Beg Tangan SS 2020 Untuk Bulan Mac Yang Lebih Stailish!

Kami menemukan lapan beg tangan SS 2020 yang wajar – patutkah kami cakap wajar? Ataupun wajib? Hmm – dimiliki atau dibeli bulan ini. Menjadikan bulan Mac (bulan fesyen) lebih stailish daripada biasa!

Waktu sekarang memang tidak mengizinkan. Faham, kerana tengah pedih dan susah hati dengan situasi virus pembunuh yang menular merata-rata kini. Bukan sebab tak peka, namun kami mahu just few minutes from you untuk mengisarkan pandangan dan tumpu kepada cadangan kami. Untuk menceriakan hati kamu, menjadikan bulan Mac sebagai bulan stailish.

Yakni lapan beg tangan SS 2020!

Dalam pertunjukan minggu fesyen Milan musim luruh dingin 2020 pada bulan Februari lepas, Gucci mengeluarkan semula beg tangan yang pernah dipopularkan oleh Jacqueline Kennedy dahulu yakni beg tangan Jackie. Alessandro Michele memunculkan idea rekaan beg Jackie yang baharu ini dalam material kulit paten, rona pudar dan dilengkapi lagi oleh tali kancing signature – signature beg tangan Jackie.

Beg tangan yang melalui pertukaran nama sebanyak tiga kali – mula-mula nama beg ini Constance, ditukarkan kepada Jackie kerana menjadi pilihan Jacqueline Kennedy, kemudian bila masuknya Frida Giannini, dia ubah nama beg tersebut kepada Bouvier – dan hadir pula Alessandro mengganti tempat Frida, menafaskan kembali nama Jackie. Kemunculan beg tangan Jackie ini menjadi antara sorotan utama musim luruh dingin 2020 dan verdict kami? Bakal menjadi beg tangan mesti ada nanti.

Untuk musim bunga panas 2020 ini pula, Coach menyelongkar arkibnya dan menghidupkan kembali beg Rambler. Beg yang sangat ikonik pada akhir era 60an ini diperbaharui menerusi gayanya – beg crossbody, dengan motif jaluran serta penutup turnlock – sungguhpun Coach masih mengekalkan lagi material kulit yang sigifikan buat rumah fesyen Coach. Dan dalam pada gelombang The New Bottega melanda, kami mengambil kesempatan ini untuk menjadikan beg tangan Bottega Veneta sebagai beg yang harus dimiliki. Lebih-lebih lagi clutch Envelope musim bunga panas 2020-nya. Rekaannya yang streamlined, bentuk segi tiga, diperbuat daripada kulit bebiri, siluet minima dan ultra-moden… what’s not to love?! Terlalu sempurna untuk musim bunga panas kamu!

Bercakap tentang menghidupkan kembali beg ikonik tadi, Fendi pun sama, antara yang mempertaruhkan beg tangan ikoniknya. Sudah tentulah beg Baguette yang ditukar gayanya kepada crossbody. Kali ini, id dikemaskan oleh finishing seperti binding yang bercorak floral dan kelihatan psikedelik.

DARIPADA COACH KE GIVENCHY, KAMI SENARAIKAN BEG TANGAN SS 2020 YANG WAJAR DIMILIKI BULAN INI

beg tangan ss 2020

1. FENDI BAGUETTE

Beg Tangan SS 2020

2. VERSACE VIRTUS

Beg Tangan SS 2020

3. BOTTEGA VENETA ENVELOPE CLUTCH

4.COACH RAMBLER

Beg Tangan SS 2020

5. TOD’S

Beg Tangan SS 2020

6. GIVENCHY

Beg Tangan SS 2020

7. DIOR LADY D-LITE

8. GUCCI 1955 HORSEBIT 

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Coronavirus & PFW Diteruskan? Paris Tak Follow Trend, Tetapi ‘Cipta’ Trend
Beg Tangan SS 2020 Untuk Bulan Mac Yang Lebih Stailish!