STAIL.MY : Terasing & Terpencil Dalam “SELF ISOLATION”

self isolation fesyen march 2020

SITTING EDITOR : ARDI IDEWANI. ARAHAN SENI : MERRISSA EMILDA.
SOLEKAN & RAMBUT : EMMY AGUNG. GAMBAR : EDMUND LEE. VIDEO : JORDI HARRIS.
MODEL : COCO LI


SELF ISOLATION.
REBAKAN GANAS, MENYERANG LAJU MENGGUGAT WAWASAN 2020. TAK SIAPA YANG MENDUGA. SEMUA ORANG MENDERITA KESULITAN DAN TAKUT. IA MENGHITAMKAN CITA-CITA, MEROBEK RASA BEBAS DAN TAK LENA KITA DIBUATNYA. SEHINGGA MELESUKAN BARISAN HADAPAN. LANGSUNG KITA? KINI HANYA MAMPU MEMENCILKAN DIRI. TERASING DARIPADA KERIBUTAN YANG SEDANG BERLAKU. MENGAIT HARAPAN AGAR IA MERAWAT DUNIA YANG SAKIT DAN SEMBUH SEPERTI SEDIAKALA. DAN AKHIRNYA, TERBUKALAH LEMBARAN BERSIH 2020!

self isolation fesyen march 2020

KOT, DRESS & KASUT SEMUANYA DARIPADA PRADA

“Tempoh dilanjutkan”. Apa yang berlaku kini takkan luput daripada ingatan. Mungkin memerihalkan satu sejarah baharu dalam buku teks anak-anak generasi masa hadapan kelak. Tentang bagaimana krisis kawalan penularan ini mengasingkan seluruh umat manusia dan pada masa sama, tanpa disedari ia sebenarnya menyatupadukan manusia – memupuk azam semerbak untuk sama-sama melawan! Dalam menghayati perjalanan hari-hari segregasi sosial, yang memisahkan masing-masing untuk duduk di rumah, kami merencanakan ‘SELF-ISOLATION’. Semuanya dalam helaian musim bunga panas 2020!

self isolation fesyen march 2020

KOT & DRESS SEMUANYA DARIPADA PRADA

self isolation fesyen march 2020

JAKET, KEMEJA, TALI LEHER, RANTAI & SELUAR SEMUANYA DARIPADA GUCCI

Tak biasa ‘cerna’ lagi mengunci diri di rumah. Fajar menyingsing, mentari terbenam. Hai, sehari suntuk di rumah. Skrin telefon-lah jadi peneman. Membaca warta, menanti khabar, berhubung dalam talian, Instagram, facebook, Twitter, berhibur, bertandak… tetapi resah, gelisah masih berkeparan. Bukan ini permulaan 2020 yang kita bayangkan selama ini.

self isolation fesyen march 2020

JAKET, SELUAR & KASUT DARIPADA BOTTEGA VENETA
RANTAI & CINCIN DARIPADA ATELIER SWAROVSKI

Quarantina. Mengaut segala apa yang ada untuk bertahan. Meneruskan hidup. Untuk 14 hari? Sebulan? Barangkali enam minggu? Entahlah. Sampai ke mana kesementaraan ini?

DRESS DARIPADA MOSCHINO
RANTAI COKER DARIPADA ATELIER SWAROVSKI

Rasa jemu tidak membunuh. Ia memandu diri untuk meneroka kebaharuan. Penemuan diri yang selama ini tak terjangka.

KEMEJA, SELUAR & BEG DARIPADA SALVATORE FERRAGAMO
RANTAI COKER DARIPADA ATELIER SWAROVSKI

Duduk bersendirian dan bongkar pakaian-pakaian yang ada. “Ah! Melemahkan semangat #OOTD!” Cukuplah sekadar menggayakannya di rumah, seandainya keinginan atau rasa rindu hendak berpakaian cantik itu bertunas. Lantaran itu, terfikir dan tanya pada hati, “Tak ada gunanya semua ini. Apa dan siapa yang penting sekarang sebenarnya?”

self isolation fesyen march 2020

DRESS KEMEJA & SUT DARIPADA PAUL SMITH
KASUT DARIPADA PRADA

Pengasingan diri ini bak kitaran hidup. Ia mengusik akal kita untuk mengerti makna kehidupan – masih mahu berkelana jauh? Masih lagi memasang niat untuk menjadi taikun dan akhirnya diri sendiri yang binasa? Masih ada lagi simpanan untuk jaminan akan datang? Rasa sekarang sepertikan mengemudi biduk di tengah sungai. Payah. Kita kutip balik satu-persatu dan renung kembali apa yang patut atau harus dilaksanakan selepas tamat tempoh nanti.

Kegentingan kian melangit. Apa yang penting dan perlu adalah yang tersayang di sisi. Mengindahkan masa bersama yang tersayang, menghargai detik-detiknya yang tak bisa terganti. Inilah masanya.

self isolation fesyen march 2020

DRESS DARIPADA DIOR

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Home Workout Live: Jadi Popular Masa Ini Kesan Coronavirus
STAIL.MY : Terasing & Terpencil Dalam “SELF ISOLATION”