Millie Bobby Brown Dikecam, Berpakaian Tak Kena Usia Di SAG

Apa yang tak kena dengan penampilan Millie Bobby Brown di Screen Actors Guild Awards atau SAG kelmarin? Dia menggayakan dress serba putih bak putih kinantan – bahagian atasnya jaket sut ala tailcoat berleher deep V dan dipadankan dengan seluar.

Agak seksilah buat seorang gadis remaja berusia 15 tahun, kerana dia berani menampakkan dada, tambahan pula dandanan rambutnya yang licin basah serta solekannya lagi… tidak langsung menggambarkan ciri-ciri perempuan remaja, sebaliknya nampak seperti menua – inilah yang dihebahkan orang di media sosial.

Millie mendewasa dengan alam fesyen menguasai dirinya. Sedari muda lagi Millie sudah biasa dengan keterdahan hal-hal bergaya, ‘bergelumang’ dengan jenama-jenama fesyen terkemuka dan dipilih menjadi duta jenama-jenama tertentu. Ketika diundang ke anugerah SAG kelmarin, Millie ditata gaya oleh Thomas Carter Phillips – menggayakan dress kot serta seluar sutera taffeta daripada Louis Vuitton, yang direka khas oleh Nicolas Ghesquiere. Penampilannya disempurnakan lagi dengan rantai leher berlian daripada Cartier.

Sejujurnya, Millie cantik malam itu. Tidak ada apa yang terlalu aneh atau pelik pun. Kira berjaya jugalah Millie tambat perhatian orang sewaktu dia muncul di atas karpet merah. Cuma mata hati semua orang bagai tidak dapat mengamatinya dari sudut kepadanan. Bilang sesetengah orang, penampilan Millie tidak cocok dengan usia mudanya. Serba tak kena dan tidak elok.

millie bobby brown sag

Apatah lagi bila dia berdiri bersama barisan pelakon Stranger Things yang lain, dia kelihatan seperti seorang pelakon senior padahal seusia dengan yang lain. Dalam twit tersebut, ia menulis, “I don’t see a 15 year old here. She looks like she’s an adult cast member crashing the teen photo.”

millie bobby brown sag

Namun, Millie puas dengan gaya yang direalisasikan oleh Thomas. Kata Millie kepada People, “Saya mahukan gaya yang condong kepada sifat maskulin tetapi masih kuat sifat kewanitaannya. Dan mereka (Thomas dan tim) berjaya merealisasikannya.” Sungguhpun begitu, sebilangan warganet mengkritik teruk hasil kerja Thomas ke atas Millie. Lebih buruk lagi, ada yang mengaitkan penampilan Millie dengan salahlaku seks terhadap perempuan bawah umur. Bagi mereka, apa yang ditonjolkan oleh Millie ini seolah-olah menggalakkan lagi senario salahlaku tersebut.

Dalam pada dikecam, ada juga yang menyokong Millie. Mereka bilang, Millie punya hak untuk memakai apa sahaja yang dia nak pakai. Dalam salah satu twit tanda sokongan buat Millie, “Yall are either roasting jojo siwa for looking like a kid or roasting millie for looking like an adult. Leave these people alone goddamn.”

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Dari Rempit ke Rapper, Abu Bakar XLI Beri Kelainan Dalam Scene Hip Hop Tempatan
Millie Bobby Brown Dikecam, Berpakaian Tak Kena Usia Di SAG