July News : Apa Yang Baharu? H&M ‘Bikini Bottom’, Triumph Summer, Buku Seni Gucci & Viva Bow Ferragamo!

July news, July news! Bulan Julai (bulan hari jadi saya) adalah detik yang menandakan kita sudah hampir menang? Hampir berjaya kerana berhabis-habisan melawan wabak penyakit dan kita juga sudah menghampiri tamatnya perintah berkurung. Dan, bulan Julai juga bermulanya musim panas 2020! Jadi untuk merai kebahagiaan yang bertamu kali ini, kami menghidangkan empat berita fesyen menarik untuk dikongsikan bersama kamu. Hint, hint : H&M SpongeBob SquarePants, pakaian dalam praktikal Triumph, buku Gucci untuk pencinta seni fotografi dan beg baharu daripada Ferragamo.

SPONGEBOB SQUAREPANTS ADALAH JULY NEWS YANG MENGGEMBIRAKAN!

july news 2020 h&m triumph gucci ferragamo

You heard that right. Buat Gen-Z, barangkali ini adalah seragam musim panas yang baharu. Pakaian musim panas yang penuh dan sarat motif corak grafik SpongeBob SquarePants? Yeah!

H&M Divided mengemaskinikan gerobok musim panas kali ini dengan memperkenalkan karakter yang ikonik di kalangan pencinta-pencinta kartun. Bukan sahaja pencinta-pencinta kartun, malah generasi masa kini. Dengar sahaja bait-bait lagu tema “Are you ready, kids? / Aye, aye captain!”, kita sudah bisa mengagak apakah ia, bukan? Ya, H&M Divided ‘memotret’ span yang mendiami dalam buah nenas di dasar lautan yakni SpongeBob SquarePants bersama teman sampingannya, Patrick Star sebagai corak grafik utama pada kesemua helaian musim panas 2020-nya.

july news 2020 h&m triumph gucci ferragamo

Kemeja dress, kemeja T longgar yang potongannya relaks, seluar kargo, tank tops labuh, jaket utiliti, dungari dan ceraian-ceraian lain, yang rata-ratanya dalam rona pucat lembut, dihiasi susuk jijak kelakar si SpongeBob dan kawan-kawannya dari Bikini Bottom. Mencadangkan gaya nakal, lincah dan bersahaja. Himpunan ini bakal dijual di butik-butik H&M dan di atas talian bermula 1 Julai nanti.

TRIUMPH : SOKONGAN ‘HALIMUNAN’ & RINGAN

Praktikal menjadi elemen utama dalam rekaan-rekaannya. Bukan sekadar pakaian dalam yang dipakai untuk melindungi, namun memanfaatkan tubuh. Menampilkan Triumph Everyday Summer, pakaian dalam yang hadir dalam material likra yakni LYCRA FitSense yang ringan serta dilengkapi sokongan ‘halimunan’ buat si pemakai.

july news 2020 h&m triumph gucci ferragamo

Dengan kesempurnaan teknologi LYCRA FitSense yang diaplikasikan dalam bentuk cecair dan screen-printed pada fabrik mesh ultra-nipis, ia menegaskan practicality dan pada masa yang sama, tidak meminggir terus aspek stailish. Triumph Everyday Summer memperkenalkan teknologi sokongan pada cups dan wings untuk mencapai keselesaan maksima, bagi memenuhi permintaan pemakai yang menghendakkan baju dalam yang less structured juga versatile. Tambahan lagi, foam cups pada baju dalam Triumph Everday Summer juga ideal untuk cuaca panas – seperti di Malaysia – dan pabila disarung di balik pakaian, ia tidak menampakkan kesan!

BEATEN & BLOWN BY THE WIND DARIPADA GUCCI

Alessandro Michele tak pernah lelah daripada mengabadikan seni fotografi untuk dikongsikan bersama pemerhati-pemerhati serta pencinta-pencinta seni. Sebelum ini, dia bercanda idea dengan Yorgos Lanthimos menerusi buku Oviparity yang mengekspresikan kesenian Alessandro pada himpunan Gucci Cruise 2020.

Kali ini, dia berganding bahu dengan Bruce Gilden – fotografer yang dekat pada hatinya, kerana Alessandro mendewasa dengan alam seni fotografi Bruce. Gucci memperkenalkan buku Beaten & Blown By The Wind oleh Bruce Gilden. Sama seperti Oviparity, buku Beaten & Blown By The Wind adalah edisi terhad dan ia menampilkan visual kreatif Alessandro. Apa yang terkandung dalam buku ini adalah syot-syot artistik di kota Rom, menampilkan potret-potret jalanan Rom serta imejan-imejan Gucci Pre-Fall 2020.

july news 2020 h&m triumph gucci ferragamo

“Bruce is a beautiful person with a poetic gaze of humanity,” jelas Alessandro dalam menyifatkan siapa Bruce. Imejan-imejan fotografi yang disimbah rona hitam putih menjadi estetika utama buku Beaten & Blown By The Wind, yang menunjukkan kepelbagaian ekspresi serta karakter manusia – baik yang tua atau muda – mendandani diri masing-masing dalam rekaan-rekaan Gucci. Tumpuan Bruce dalam buku ini lebih cenderung kepada sifat idiosinkrasi dan sedikit eklektik dengan syot-syot close-ups juga pencahayaan kasar.

Diterbitkan oleh IDEA, buku Beaten & Blown By The Wind kini sudah mula dijual di Gucci Garden di Florence dan Gucci Wooster Bookstore di New York.

AHLI BAHARU FAMILI VIVA

Kemunculan ‘ahli’ baharu dalam keluarga Viva menjanjikan kemudaan, kesegaran dan kelainan, namun tidak menyingkir inovasi yang sudah menjadi warisan jenama. Salvatore Ferragamo memperkenalkan Viva Bow, yang memperbaharui nada rekaan lampau dan menyaingi penggayaan masa hadapan!

Selepas sukses kasut Viva tahun lalu, Ferragamo tidak memandang ringan keberhasilan keluarga Viva dan berhasrat untuk meneruskan generasinya. Lantaran itu, Paul Andrew mengambil inisiatif untuk mencerminkan estetika Viva ini pada rekaan beg pula dan merujuk rangkaian klasik Vara sebagai butiran utamanya.

july news 2020 h&m triumph gucci ferragamo

Khusus direka bagi melengkapkan kasut Viva, beg Viva Bow menampilkan motif dekoratif yakni simpulan dasi yang dicedok daripada rangkaian Vara dan hadir dalam material kulit nappa berpad lembut. Disempurnakan lagi kancing beg yang sama ronanya dengan beg! Tersedia dalam dua saiz berbeza, apa yang uniknya fasal beg Viva Bow adalah kapasiti serta ruang beg yang luas. Tambahan lagi, tali beg pasang tanggal, yang memudahkan cara pemakaian pada bahu, cross-body atau sebagai clutch.

Jadi, jika kamu menyoal kami di STAIL.MY, apakah aksesori “mesti ada” musim bunga panas 2020 ini? Sudah tentulah beg Viva Bow!

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Black In Fashion Council & Mengapa Ia Diwujudkan?
July News : Apa Yang Baharu? H&M ‘Bikini Bottom’, Triumph Summer, Buku Seni Gucci & Viva Bow Ferragamo!