Fendi Paperbag Dalam Material Kulit Bakal Menjadi Item Paling In?

Fendi paperbag bakal menjadi item paling in musim luruh nanti? Ya, di pertunjukan Fendi menswear FW20 baru-baru ini, jenama ini mempersembahkan beg merupai paperbag mereka yang diberi percuma jika kamu membeli sesuatu daripada stor mereka. Perbezaannya ialah paperbag ini direka dalam material kulit. Apakah ini trend terbaru yang bakal menjadi hangat? Entahlah, mungkin ini antara usaha yang dilakukan oleh Fendi untuk menempa nama di kalangan ratusan jenama mewah di luar sana. Atau apakah ia hanya gimik untuk meraih perhatian dalam kehangatan pertunjukan menswear di Milan.

Menswear Fendi musim ini menyaksikan idea-idea pereka baru yang tahun lepas menyertai senarai pendek LVMH Prize, Kunihiko Morinaga. Silvia Venturini mengambil pereka ini meyertai Fendi setelah melihat bakatnya tahun lalu. Mungkin juga ini ialah idea Morinaga demi memperbaharui dan menyuntik elemen segar dalam koleksi RTW Fendi.

I think it’s cool to carry a paperbag around. Ia tidak nampak seperti kamu terlalu mencuba dan very unassuming. Ia juga boleh dianggap sebagai trend baru yang akan menjadi ikutan pencinta fesyen seluruh dunia. Mengambil kira ciri klasik dan everlasting pula, how can a paperbag goes out of fashion. Ia boleh dianggap stail peribadi yang boleh bakal menjadi klasik selama mana pun beg kamu itu bertahan.

Vogue.com menggelar situasi beg ini sebagai ‘almost Surrealist’.

fendi paperbag
Bukan sahaja paperbag tetapi Fendi turut mempersembahkan beg dalam rupa kotak kasut jenama ini
Ingat lagi pabila Victoria Bekham mempopularkan paperbag suatu ketika dahulu?

Pada 2008, Victoria Beckham terpilih menghiasi kempen Marc Jacobs di mana dia diletakkan di dalam paperbag dan kotak kasut gergasi jenama ini untuk imej kempen. Pabila kempen ini keluar, dunia fesyen merasakannya sebagai sesuatu yang amat cool. Ia juga satu bentuk kempen penjenamaan yang dianggap berjaya tanpa perlu nampak terlalu mencuba serta ada unsur humor di dalamnya. Sepuluh tahun kemudian, pada 2018, Victoria mencipta semula imej-imej kempen ini untuk jenamanya sendiri. Mungkin kah idea paperbag Fendi ini terinspirasi daripada kempen-kempen ini?

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Masya Masyitah
Fendi Paperbag Dalam Material Kulit Bakal Menjadi Item Paling In?