Norm Core LifeWear: Diaspora UNIQLO Pada Hari Casting #STAILMYFreshFace2020

Video oleh : Jordi Harris  Fotografer : Ryan Mohammad

Penata Gaya : Ardi Idewani  Penyelaras : Amira Azman 

Lokasi : WORQ KL Gateway - Bangsar South

Norm core sudah tidak bernyawa lagi? Siapa bilang? Apalagi bila berlangsungnya hari pemilihan atau sesi ujibakat, penampilan norm core yang serba ringkas-lah yang diperhitungkan. Ia sudah tersimpul sebagai gaya lazim atau wajib dan tujuannya untuk mengupas personaliti sebenar mereka yang hadir ke sesi pemilihan atau ujibakat. Mengenali mereka for who they really are.

UNIQLO LifeWear mengerti benar kemahuan atau kehendak ini. UNIQLO yang sememangnya menunjangi ‘kehidupan manusia’ sebagai sendi utama rekaan-rekaanya, tidak asing lagi dengan citra asas atau norm core. Lalu, kami lekas menjadikan UNIQLO rakan kerjasama #STAILMYFreshFace untuk tahun 2020 – menghiasi dan menggayakan gerombolan peserta yang terpilih pada hari casting dalam helaian-helaian UNIQLO.

Temanya? Putih dan denim. Tetapi dimodenkan dan diperbaharui gayanya. Kami memilih 13 peserta ujibakat #STAILMYFreshFace2020 yang datang daripada latar belakang, status, umur, saiz, stail dan keperibadian yang berbeza-beza. Menata gaya mereka dalam padanan putih dan denim, bersandarkan identiti masing-masing dan digabung padan bersama ‘selera’ STAIL.MY!

NADIA RASIDI

 

norm core uniqlo lifewear #stailmyfreshface2020

Nadia Rasidi adalah seorang ibu muda, hadir dalam gaya yang ringkas. Kemeja T putih dan jean biru – dia tahu apa yang sesuai dengan dirinya. Sungguhpun ringkas, namun pada hari pemilihan itu, ia tidak menenggelamkan personaliti Nadia. Lantas kami sarungkan idea gaya yang sama ke atas Nadia. Kami memilih kemeja T cropped UNIQLO berlengan pendek – kami lipat lengannya – dan dimadukan bersama seluar jean Curved Wide Fit – yang turut kami lipat hujung kakinya – di mana siluet curve jean tersebut menegaskan bentuk kakinya. Bagi membangkitkan penampilan yang sedikit bersahaja, tetapi pada masa sama, kelihatan seakan-akan badass mom!

EMMA KHOO & ADAM NIZAM 

 

Pasangan milenial ini memiliki personaliti unik. Emma Khoo dengan imej berambut pendek, manakala Adam Nizam muncul dengan rambut pendek berona merah jambu pudar, menyerlahkan keberanian mereka berdua. Imej mereka membuahkan ilham – kami memilih gaya yang tidak terlalu rumit dari segi aturan, tetapi tidak menyingkir terus aspek stailish. Untuk memperlihatkan keserasian, kami menggayakan kedua-duanya dalam kemeja putih lengan pendek. Emma dalam blaus putih yang kami ikat hujung baju dan Adam dalam kemeja putih leher Cuban. Jean yang Emma pakai pula adalah Ultra Stretch Leggings Pants dan Adam menyarung jean potongan regular fit.

AHMAD FADZLULLAH

 

Ciri-ciri yang ada pada Ahmad Fadzlullah atau Fad adalah wajahnya mencerminkan kekinian. Sepertikan imej K-Pop pun ada. Begitu mudah kami memilih gaya untuk dirinya, kerana kami yakin Fad pasti bisa menggayakan apa-apa sahaja pun. Padanannya pada hari pemilihan adalah kemeja lengan panjang putih yang kami sengaja olah acuh tak acuh, seakan-akan malas. Ceraian dalamnya adalah baju HEATTECH fleece mock neck yang bertekstur sedikit, agar tidaklah nampak polos begitu sahaja. Jean Fad pula berona hitam pudar yang hampir ke kelabu warnanya – untuk menyanggah persepsi norm core “jean biru”.

