COVID – 19 : Jenama Fesyen, Influencer Mengumpul Dana Bantu Itali

Usaha menghapuskan Covid -19 semakin hebat dilaksanakan. Insya Allah. Jenama-jenama fesyen juga influencer fesyen sama-sama bahu-membahu, mengambil tindakan untuk mengumpul dana serta membekalkan kewangan dalam membaik pulih prasarana dan memulihkan keadaan yang dikira genting sekarang. Terutama sekali di Itali. Good job guys!

Baru semalam Malaysia diumumkan perintah kawalan pergerakan yang akan berkuat kuasa mulai esok, 18 Mac sehingga 31 Mac – lebih kurang dua minggu – bagi membendung dan mengurangkan kadar penularan Covid -19. Langkah mengawal pergerakan ini diambil setelah China, Itali, Sepanyol serta beberapa lagi negara (severe cases) diarahkan perintah berkurung dan Malaysia sama-sama tidak mahu terkecundang sebaik sahaja tersenarai sebagai kes tertinggi di Asia Tenggara.

Namun dalam meladeni kerisauan, kepanikan juga ketakutan yang tak terkawal, lihat bagaimana usaha negara lain – secara spesifiknya, China dan Itali – berjuang membanteras Covid -19. China yang ‘tidak boleh tidak’ diminta berkurung oleh kerajaan mereka, berjaya mengurangkan terus kadar penularan. Manakala Itali pula sama diminta untuk berkurung dan yang bagusnya, ada beberapa pihak ‘turun padang’, menyumbang dari aspek kewangan atau dana bagi memperbaiki kemudahan, bantuan perubatan mahupun bertujuan untuk intensive care.

And we’re talking about major fashion brands and big-fashion influencer!

covid 19 donation

Seperti Versace. Donatella Versace bersama-sama anaknya, Allegra Versace Beck menyumbang 200,000 Euro untuk bahagian penjagaan intensif di hospital San Raffaele di Milan. Sumbangan berbentuk peribadi yang datangnya daripada Donatella dan Allegra sendiri. Jelas Donatella, “In times like this, it is important to be united and support however we can to help all those who are in the front lines, fighting every day to save hundreds of lives.”

Prada bersama-sama Sergio Rossi hari ini mengumumkan sumbangan penjagaan kesihatan, untuk membantu Milan melawan Coronavirus. Miuccia Prada menyumbang dua penjagaan intensif serta unit resusisasi ke tiga hospital di Milan dan Sergio Rossi pula menyumbang 100,000 Euro kepada hospital di Milan. Malah, Sergio juga melaksanakan idea di mana setiap hasil jualan di atas taliannya, bermula 14 Mac sehingga 20 Mac ini, akan dimanfaatkan untuk menghentikan wabak Coronavirus.

covid 19 donation

Bercakap tentang sumbangan berbentuk peribadi, presiden juga ketua pegawai eksekutif Gucci yakni Marco Bizzarri telah mengambil langkah yang sama enam hari lalu. Marco menyumbang 100,000 Euro kepada Ausl IRCCS of Reggio Emilia (berdasarkan laporan WWD) – sebuah entiti pertubuhan yang membabitkan lapan hospital di lingkungan Emilia Romagna, yakni tempat Marco sendiri dibesarkan.

Oleh kerana wabak ini meninggalkan kesan mendalam buat seluruh Itali, influencer fesyen terkemuka, Chiara Ferragni memandang serius isu Coronavirus. Chiara mencela perbuatan Kendall Jenner yang dikatakan memandang enteng isu wabak Coronavirus. Memang betul ada sesetengah kes masih dikira mild, namun Chiara pun ada betulnya juga. Kerana wabak ini bisa dijangkiti dengan mudah dan lebih baik mencegahnya, bukan? Chiara bersama-sama suaminya, Fedez, berjaya menggunakan platform sosialnya, meraih tiga juta Euro menerusi kempen Go Fund Me. Pujian buat Chiara yang menggunakan platform media sosial sebaik-baiknya bagi meningkatkan kesedaran orang ramai fasal wabak ini – tidak seperti influencer kita yang masih ‘sibuk’ dengan menghadiri acara-acara dan pergi bercuti.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Pengajaran Coronavirus: Keep Calm & Control Your Mind
COVID – 19 : Jenama Fesyen, Influencer Mengumpul Dana Bantu Itali