Pearl Necklace For Men Is A Thang Now… Now!

Pearl necklace is a man’s best friend! Bersedialah, kerana lelaki-lelaki pada tahun 2020 akan menjadi taasub dengan rantai mutiara. Terima kasih kepada selebriti-selebriti seperti Asap Rocky, Harry Styles serta The Jonas Brothers, rantai mutiara berjaya memecah maskuliniti.

Bermula dari tahun lepas lagi saya sudah perasan. Lalu, sewaktu melancong ke Bangkok awal tahun ini, beria-ia saya mencari. Teman yang mengikut saya ketika itu bertanya, “Rantai mutiara?” Dia bagai kerbau terkejut oleh gong, kerana pelik baginya melihat lelaki memakai rantai mutiara. Dan saya menjawab, “Yes. Sama seperti yang Harry Styles pakai.”

Asap Rocky, The Jonas Brothers, Marc Jacobs, Usher dan Shawn Mendes semua sudah menggayakan rantai mutiara! Jadi, sudah tiba masanya lelaki-lelaki lain untuk cuba menyarung rantai mutiara sebagai pelengkap gaya yang baharu.

pearl necklace men

Fenomena ‘diaspora’ rantai mutiara lelaki sepertikan efek Dominos. Selepas Asap Rocky, terlihat pula Harry Styles memakai rantai mutiara setiap kali penampilannya – ketika menjadi tetamu untuk Graham Norton Show sehinggalah sepanjang tour albumnya, Fine Line. Kemudiannya, Harry konsisten dan tidak melepaskan gaya rantai mutiara tersebut. Ia menjadi percakapan orang, termasuklah media-media yang memalingkan perhatian daripada kisah album Fine Line ke kisah rantai mutiara Harry. Dahsyat, kan?

pearl necklace men

Marc Jacobs yang berani, menjadikan rantai mutiara sebagai aksesori utamanya di Instagram

Shawn Mendes pun sama, terkena efek Dominos itu, dia menggayakan rantai mutiara di parti Pre-Grammy baru-baru ini. One after another, The Jonas Brothers turut memakai rantai mutiara ketika membuat persembahan ‘What A Man Gotta Do’ di anugerah Grammy ke-62.

Namun itulah kesan arus perubahan fesyen lelaki masa kini. Memadam maskuliniti dan lebih terbuka terhadap kebaharuan gaya, terutama sekali elemen kewanitaan. Kami baru sahaja berbicara fasal ‘Sexing Identity’, di mana apa yang dihidangkan di atas pentas menswear musim luruh dingin 2020 tidak lagi bertunjangkan tradisional lelaki. Sifat kejantanan alfa kian tertimbus dengan rimbunan eksperimen gaya yang bersifat kewanitaan dan tiada pengkelasan jantina. Jadi, sama juga ‘kesnya’ dengan rantai mutiara. Apa yang masyarakat faham tentang rantai mutiara hanya untuk perempuan… well, sudah mula menjadi dongeng. Sesiapa sahaja, tanpa mengira jantina, bisa menggayakan rantai mutiara!

pearl necklace men

The Jonas Brothers sewaktu membuat persembahan di Grammy ke-62, menggayakan rantai mutiara

pearl necklace men

Tak terkecuali! Usher pun menyarung rantai mutiara

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
AME 2020: Siapa Hos Misteri Yang Bakal Menemani Nabil Ahmad & Jihan Muse?
Pearl Necklace For Men Is A Thang Now… Now!