Di Milan, Boss Bitch Menyuasanai Minggu Fesyen FW 2020!

Oh, boss bitch megah menyuasanai minggu fesyen Milan? Sebelum ini, orang bercerita tentang sinonim sut dengan lelaki dan gembar-gemburnya hanya untuk lelaki di mana-mana. Itulah yang menerusi akal dan tersimpul menjadi tanggapan kita selama ini. Sehinggalah kini, terasa makin jauh asosiasi sut atau blazer dengan maskuliniti. Tertunda? Or, taking a long nap? I’d say… sut atau blazer bukan sahaja untuk lelaki dah.

Pandangan orang tentang sut atau blazer secara umumnya adalah komponen terpenting untuk gaya preppy mahupun British sudah ‘melebar’, bertukar menjadi gaya boss bitch perempuan! Well, itulah yang kami lihat di jalanan Milan (melalui media sosial) sepanjang minggu fesyen musim luruh dingin 2020!

Apalagi bila musim luruh dingin 2020 kali ini ada yang menyanjung gaya-gaya perempuan bersut, memakai blazer dan menegapkan keperkasaan wanita – terima kasih kepada jenama-jenama seperti Prada, Versace dan Ferragamo yang menyungguhkan lagi fakta boss bitch is a thang now. Namun di Milan, gaya boss bitch menentang ketradisionalan dan tidak terlalu tipikal. Pengunjung-pengunjung regular minggu fesyen memilih sut atau blazer yang playful, ada manipulasi pola, menyusupkan sifat feminin dan tak takut dengan ledakan rona bertenaga.

boss bitch milan fall 2020

Charlotta Rubaltelli (gambar @fashiontomax)

Tiffany Hsu dan Leonie Hanne bak kembar tak seiras, masing-masing menggayakan sut oversized yang masing-masingnya dalam rona berbeza. Tiffany menyarung selengkap sut atas bawah, manakala Leonie memilih blazer besar dilapiskan atas mini skirt. Bercakap fasal kembar tak seiras, Angela Rozas Saiz dan Aida Domenech melangkah gah ke pertunjukan Alberta Ferreti turut melengkapi diri dalam sut yang berbeza rona. Secara peribadi, kami suka sut oversized Angela berona kuning daripada Asos yang dipakainya. Dia memadukan lagi penampilan dengan kasut Bottega Veneta ungu, mencadangkan padanan di luar jangkaan.

boss bitch milan fall 2020

Angela Rozas Saiz & Aida Domenech (daripada @dulceida)

Di samping sut berona, ada juga pengunjung-pengunjung yang lebih condong kepada sut atau blazer yang menggambarkan sifat klasik. Classic checkered suit atau blazer dengan motif windowpane. Our very own darl, Neelofa menyarung blazer bercorak petak sewaktu dia menghadiri pertunjukan MaxMara dan Viktoria Rader pula menyempurnakan gaya sut motif Glen check siap dengan tali leher juga weskot. So cool!

boss bitch milan fall 2020

Neelofa (daripada @neelofa)

boss bitch milan fall 2020

Pengunjung di pertunjukan Ferragamo (daripada @fashiontomax)

Leonie Hanne & Tiffany Hsu (daripada @leoniehanne)

boss bitch milan fall 2020

Angela Rozas Saiz (daripada @madamerosa)

boss bitch milan fall 2020

Mary Leest (daripada @fashiontomax)

Viktoria Rader (daripada @vikyandthekid)

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Lihat 5 Kuku Lisa Blackpink Hasil Eunkyung Park Unistella
Di Milan, Boss Bitch Menyuasanai Minggu Fesyen FW 2020!