkan Sebelum Terlambat!