STAILISH RAYA Normal Baharu 2020 Dengan Lazada : Bersama 4 Fresh Face Pilihan!

Apakah kamu sudah bersedia merai Hari Raya normal baharu? Kami di STAIL.MY bersama-sama Lazada semakin mula merasainya! Merasai ‘gembar-gembur’ Hari Raya normal baharu, menghadapinya dengan pra-persediaan yang mengibaratkan sambutan Hari Raya lazim. Sungguhpun terancam oleh pandemik yang mengakibatkan sedunia berkurung, namun ia tidak membantutkan semangat kami untuk beraya, kan?!

Dengan fenomena digital yang sudah menguasai dunia, ia tidak memustahilkan senario masa kini. Untuk mencocokkan atau menyesuaikan diri berhari Raya normal baharu, digital-lah yang mampu mendekatkan kita. Mempertalikan silaturahim dengan segala medium digital – seperti media sosial atau aplikasi telekomunikasi seperti DingTalk – menerusi kemudahan teknologi yang ada sekarang. Baik telefon pintar mahupun komputer… tiada yang mustahil dah! Untuk menghubungi yang tercinta, famili, sanak-saudara serta teman-teman. Tidak kisah di mana mereka berada sekalipun.

Malah kami – STAIL.MY dan Lazada – yang juga adalah platform dalam lapangan digital, sudah biasa mengadaptasikan budaya digital. Dari aspek cara menguruskan kerja dan komunikasi, segalanya berlandaskan digital. Oleh itu, sebagai langkah untuk menyemarakkan beraya secara digital atau Hari Raya normal baharu, kami dan Lazada berazam untuk merevolusikan Hari Raya 2020! Bersama empat fresh face-r daripada STAIL.MY Fresh Face 2020 – Ahmad Fadzlullah, Aliah Iskandar, Fazril Razif dan Fazrina Razif – bagi menyahut Hari Raya normal baharu.

Dan tidak ada apa yang menghentikan semangat empat individu ini untuk bergaya sakan dalam jenama-jenama Lazada! Jadi, sebagai pra-persediaan Hari Raya normal baharu, ayuh kita singkap setiap penggayaan yang diolah oleh Ahmad Fadzlullah, Aliah Iskandar, Fazril Razif dan Fazrina Razif.

AHMAD FADZLULLAH

hari raya normal baharu lazada

Ahmad Fadzlullah atau lebih senang dipanggil Fadz, memilih gaya ala-ala gaya baju Raya Johor. Fadz lebih senang bergaya santai atau bersahaja, dengan memadankan baju kurta Cirgaro berona kelabunya bersama sampin songket berona kuning dan seluar slek hitam. Bagi memperlihatkan kontras dan tidaklah terlalu senada dari aspek penggayaan. Tak dilupakan sekali adalah sandal kulit faux Dr. Cardin dan songkok hitam.

ALIAH ISKANDAR

Gaya yang sarat corak flora adalah pilihan Aliah Iskandar! Aliah memadukan baju kurung moden daripada Zoe Arissa, yang berpotongan relaks ini bersama kasut mule Ella biru bercorak paisley daripada jenama Kiss & Tell. Aliah menggabungkan dua corak organik yang berbeza, – corak pada baju kurung dan kasut – untuk menunjukkan padanan penuh atas bawah adalah sebagai satu ekspresi. Gayanya disempurnakan lagi oleh beg silang berona hitam daripada jenama Swiss Polo.

FAZRIL RAZIF

hari raya normal baharu lazada

Fazril Razif menyukai rona-rona terang dan bertenaga dalam pemilihan gaya Hari Rayanya. Fazril menyarung kurta daripada jenama Cirgaro berona turquoise dengan padanan seluar senteng hitam dan menjadikan gayanya kelihatan lebih moden. Sudah tentulah, Fazril melengkapkan lagi gayanya dengan songket sebagai tanda berhari Raya! Dan sandal kulit sintetik Dr. Cardin berona perang bagi melengkapkan lagi gaya.

FAZRINA RAZIF

hari raya normal baharu lazada

Baju kurung drape daripada fabrik sifon yang lembut dan bersifat feminin adalah susunan gaya Fazrina Razif. Baju kurung berona merah jambu pucat polos daripada jenama Rumah Kebaya Bangsar yang tersarung pada Fazrina ini disesuaikan pula dengan gaya rambutnya, menegaskan keberaniannya bermain dengan rona. Tak salah menyempurnakan lagi gaya dengan mule Dior perak bercorak paisley daripada Kiss & Tell, sungguhpun saling bercanggahan – rona merah jambu dan corak paisley. Seperti yang dinyatakan tadi… harus berani! Beg clutch Bonia yang praktikal ini pula untuk menambah seri.

Setiap pembelian produk-produk menerusi atas talian di Lazada akan dihantar secara percuma (free shipping).

JANGAN LUPA!!!

Tonton livestream SembangSTAIL with Lazada di aplikasi LazLive bersama setiap Fresh Face STAIL.MY. Kami akan berbual lebih lanjut tentang Hari Raya normal baharu dan juga stail Raya yang mereka gayakan. Klik pada nama untuk terus ke link livestream!

Fadzlullah Narudin (11 Mei 2020)

Aliah Iskandar (13 Mei 2020)

Fazril Razif (15 Mei 2020)

Fazrina Razif (17 Mei 2020)

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Met Gala 2020 : #throwback 40 ‘Red Carpet Moment’ & Apakah Erti Tema Tahun Ini?
STAILISH RAYA Normal Baharu 2020 Dengan Lazada : Bersama 4 Fresh Face Pilihan!