Pinko & Lucia Heffernan Bergabung Lagi & Mengapa Kali Ini Lebih Istimewa?

Untuk musim luruh dingin 2020, jenama Pinko sekali lagi bahu-membahu, buat kali kedua, dengan artis Lucia Heffernan menghasilkan himpunan kapsul yang menghayati kreativiti serta kecintaan pada semula jadi. Tahun lalu, Pinko bersama-sama Lucia mengeluarkan himpunan kapsul yang dilepaskan pada musim perayaan Krismas – yang mengangkat karya seni Lucia yang memanifestasikan ketaasubannya mengkhayalkan kita pada gambaran haiwan dalam rupa ganjil, nakal dan memimik aksi manusia.

Salah satu imej Lucia untuk Pinko yang masih membekas adalah kucing yang diolah seperti sedang menikmati sarapannya ala Breakfast At Tiffany’s! Jadi, apa pula imej Lucia dan Pinko kali ini?

Siapa Lucia Heffernan & Apakah ‘Cerita’ Kolaborasinya Bersama Pinko Kali Ini?

lucia heffernan pinko fall 2020

Seperkara tentang Lucia Heffernan adalah dia mengetuk cepu kepala kita dengan lukisan-lukisan haiwan yang diserupakan dengan ragam atau karenah manusia. Benar, ia ganjil tetapi setiap lukisan-lukisannya tersisip sekali makna-makna tertentu. Lucia mencantikkan imej-imej haiwan, – di mana baginya, haiwan adalah ‘subjek’ yang begitu mempesonakan – yang ditampilkan dalam gaya dramatik, teatrikal, adakalanya melucukan dan mengusik mata hati kita. Lucia seakan-akan membenarkan haiwan-haiwan ini ‘bersuara’, memberi ruang kepada ‘mereka’ untuk merasai hidup di alam manusia.

lucia heffernan pinko fall 2020
Lucia Heffernan & hasil-hasil kerjanya

Buat yang mengenali Lucia, estetika atau identitinya adalah cat minyak bertemu grafik dan aspek tersebut ditonjolkan dalam himpunan kapsul kedua bersama Pinko. Lucia dan Pinko menggabungkan elemen street fashion dengan artistic vibe. Lucia menghidupkan karakter-karakter baharu : serigala kesunyian yang memekik pada bulan – serigala dikaitkan dengan sifat seorang lone wolf – kemudiannya ada juga imej anjing Chihuahua yang ‘didandani’ gaya Frida Kahlo dan imej kucing bersembunyi di balik topeng Harlequin serta imej gerombolan burung yang mencintai muzik hip hop.

lucia heffernan pinko fall 2020

Tak lupa juga imej anak ayam yang diolah sepertikan dewi Venus berdiri dalam cangkerang dalam lukisan ‘The Birth of Venus’ oleh Sandro Boticelli.

Keempat-empat imej utama ini menjadi motif pada ceraian-ceraian Pinko yakni kemeja T, baju panas jacquard, beg serta aksesori-aksesori beg kecil. Dan berbicara tentang aksesori beg, menyaingi tema fauna dalam himpunan kapsul ini, Pinko turut tidak meminggir terus faktor pemeliharaan juga pemuliharaan alam dalam menghasilkan beg-begnya. Kesemua beg tersebut dicipta dengan menggunakan 21 beg plastik yang dikitar semula!

lucia heffernan pinko fall 2020
Himpunan Lucia Heffernan X Pinko ini akan dilepaskan pada bulan Jun nanti!

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Harry Styles Wears Dresses: 6 Foto Menunjukkan Betapa Cool nya Dia
Pinko & Lucia Heffernan Bergabung Lagi & Mengapa Kali Ini Lebih Istimewa?