Kostum Versace JLo Di Super Bowl Bak Stoking, Direka Khas Untuk Tubuhnya!

Entah apa tenaga Jennifer Lopez atau JLo sewaktu membuat persembahan Super Bowl Half-Time semalam. Puas sungguh JLo, mempamerkan sisi Latina-nya, menunjukkan bakat menari pole dancing – hasil belajar daripada filem The Hustle – dan yang penting, mempersembahkan lagu-lagu hit era 90an serta millennium, yang menggamit semula memori kita! Ligat jasmaninya di tengah gelanggang tari cukup mempesonakan, sementelahan menggayakan kostum daripada Versace yang bertukar tiga kali berjaya mengakali kita yang menonton.

Selepas Shakira membuat persembahan pembuka yang berdurasi lebih lima minit, muncul JLo yang berpeluk pada tiang di tengah-tengah gelanggang tari. Menyanyikan lagu Jenny From The Block yang diakhiri oleh lagu Get It Right dalam segmen pertama, JLo mengenakan kostum bespoke Atelier Versace yang direka oleh Donatella Versace. Kostum yang mengambil masa hampir 900 jam untuk disiapkan ini menginspirasikan gaya biker dan memimik bentuk bodysuit sendat dengan gabungan pola jaket biker di bahagian atasnya. Bahagian kaki JLo pula berseliput dengan seluar sendat, manakala bahagian kelangkangnya ada cut-out yang menampakkan bentuk bodysuit – mengingatkan kita pada gaya fetisy Versace menswear musim luruh dingin 2014.

jlo super bowl half time versace

Sepanjang pementasan Super Bowl Half-Time ini, JLo ditata gaya oleh Rob Zangardi dan Mariel Haenn

Versace menggunakan material kulit yang berkualiti optimum dalam menghasilkan kostum pertama ini. Bahagian lengan dan kakinya dihiasi studs serta kristal-kristal Swarovski. Di awal persembahannya itu, JLo melilit skirt gaun satin sutera kembang yang berona merah jambu dahulu. Kemudiannya dia terus membuka skirt tersebut dan menayangkan kostum biker-nya.

jlo super bowl half time versace

Beransur ke segmen kedua persembahannya, JLo dalam elemen filem The Hustle – menayangkan bakat menari pole dancing. Dalam segmen itu, dia menyanyikan lagu Waiting For Tonight dan dia terus bertukar ke kostum bodysuit yang memberi ilusi optik ala-ala bertelanjang. Bodysuit sendat tersebut direka menggunakan sheer tulle yang bersulamkan kepingan bentuk mozek berkilat pada bahagian dada, torso, kelangkang dan tepi kakinya. Kristal-kristal Swarovski, inserts kulit metalik serta plastik berkilat ditambah untuk menghidupkan efek cahaya. Hadir dengan sarung tangan dan kasut tumit tinggi yang sepadan dengan bodysuit, kostum ini siap dalam masa 700 jam.

jlo super bowl half time versace

Seterusnya, beralih ke segmen terakhir, JLo memberi peluang kepada anak perempuannya mengepalai budak-budak perempuan yang lain menyanyikan lagu Let’s Get Loud dalam rendisi perlahan. Kami jangka oleh kerana ia adalah finale look, pasti JLo mahu muncul dalam gaya yang memperlihatkan akar umbinya. Tepat sekali jangkaan kami, kerana JLo hadir ke atas pentas menggayakan bodysuit yang dilengkapi dengan jurai-jurai kristal, ala-ala kostum penari Latina. Rekaan ini menunjukkan dedikasi Atelier Versace ke atas mutu ketukangannya. Di mana ia menggunakan metal mesh, manik-manik serta kristal-kristal Swarovski pada bahagian badan baju bodysuit itu.

jlo super bowl half time versace

Ia disempurnakan lagi oleh tali pinggang yang diilhamkan daripada gaya bondage dan sarat dengan perincian crystal mesh. Akhir sekali, JLo menebarkan bendera – diperbuat daripada material bulu-bulu – yang menyatukan bendera Puerto Rico dengan bintang-bintang pada bendera Amerika, sebagai tanda perpaduan.  

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Seperti Alicia Keys, Kami Kongsi 4 Lagi Wajah Selebriti Tanpa Mekap
Kostum Versace JLo Di Super Bowl Bak Stoking, Direka Khas Untuk Tubuhnya!