TOMOKTWNTY: Sampai Pecah Pintu Backstage Peminat Nak Jumpa Tomok!

TOMOKTWNTY: Sampai Pecah Pintu Backstage Peminat Nak Jumpa Tomok!
Tomok Buka Lembaran 2020 Dengan Dokumentari Khas TOMOKTWNTY

Khas buat peminat setia Tomok yang menjadi tulang belakang kariernya selama ini, sebuah dokumentari khas mengenai perjalanan seninya telah diterbitkan. Dokumentari khas yang dinamakan TOMOKTWNTY ini berkisarkan tentang 20 tahun pembabitan Tomok di dalam industri seni tanah air.

Sebanyak 4 episod (berdurasi 15 minit setiap satu) bakal menyingkap sejarah bagaimana Tomok bermula sebagai vokalis NewBoyz sehingga dia bergerak secara solo. Menceritakan bagaimana naik turun dan kejayaan yang dicipta Tomok. Dokumentari ini juga menampilkan Zul2by2, Zimi Sofazr, Aubrey Suwito dan ramai lagi orang kuat kepada kerjaya seni Tomok sepanjang dia bergelar anak seni.

Episod pertama sudah pun disiarkan, TOMOKTWNTY boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Monkey Bone dan setiap episod akan disiarkan setiap 2 minggu sekali.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Stailish Video