NUR AIMY

 


Karakternya yang kelakar dan periang, menjadikan kami senang dengan dirinya. Nur Aimy adalah seorang yang berfikiran terbuka, tidak kisah seandainya digayakan dalam jean biru pudar labuh yang terlipat bahagian hujung kakinya. Kami malah memadankan kemeja putih sutera rayon yang lembut pada Aimy dan digayakan dalam rupa relaks – bahagian badan baju sebelah dimasukkan ke dalam seluar, sebelah lagi dibiarkan keluar. Tali pinggang tekstur anyaman sebagai pelengkap gayanya.

DASRHNA

 


Susuk jijak seksi menggoda adalah aset utama Darshna. Persis model, pelajar bidang perundangan serta pelukis separuh masa ini pada mulanya datang ke hari pemilihan menggayakan kemeja T putih ketat serta jean biru sendat. Namun, untuk Darshna, dia membenarkan kami bereksperimen dari segi penggayaan ke atas dirinya. Kami memilih ceraian serba putih atas bawah – kemeja T putih longgar dan jean putih senteng berkaki lebar. Seperti yang pernah kami saran sebelum-sebelum ini, you can never go wrong with white on white, especially white denim!

AZWAN ALI

 


Berbakat dalam silap mata dan berwajah kacak umpama pakej lengkap buat Azwan Ali. Dia sebenarnya punya perwatakan misteri. Oleh itu, kami memilih ceraian norm core yang menyerlahkan sedikit personaliti relaks si Azwan. Ceraian HEATTECH berleher turtle lengan panjang bersama jean biru potongan slim fit. Bukan sahaja menyerlahkan personality Azwan, malah memperlihatkan sifat maskulin yang ada pada dirinya!

PENGGAYAAN NORM CORE UNIQLO LIFEWEAR ‘PUTIH + JEAN’ DI HARI CASTING #STAILMYFRESHFACE

WAFiY ROSLI

Clean state dan minima menjadi pilihan gaya buat Wafiy. Inspirasi gaya Wafiy adalah Calvin Klein back in the 90s – ceraian leher roll neck putih dipakaikan bersama jean putih slim. Ringkas sahaja. Tidak ada padanan jaket tambahan dan seumpamanya.

FAZRIL SIDEK

Seraut wajahnya dengan gaya rambutnya yang unik membuatkan kami tidak mahu berlebih-lebih dari segi penggayaan Fazril. Kerana kami mahu fizikalnya yang menyerlah. Cukup sekadar mengenakan jean hitam bersama ceraian putih di atas. Namun, untuk memperlainkan sedikit ceraian putih, kami ubah ia kepada kemeja T putih dan dilapiskan di atas kemeja lengan panjang putih.

FARAH HANI

Farah seorang yang lincah. Suka meligatkan pergerakan dan terus ia membuahkan ilham gaya yang berteraskan fleksibiliti ke atas dirinya. Tetapi, kelihatan unik dan quirky, sesuai dengan perwatakan Farah. Kami menggayakan kemeja T dress panjang yang dilapiskan berama kemeja lelaki lengan panjang. Bahagian pinggangnya diikat double belt, untuk menghidupkan kelainan.

MELISHA LIN

Tinggi dan tubuhnya persis model, pasti tidak sukar digayakan dalam apa-apa helaian pun. Melisha membenarkan kami bereksperimen ke atasnya – pakaikan blaus lengan pendek dengan jean biru dan blaus tersebut biar digayakan seperti acuh tak acuh. Lalu, untuk menjadikan gayanya sedikit ‘kreatif’, kami sarung neck warmer, and treat it as a corset or a tube top!

RIZAL AZIMAN

Untuk Rizal, kami memilih penggayaan ringkas – gaya tipikal sewqaktu pergi casting. Lazimnya, gaya casting lelaki mesti berkemeja T ketat dan seluar jean biru slim. Namun, kami gubah sedikit bila menggayakan Rizal yakni memadankan kemeja T oversized bersama jean dengan tekstur carik pada permukaannya.

BELLA SHAMSUDIN

Gaya modesty untuk si hijabis seperti Bella! Modest, yet modern. Kami terpengaruh dengan gaya-gaya jalanan yang sering memperlihatkan penggayaan rona serba putih atas bawah, lalu mahu mengolah idea yang sama ke atas Bella. Kemeja T putih, dipakai bersama kemeja kerja lengan panjang yang jua berona putih dan seluarnya adalah jean putih. Tali pinggang rona biru dusty untuk suntikan kontra.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Persis Coldplay Malaya, Dengarkan Muzik Shuuna
Norm Core LifeWear: Diaspora UNIQLO Pada Hari Casting #STAILMYFreshFace2020