Coronavirus & PFW Diteruskan? Paris Tak Follow Trend, Tetapi ‘Cipta’ Trend

Nyah Coronavirus! Sungguhpun dengan bebanan krisis Coronavirus yang tak reda-reda mengancam dunia dan menjadi punca pembatalan beberapa pertunjukan, namun, ia tidak mematikan semangat minggu fesyen Paris. The show must go on. Minggu lepas Paris menguntumkan senyuman pada seraut wajah kami. Puas! Puas melihat satu-persatu rumah fesyen di Paris yang masing-masingnya memunculkan trend serta gaya rekaan yang berbeza-beza.

Dalam pada kegelisahan menjalar dan membuncahkan hati kerana perebakan virus, beberapa rumah fesyen di Paris masih mampu lagi mementaskan keunikan tersendiri. Dimulakan dengan Marine Serre, antara pembuka minggu fesyen Paris, yang menunggang atas ilham pasca-pengakhiran dunia dan menjadikan malapetaka sebagai sendi rekaan-rekaannya – seiring dengan isu dunia sekarang.

Kemudian diikuti lagi oleh Dior yang masih lagi terkunci dalam lingkungan keperkasaan wanita, seterusnya Saint Laurent yang menyaksikan sekumpulan modelnya berkaki lincah dalam ceraian seluar getah lateks sendat yang kelihatan seperti second-skin. Bercakap tentang material kulit atau leather-like, muncul Mugler yang mempertaruhkan kegeligaan Casey Cadwallader menggunakan material kulit serta mengolah pola seksi atas tubuh perempuan dan mempersembahkan diversifikasi saiz tubuh perempuan atas pentas – something that Milan’s lacking off.

Rick Owens pula menjelmakan shoulder-game strong – shoutout buat our very own, Atikah Karim yang berjalan di atas pentas Rick Owens – manakala Off-White membuatkan pencinta-pencinta fesyen senyum senda dengan hasilan-hasilan Virgil Abloh yang didakwa menyalin semula rekaan-rekaan pereka fesyen lain. Loewe tidak menghampakan dan antara yang menjadi kegemaran utama kami musim ini. Jonathan Anderson berjaya membuktikan dirinya celik seni kraf menerusi rekaan-rekaan Loewe dan himpunannya ini seyogia mendapat pujian.

Demna Gvasalia ‘melepaskan’ model-modelnya berjalan melewati permukaan air yang menenggelami pentas Balenciaga. Seperti lazim, Balenciaga membiarkan gaya futuristik-misteri yang dark bertunas dan membuatkan kita bungkam menyaksikan pertunjukannya. Pengembara masa menyuasanai pertunjukan Louis Vuitton, yang berani menceduk inspirasi fesyen abad ke-18 dan diperbaharui mengikut estetika Nicolas Ghesquiere. Imej Rococo, Baroque serta Restorationism semuanya dimodenkan dan Nicolas sekadar mencelup butiran juga siluet dalam rekaan-rekaannya.

12 GAYA RUMAH FESYEN PARIS YANG MENJADI KESUKAAN KAMI!

CORONAVIRUS TIDAK MERANAPKAN SEMANGAT MINGGU FESYEN PARIS. KAMI MENYUSUN 12 GAYA PILIHAN DARIPADA RUMAH-RUMAH FESYEN MUSIM LURUH DINGIN 2020.

coronavirus paris fashion week

1. ALEXANDER MCQUEEN – THE HARNESS, THE SLEEVE, THE DRESS… PERFECT!

coronavirus paris fashion week

2. BALENCIAGA – MENGEMBALIKAN REKAAN BAHU TAJAM PADA KOT KLASIK

coronavirus paris fashion week

3. CHANEL – LENGAN BAJU SEPARATES DARIPADA DRESS INI MENHIKAT PERHATIAN KAMI

coronavirus paris fashion week

4. DRIES VAN NOTEN – BERJAYA MENYATUKAN RONA HIJAU DENGAN MERAH, TIDAK NAMPAK TERLALU CHRISTMAS-Y!

coronavirus paris fashion week

5. GIVENCHY – PERTEMBUNGAN CORAK SERTA PELAGAAN WARNA YANG BERJAYA

coronavirus paris fashion week

6. LOUIS VUITTON – INSPIRASI FESYEN ABAD KE-18 INI BILA DIMODENKAN, MENCIPTA TREND BAHARU

coronavirus paris fashion week

7. MARINE SERRE – SEORANG YANG BIJAK DALAM MENGITAR SEMULA FESYEN, APATAH LAGI MENGGUNAKAN SKAF TERPAKAI UNTUK DIJADIKAN POLA BADAN BAJU

coronavirus paris fashion week

8. MIU MIU – DUA ASPEK YANG MENJADI TUMPUAN YAKNI GAYA MODEST DAN TEKSTUR KEDUTAN

9. MUGLER – THIS WHOLE LEATHER-GLAMOUR IS… LOVE!

10. SAINT LAURENT – DEFINISI SEKSI SEBENAR DAN KAMI TAASUB DENGAN SELUAR LATEKS SENDAT INI

11. VALENTINO – ADAKAH RONA HIJAU PUCAT INI TREND MUSIM LURUH 2020?

12. Y/PROJECT – MENYATUKAN BENTUK CAWAT UNDERGARMENTS PADA POLA PAKAIAN BIASA ADALAH GENIUS

Gambar daripada vogue.com

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Produk Pilihan Pengarang Kecantikan Kami Untuk Bulan Ini
Coronavirus & PFW Diteruskan? Paris Tak Follow Trend, Tetapi ‘Cipta’ Trend