Azira Shafinaz, Daiyan Trisha & 8 Selebriti Lain Yang Membuatkan Kami ‘On-Repeat-Mode’ Melihat #OOTD Raya Mereka!

Kami suka #OOTD Raya yang dipersembahkan oleh Azira Shafinaz, Daiyan Trisha, Yaya Zahir, Sophia Liana dan beberapa lagi. Kerana apa yang kami lihat bukanlah #OOTD biasa seperti bergambar, posing dengan sudut kamera dari bawah dan bergaya sebelah kaki di hadapan. Bukan. Mereka gigih berolah di hadapan kamera, merakam video seraya melakukan challenge yang menginspirasikan kami!

Ada kami menanya soalan tentang ‘Apa yang kamu akan buat pada Hari Raya #NormalBaharu yang pertama’ di Instagram. Ada yang membalas – barangkali akan mengambil gambar #OOTD baju Raya sahaja. Iya lah, tidak ada apa lagi yang boleh dibuat. Memandangkan senario berhari Raya normal baharu kali ini tidak lazim seperti yang sebelum-sebelumnya, di mana pada hari Raya pertama sahaja kita dibenarkan untuk berkunjung, bertemasya dalam keadaan yang terbatas dan seumpamanya.

Dan, tepat sekali andaian mengambil gambar #OOTD tersebut. Oleh itu, kami tak habis-habis stalk bebrapa Instagram selebriti, untuk melihat gaya mereka berhari Raya dan yang menariknya 2020 ini, ada beberapa selebriti yang menunjukkan kesungguhan mereka ‘membingkaikan’ #OOTD hari Raya dalam bentuk motion. Yakni video. Mereka melakukan efek baju bertukar-tukar, berkongsi tips gaya, menyahut challenge seperti Wipe Challenge, I Dissed His Waifu Challenge yang diubah menjadi catwalk dengan stail bertukar-tukar dan lain-lain lagi. Malah, sebelum menjelangnya hari Raya lagi mereka sudah berkongsi video #OOTD di akaun Instagram serta Tik Tok.

Since we survived hari Raya ‘perintah berkurung bersyarat’ yang ketiga, barangkali kita punya lebih masa untuk merakam video #OOTD, mengedit ia supaya kelihatan menarik untuk ditonton dan berkongsi tips stail dengan pengikut-pengikut kita di Instagram, seperti mana yang dilakukan oleh selebriti-selebriti pilihan kami ini. Ayuh lihat siapa sepuluh selebriti pilihan STAIL.MY yang mengikut trend semasa, mengolah #OOTD dalam bentuk video sebagai apresiasi ke atas penggayaan berhari Raya untuk dikongsikan bersama pengikut-pengikut mereka!

1. Yaya Zahir dengan tips gaya bersama beg Dior

2. Puteri Aishah bertukar-tukar baju, diiringi lagu Raya ‘Selamat Berhari Raya’ oleh Rahimah Rahim

3. Ruzana Ibrahim menyandiwarakan challenge lagu ‘I Like Him’ oleh Princess Nokia

4. Azira Shafinaz beraksi tukar-tukar baju dengan challenge lagu ‘I Dissed His Waifu’

5. Mimi Fly berjalan catwalk, memperagakan gaya berhari Rayanya

6. Siti Saleha menggayakan Alia Bastamam, diiringi lagu ‘Di Pagi Aidilfitri’ oleh Rosemaria

7. Sophia Liana melakukan aksi tarian Tik Tok ‘Cono’

8. Daiya Trisha bertukar-tukar baju Raya, diiringi lagu ‘Seloka Hari Raya’ oleh Hail Amir & Uji Rashid

9. Syasya daripada Dolla menyahut cabaran ‘Wipe It Challenge’

10. Elisya Sandha melakukan ‘Woah Challenge’ sambil bertukar-tukar baju

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Kumpulan K-Pop BTS Kongsi Rahsia Penjagaan Kulit Wajah
Azira Shafinaz, Daiyan Trisha & 8 Selebriti Lain Yang Membuatkan Kami ‘On-Repeat-Mode’ Melihat #OOTD Raya Mereka!