Kempen Terbaru Roger Vivier Jewelry Line Bagai Kuat Pengaruh 90an!

Buat julung kalinya, Gherardo Felloni – pengarah kreatif Roger Vivier – mengeluarkan debut Roger Vivier jewelry line untuk musim bunga panas 2020!

Gherardo mengetuk ‘cepu’ kepala kita, teringatkan Roger Vivier. Keketaraan itu terlihat pada bentuk buckle atau kancing ikonik Roger Vivier yang dimartabatkan oleh Gherardo sebagai inspirasi rangkaian barang kemas.

Si peminat tegar Roger Vivier, Gherardo sahut cabaran ini untuk melangkah masuk ke satu lingkungan baharu. Daripada dunia kasut ke dunia barang kemas. Dia mendekati khazanah Roger Vivier, menerobos masuk ke dunia Roger Vivier untuk dijadikan sendi utama rekaan-rekaannya. Namun hasrat Gherardo adalah untuk menjadikan Roger Vivier serelevan mungkin. Gaya-gayanya berputar mengikut kehendak masa kini.

Maka itulah lahirnya rangkaian barang kemas, agaknya. Roger Vivier harus memperluaskan dimensi. Jadi sekarang, Gherardo menggalas satu tanggungjawab baharu – pereka barang kemas!

jewelry line roger vivier

Rekaan buckle Roger Vivier Broche yang menjadi kegilaan selebriti, diperbaharui dan diterokai dengan akal seni Gherardo, menghiasi penuh batu permata pada buckle tersebut. Perincian rumit tetapi halus cantik, disempurnakan lagi dengan kristal-kristal yang tersusun indah bak satu jajaran. Gherardo menghasilkan gelang tangan berupa buckle Broche dalam saiz 20mm juga 25mm (tersedia dalam empat warna yakni hitam, putih, perak dan merah jambu) serta klip rambut dan subang telinga.

Dalam menterjemahkan kelainan, dua buckle terbaru diperkenalkan oleh Gherardo musim ini. Brochamour yang diinspirasikan daripada kasut arkib Roger Vivier, menampilkan motif bentuk hati (kristal) menggantikan corak bunga – yang sinonim dengan kasut arkib Roger Vivier. Ia hadir dalam seleksi terhad seperti gelang tangan RV Brochamour.

Satu lagi adalah coker RV Lovely yang ada loket berbentuk hati berona metalik dan buckle kristal mini. Selain itu, Gherardo turut mengekspresikan cintanya pada barang kemas vintaj pada buckle Bouquet Strass, yang membubuh corak flora bersama kristal seagai feature utama. Tiga barang kemas rangkaian Bouquet Strass menjadi fokus Gherardo yakni gelang tangan Bouquet Strass yang diperbuat daripada kulit lembu, coker Bouquet Strass yang dilengkapi strap nipis fabrik baldu dan mahkota Bouquet Strass yang dihasilkan dengan ratusan kristal rencaman.

jewelry line roger vivier

Bagi merayakan kemunculan jewelry line baharu Roger Vivier ini, Gherardo memilih model yang punya keunikan unibrow yakni Sophia Hadjipanteli sebagai wajah rasmi jewelry line ini. Sophia terlihat menggayakan barang kemas Roger Vivier kegemarannya (hampir kesemua barang kemas) dalam kempen yang siri gambarnya ditangkap oleh fotografer Anthony Seklaoui.

Imej kempen yang berlatarkan putih, bermain dengan syot-syot tight dan banyak close-up, disaingi lagi poses Sophia yang kelihatan bersahaja, gembira dan nakal benar-benar mengingatkan kita pada editorial 90an. Seperti editorial majalah Elle atau French Vogue tahun 90an! Straightforward dan jelas. Imej-imejnya memfokus sepenuhnya kepada barang kemas dan tidak terganggu oleh nada artistik. Cukuplah sekadar Sophia didandani barang kemas Roger Vivier and have fun with them. Malah, salah satu penggayaan Sophia – dress berleher sweetheart dengan sarung tangan tulle – sangatlah kuat pengaruh gaya 90an.

jewelry line roger vivier

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Menang #GoldenGlobe, Parasite ‘Jangkiti’ Hollywood!
Kempen Terbaru Roger Vivier Jewelry Line Bagai Kuat Pengaruh 90an!