9 PFW Street Style Yang Mencuri Perhatian Kami!

Selepas menyaksikan gaya jalanan MFW rancak dengan imej boss bitch, kali ini fokus kami adalah PFW street style pula. Menariknya, untuk rencana gaya jalanan minggu fesyen Paris, kami tidak menyusun ia mengikut trend tertentu – contohnya berapa ‘kerat’ undangan yang memakai the new Bottega ataupun yang mendandani diri dalam penggayaan blazer. Sebaliknya, kami memilih beberapa gaya jalanan minggu fesyen Paris yang kami sangat suka!

Menyemak kembali street style sepanjang minggu fesyen; dari New York ke London, ke Milan dan ke Paris; memanglah gaya memakai blazer paling banyak terlihat meronai jalanan, di samping outerwear lain seperti kot labuh atau kot trench. Blazer menjadi ceraian utama kebanyakan fashion week regulars yang masing-masing bertamu di pertunjukan-pertunjukan dalam penggayaan tersendiri – oversized blazers adalah pilihan utama dan tak lupa juga ada yang datang lengkap satu sut dengan kemeja dress serta tali leher.

Tetapi keharmonian gaya yang pelbagai di Paris membuatkan mati kami mengepung untuk memerhati. Ada yang hadir dengan imej #gothgranny (terma yang kami baru belajar) yakni muncul dalam penggayaan serba hitam dan dilengkapi tudung kepala ala Babushka lady. Ada yang datang dengan padanan blazer potongan slim bersama skirt kembung, yang mengembalikan kegemilangan gaya ladylike. Malah ada juga yang berani ‘memadatkan’ corak berbeza sifat dalam aspek layerings, namun cantik dan tidak nampak pelik.

Sudah tentu panorama gaya jalanan Paris mempertaruhkan pengunjung-pengunjung mengenakan satu dua helai designer piece dan menghormati rekaan jenama-jenama fesyen ini dengan cara padanan yang cohesive. Misalnya jaket potongan laser Bottega Veneta yang dimadukan bersama jean biru ringkas serta dress Loewe rekaan Jonathan Anderson yang dibiarkan clean.

Ini dia sembilan PFW street style yang menjadi pilihan #STAILavvv dan kami kongsi dengan kamu untuk ‘curi’ sedikit tip stail mereka!

pfw street style

1. Camila Coelho mengenakan blazer oversized yang dilengkapi lapel blok rona dengan padanan kemeja T Margiela, seluar kulit PVC dan beg cross-body mini (@camilacoelho / @cgstreetstyle)

pfw street style

2. Gaya #gothgranny Courtney Trop – menyarung jaket dengan perincian ruching pada torso dan kembung ala peplum bersama skirt hitam dan skarf kepala (@alwaysjudging)

pfw street style

3. This coat is errrrthangggg! Kot dengan perincian binding sebagai kemasan – dalam rona biru dan dipadankan lagi dengan jean biru. Perfect! (@_jeanettemadsen_ / @sandrasemburg)

pfw street style

4. How can you not love this look? Need we say more? Jenny Walton bijak dalam mengatur gaya ultra-feminin (@jennywalton)

pfw street style

5. Ringkas tetapi impactful. Beginilah cara terbaik apabila memakai helaian yang berwarna-warni. Jessica Minkoff padankan dengan jean ringkas sahaja. That’s it (@jessicaminkoff)

pfw street style

6. Satu lagi padanan rona terang dengan denim yang kami suka. Ksenia Chilingarova yang sentiasa kelihatan ceria mengimbangi gaya blazer hijau neon dengan skirt denim lusuh dan kasut flat (@k_chilingarova)

pfw street style

7. Maria Bernad selalu quirky dalam penggayaan! Ensemble blazer labuh bersama kemeja, tali leher dan seluar pendek ala dad’s pants adalah seragam baharu perempuan (@maria_bernad)

pfw street style

8. Clashing prints layerings daripada Nicole Atieno ini sangat on point! Corak floral dilagakan dengan corak harimau bintang dan dipakai bersama skirt material kulit (@nicoleatieno / @danrobertsstudio)

pfw street style

9. Vanessa Hong keep it clean. Dress Loewe ini sangat menarik dari segi siluetnya, tidak perlu menambah apa-apa lagi ceraian (@vanessahong)

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
UNIQLO JW Anderson SS 2020 ‘First Look’ : Menyingkap ‘Bristish Country Style’
9 PFW Street Style Yang Mencuri Perhatian Kami!