Selamat Tinggal Fesyen : 2020 Fashion Departure

Fashion departure game strong. Selepas satu-persatu, kita di dunia fesyen ini tak berkesudahan ‘dicabar’ oleh warta yang menggundahkan. Tahun lepas sahaja, terhebah berita pengunduran diri pengarah kreatif daripada beberapa jenama fesyen, kemudiannya dikhabarkan pula kisah jenama fesyen yang gulung tikar dan baru dua minggu lepas kami menulis tentang Garance Dore yang tidak mahu lagi membabitkan diri dengan minggu fesyen.

What went wrong? Entahlah.

Saya tahu banyak yang sudah jera atau cemuih. Apa yang tersimpan dalam jiwa dengan permintaan dunia telah menemukan sesuatu yang berbeza, mungkin. Ada juga yang barangkali memupuk semangat tahun 2020 sebagai era baharu, makanya sudah tiba masa untuk beranjak ke fasa yang baharu.

Awal tahun 2020 ini ada tiga warta yang kiranya agak kurang enak terdengar : minggu lepas sahaja kita dikejutkan dengan persaraan Jean Paul Gaultier juga penutupan jenama Opening Ceremony dan Glenda Bailey meletakkan jawatannya sebagai ketua pengarang Harper’s Bazaar.

OPENING CEREMONY TUTUP, SELEPAS 18 TAHUN

fashion departure 2020

Kata orang, “retail apocalypse”. Tetapi tidaklah maha dahsyat sebegitu. Cuma barangkali ‘tuah’ tidak berpihak kepada mereka. Lantaran itu, terpaksa menoktahi perjalanan bisnes. Hiba melihat pengumuman yang tertulis dalam akaun Instagram mereka,

 This is why it’s incredibly emotional for us to announce today that we will be closing our Opening Ceremony retail locations sometime in 2020.

Opening Ceremony yang diasaskan oleh Humberto Leon dan Carol Lim akan menutup semua stor utamanya. Mula beroperasi pada 2002, dengan mengetengahkan banyak jenama fesyen generasi muda seperti Eckhaus Latta, Alexander Wang, Proenza Schouler dan banyak lagi, akhirnya tidak akan menyambung operasi peruncitan yang selama ini terletak di tiga lokasi utama – New York, Los Angeles dan Tokyo.

View this post on Instagram

We are immensely proud of the experience we created through each of our stores. Each one has been a fearless testing ground for ideas and a place for the community to come together, not only to shop, but to discover. We explored the planet for the underrepresented, the outlandish and the utterly unique, in order to surprise our customers day after day. Hundreds upon hundreds of designers have called our stores home for their very first collections and it’s amazing how each store took on a life of its own. With our constant desire to reinvent, we will return to creating stores, but with a different mindset and perspective in order to wow people who are self-proclaimed shop-til-we-drops like us. Most importantly, this is a thank you letter. As children of immigrants who grew up in the suburbs, looking through magazines to learn about what was happening in fashion and culture, we feel incredibly lucky to have been able to even start this company. It is a thank you to you and to everyone who has stepped foot in our stores, offices, fashion shows, parties and homemade dinners by Wendy Leon. We thank our friends, family and our collaborators who brought their genius to Opening Ceremony (Chloe, Spike, Solange, Sasha, Robyn, and hundreds more). Our deepest thanks goes to our dedicated employees, without whom Opening Ceremony would not have the humanity, kindness and spirit of friendship that it is known for. Love, Carol and Humberto

A post shared by Opening Ceremony (@openingceremony) on

Sayangnya kerana Opening Ceremony adalah jenama yang menjadi wadah tumpuan kreativiti unik dan tempat jenama-jenama generasi muda bertapak. Sungguhpun Humberto dan Carol masih lagi percaya dengan peruncitan atau butik yang memiliki modul unik seperti Opening Ceremony, namun mereka akur pada perubahan demografi budaya membeli-belah semasa. Tunduk dengan permintaan pasaran yang semakin berbeza paradigma-nya.

Buat masa ini, khabarnya Opening Ceremony akan berpangkalan di Milan dan meneruskan keberadaannya sebagai jenama senama tanpa ada butik atau stor. Humberto dan Carol masih lagi bertindak sebagai pengasas juga pengarah kreatif.

2020 FASHION DEPARTURE : JEAN PAUL GAULTIER BERSARA

fashion departure 2020

Atas sebab apa? Kerana mahu bersara. Itulah yang diputuskan oleh Jean Paul Gaultier. Bukan kerana bersikap pesimis terhadap masa depan, tetapi hanya beralasan persaraan sahaja. Setelah mendewasa dengan dunia fesyen lebih lima dasawarsa, Jean Paul akan mengucapkan selamat tinggal kepada jenama senama miliknya.

Pertunjukan couture musim bunga panas 2020 adalah pertunjukan terakhir Jean Paul. Dia yang mengasas jenama senamanya itu bermula pada 1976, mewartakan pemergiannya menerusi Instagram. Bilang Jean Paul, pertunjukan couture terakhir itu akan diadakan di Theatre du Chatelet dan akan ada parti besar-besaran.

Mengenali Jean Paul yang radikal dan tidak konformis, kami menjangkakan pemergian yang dramatik, sarat dengan kelainan juga mengujakan!

Tetapi dalam video Instagram tersebut, katanya, haute couture Gaultier tidak akan terbantut di situ sahaja. Ia akan diteruskan dalam olahan konsep terbaru. Konsep yang bagaimana? Belum tahu lagi dan akan didedahkan sewaktu pementasan couture musim bunga panas 2020-nya nanti.

GLENDA BAILEY MENGUNDURKAN DIRI DARIPADA HARPER’S BAZAAR

fashion departure 2020

Satu lagi berita pengunduran diri terdengar. Selepas beberapa nama besar industri majalah atau editorial fesyen bersara dan mengundurkan diri, tiba masa Glenda Bailey pula menyusuli.

Ketua pengarang Harper’s Bazaar US ini – menghidupkan cover majalah yang terkesan seperti meletakkan Angelina Jolie di gurun dikelilingi harimau bintang, memotret gambar Margot Robbie bergantung bersama gymnastic rings, mewujudkan isu ‘unretouched’ dengan memaparkan Serena Williams tanpa sebarang edit dan menggandingkan The Weeknd dengan supermodel terkemuka – diumumkan pemergiannya oleh syarikat penerbitan Hearst sendiri.

Sudah tiga dekad Glenda memegang ‘takhta’ ketua pengarang Harper’s Bazaar US dan dia dikhabarkan akan berhenti pada hujung Februari ini. Namun, Glenda akan meneruskan khidmatnya sebagai penasihat untuk 29 titles Harper’s Bazaar segenap dunia.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Fazril Razif
Selamat Tinggal Fesyen : 2020 Fashion Departure