Emporio Armani Father’s Day Edit : Hadiah Stailish Si Bapa!

Bersempena Hari Bapa sedunia, Emporio Armani mahu kita menghargai sang bapa atau ayah, bukan dengan menghadiahkan emas pemata, seutas rantai kalung mahupun jam tangan, sebaliknya pilihan item yang memperlihatkan sosok hero kita itu seorang bapa yang stailish! Ya, Emporio Armani mengeluarkan Father’s Day edit – item-item seleksi secara eksklusif daripada himpunan pakaian sedia pakai serta aksesori-aksesori seperti beg, sniker dan tali pinggang.

Lagi empat hari – yakni 21 Jun ini – Hari Bapa bakal menjelma. Seandainya dalam kepala masih berkisar ligat lagi soalan “Nak beli apa untuk ayah sempena Hari Bapa ini?” mahupun masih terkunci dalam dilema “Should I get him a watch or a tie?”, barangkali bapa atau ayah kamu sukakan sesuatu yang membuatkan dirinya kelihatan muda. Penampilan yang jauh lebih stailish. Lupakan seketika keinginan untuk menghadiahkan jam tangan, tali leher, set grooming dan kole yang tertera kata-kata “World’s Best Dad!”. It’s 2020, kut. Inilah masanya untuk menerbitkan sisi cool lelaki nombor satu dalam kehidupan kamu!

emporio armani father's day 2020

Berbicara tentang cool dad, pernah kami kongsi aturan gaya cool mom inspired pada Hari Ibu bulan lepas – rujukan kami pada masa itu adalah Chriselle Lim dan Scha Al-Yahya serta bagaimana mahu bergaya seperti mereka. Jadi, untuk tidak mahu menunda keseronokan tersebut dan meyambung inspirasi cool mom, kali ini kami mempersembahkan pula cool dad inspired! Dan item-item pilihan kami untuk inspirasi cool dad, kesemuanya adalah daripada Emporio Armani.

EMPORIO ARMANI FATHER’S DAY SPECIAL 2020

emporio armani father's day 2020

PROUD WORKING-DAD

Buat bapa yang tak gentar menggayakan sesuatu yang “maxi” dalam penampilannya. Si bapa yang menyarung kemeja Emporio Armani yang dihiasi corak logo besar pada badan baju sebagai tanda bangga dengan pemberian hadiah si anak-anaknya. That is what we call, a cool dad. Dipadankan lagi bersama jaket single breasted dalam fabrik 3D twill print, sniker dan beg sandang yang sarat dengan motif logo ‘A’ (Armani). Seakan-akan ilham gaya bekerja, tetapi gaya bekerja si bapa yang ultra-moden.

emporio armani father's day 2020

DAD ON-THE-GO

Ingat lagi aturan gaya mom on-the-go yang kami cadang dalam artikel cool-mom inspired? Ya, kali ini kami mengeluarkan idea dad on-the-go pula! Baju panas Emporio Armani yang dilengkapi logo tampal dipakaikan dengan blouson nilon jacquard yang penuh motif multi logo. Sniker kulit dengan patchwork inserts dan tali pinggang dengan monogram embossed pula bagi menyempurnakan keseluruhan gaya.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Matthew M Williams, Pengarah Kreatif Givenchy. Mengapa Dia?
Emporio Armani Father’s Day Edit : Hadiah Stailish Si Bapa!