Sexing Identity – Pengaruh Kuat Di Minggu Fesyen Lelaki F/W 2020

Minggu fesyen lelaki musim luruh dingin 2020 bagai menenggelamkan kejantinaan. Sexing identity adalah pengaruh kuat rata-rata pereka atau jenama fesyen dari London ke Milan!

Minggu fesyen lelaki musim luruh dingin 2020 menyelami idea yang lama sudah dicanangkan oleh industri fesyen sebelum-sebelum ini. Pereka-pereka atau jenama-jenama fesyen mahu menjadi pejuang, menunjukkan kecenderungan mengubah piawai masyarakat. Dalam pada ia memelihara tradisional lelaki, tersisip sekali nada gaya yang asalnya bersifat esoterik, tetapi sekarang dikira sudah menjadi norma.

Sesuatu yang pernah dipandang rendah dan dihimpun keburukannya dulu, kini menyingkir prasangka. Membuang segala agakan negatif. Kejantanan “second-hand” menghuni akal budi pereka-pereka atau jenama-jenama fesyen lelaki dan mengubah dressing lelaki. Idea dikembangsuburkan, diaspora gaya yang mengubur pengkelasan jantina merebak. Pereka-pereka atau jenama-jenama fesyen cergas mencabar maskulin dan tak lagi meletakkan lelaki dalam keakuran.

sexing identity menswear fall 2020

Per Gotesson

Kabur sudah machismo dalam kamus fesyen lelaki. Malah ia bergerak mengikut politik marcapada yang bagai memuncak ketidakpercayaan terhadap pengkelasan jantina. Serasa dunia fesyen sekarang yang effervescently ambiguous. Daripada gaya-gaya raja megalomania abad ke-16 yang flamboyan ke imej lelaki-lelaki segar selepas bersenam yang bermandikan cahaya East Coast sehinggalah yang bersandarkan ‘ikonoklastik,’ mengekspresikan non-binary… itulah kehendak trend menswear musim luruh dingin 2020.

Again, this is year 2020. Abad baharu, era baharu dan percubaan gaya juga baharu. Pereka-pereka atau jenama-jenama fesyen generasi milenial – sebelum Gen-Z – seperti Charles Jeffrey Loverboy, Art School dan Per Gotesson mendukung idea sexing identity. Per Gotesson misalnya, mengutip pengalaman hidup dramatis Joe Orton yang homoseksual. Per Gotesson berpegang pada kata kunci ‘komuntiti dan sense of belonging’ dalam menggambarkan inspirasi musim luruh dingin 2020-nya.

sexing identity menswear fall 2020

Charles Jeffrey Loverboy

Telfar yang sememangnya menegapkan kepercayaan terhadap rekaan genderless,  mementaskan himpunan musim luruh dingin 2020 di Florence (di Pitti Uomo) dan terang-terangan mengahwinkan nada gaya lelaki dan perempuan dalam satu. Look sepertikan toga-top-ish yang dipakai bersama seluar menggeleber – sesuatu yang luar biasa untuk lelaki. Bethany Williams lebih terdedah. Rekaan uniseks, kolaborasinya bersama The Magpie Project yang berupa pakaian dalam – ala-ala top bra – skimpy bersama seluar labuh, menukar paradigma pakaian lelaki. Bethany berhati-hati dalam mengolah motif artistik pada rekaan-rekaannya yakni corak ilustrasi yang menggambarkan hubungan utuh si ibu dan anak.

sexing identity menswear fall 2020

Bianca Saunders

sexing identity menswear fall 2020

Art School

sexing identity menswear fall 2020 Martine Rose 

sexing identity menswear fall 2020

Telfar

sexing identity menswear fall 2020

Bethany Williams

sexing identity menswear fall 2020

Stefan Cooke

Gambar semua daripada vogue.com

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Azwan M. Ali
Sexing Identity – Pengaruh Kuat Di Minggu Fesyen Lelaki F/W 2020