Stylish Movies 2020 : Daripada Filem Psiko Thriller Ke Wirawati

Awal-awal tahun lagi kita sudah dikhabarkan dengan filem-filem mana yang bakal menjadi stylish movies 2020! Tak tenteram, seperti mengundang rasa lekas mahu menonton kesemuanya. Apatah lagi pabila kita sudah dihidangkan oleh iklan acah serta treler yang membikin ‘adrenalin’ mengalir kencang. Malah ada yang mengusik kita dengan imej rasmi pertama, yang memperlihatkan serba sedikit babak daripada filem-flem tersebut.

Jika kamu adalah seorang yang tegar hati dalam hal-hal filem, atau aficionado filem seram mahupun gila filem aksi thriller serta cereka adiwira, inilah senarai filem-filem tahun 2020 yang harus kamu tonton.

Bukan sahaja kerana pengisian, plot ataupun barisan pelakon-pelakon kegemaran, malahan kami jangka filem-filem ini bakal meraih gelaran filem stailish tahun 2020.

QUEEN & SLIM

Filem ini sudah ditayangkan di Amerika pada bulan November tahun lepas dan meraih respons positif. Tetapi di beberapa buah negara, ia bakal dilepaskan pada awal 2020. Queen & Slim, filem arahan Melina Matsoukas mengangkat tema drama romantik tetapi ada plot twist dari aspek perjalanan cerita – mengisahkan kisah cinta yang berkeliling di antara pasangan Afrika-Amerika yang menjadi pelarian paling dikehendaki setelah membunuh seorang polis.

Shiona L. Turini bertindak sebagai pereka kostum, mendapat khidmat daripada jenama-jenama juga pereka-pereka fesyen seperti Kerby Jean-Raymond daripada Pyer Moss dan Dapper Dan. Menariknya, kostum-kostum yang ditampilkan dalam Queen & Slim benar-benar menggambarkan fesyen komuniti Afrika-Amerika masa kini. Yang sukakan sesuatu yang berjenama, loud dari segi motif atau corak pada pakaian, ada aspek kesukanan, menjadikan aktivis Afrika-Amerika sebagai inspirasi dan terkadang membuat kita ‘terbuai’ oleh timeframe filem ini – seperti ada gabungan dunia moden dengan zaman 70an dan 80an.

EMMA

Stylish Movies 2020

Filem adaptasi daripada novel karya Jane Austen, yakni Emma bakal singgah di panggung pada bulan Februari nanti. Filem yang menterjemahkan karakter Emma yang nakal, sedikit memberontak, suka mempertemukan jodoh dengan teman-temannya juga suka mengacau hal-hal peribadi teman-temannya itu.

Sudah tentu, pabila bercakap fasal period movie – lebih-lebih lagi yang berlatarbelakangkan zaman dahulu kala dan mengisahkan perempuan kelas atasan – kostum memainkan peranan penting.

Apatah lagi pereka kostum filem Emma ini ialah Alexandra Byrne – pereka kostum yang sama untuk filem Queen Mary Of Scots – membuatkan kita rasa teruja, tidak sabar mahu melihat bagaimanakah kostum yang tersedia kali ini. Harap-harap tidak menghampakan!

WONDER WOMAN : 1984

Stylish Movies 2020

Ada apa dengan tahun 1984 yang membuatkan orang taasub dengannya? George Orwell, American Horror Story dan sekarang, Wonder Woman? Apa-apa pun, keputusan filem Wonder Woman mahu menafaskan zaman 80an nescaya tidak mengecewakan dalam bab kostum. Malah menerusi imej rasmi pertama filem Wonder Woman 1984 pun sudah terlihat sedikit-sedikit kostumnya. Baju panas 80an yang dipakai oleh Kristen Wiig, ada pakaian-pakaian berkilau-kilau, shoulder pads dan seumpamanya.

Dan kami bukan bercakap fasal kostum Wonder Woman ya, kerana semua sudah tahu bagaimana rupanya. Duh!

Lindy Hemming yang sebelum ini berkhidmat sebagai pereka kostum untuk filem Wonder Woman dua tahun yang lalu, kembali bertindak sebagai pereka kostum Wonder Woman 1984.

TENET

Stylish Movies 2020

Pertama-tama, kami membayangkan filem Tenet bakal menjadi rujukan fesyen lelaki. GQ-ish, sedikit sartorial, dengan sut serta gaya-gaya yang mencerminkan sifak kelelakian sejati. Menonton treler-nya sahaja, bagai bisa merasa ‘vibe’ itu.

Filem aksi thriller arahan Christpher Nolan ini menampilkan anak Denzel Washington, yakni John David Washington sebagai watak protagonis. Menariknya, Christopher seakan-akan mengembalikan era Inception menerusi filem Tenet. Yes!

Berbalik kepada gaya kelelakian (yang kami sebut di atas tadi), kami sudah melihat serba sedikit kostum-kostum yang bakal dipersembahkan. Christopher sekali lagi bahu-membahu dengan Jeffrey Kurland – pereka kostum yang sama untuk filem Inception dan kamu tahu kan, bagaimana kostum filem Inception… sharp-smart looking suits, imej gentlemen dan sangat dapper. Mungkin Tenet mengolah semula kesemua itu?

LAST NIGHT IN SOHO

Stylish Movies 2020

Tahun 2020 adalah tahun Anya Taylor Joy. Selain muncul dalam filem Emma, dia juga memegang watak utama untuk filem psiko seram Last Night In Soho bersama Matt Smith dan Thomasin McKenzie. Edgar Wright selaku pengarah Last Night In Soho, mengetengahkan plot yang memusatkan kisah seorang pemudi yang mencintai bidang fesyen menerobos ke era 60an di London. Namun, era 60an di London tidak indah seperti yang dikhabarkan, lalu berlakunya sesuatu di luar jangkaan.

Well, daripada jalan ceritanya yang berkaitan dengan dunia fesyen sahaja seperti boleh membayangkan bagaimana kostum-kostumnya nanti, kan? Selain rambut pompadour, Edgar menafaskan semula gaya-gaya mod 60an London – gaya subbudaya The Swinging Sixties, I supposed dan tekalah siapa pereka kostum untuk Last Night In Soho? Pereka kostum siri Chernobyl yakni Odile Dils-Meraux!

WEST SIDE STORY

Stylish Movies 2020

Sungguhpun filem The Goldfich kecundang dan gagal mendapat sambutan, Ansel Elgort bakal muncul dalam filem terbaru yang akhirnya memperlihatkan bakat nyanyiannya. Dia terpilih untuk memegang watak utama dalam filem romantik muzikal adaptasi produksi Broadway yakni West Side Story, arahan Steven Spielberg!

Dijangka keluar akhir tahun ini, West Side story – sama seperti versi Broadway – mengisahkan plot cerita cinta Tony dan Maria, yang berlaku pada tahun 50an di New York. Terus kamu membayangkan fesyen-fesyen 50an seperti stail gangs di New York, dress kembang ala-ala revolusi New Look, kemeja polo, kardigan, topi newsboy, braces dan jeans. Pereka kostumnya pula adalah Paul Tazewell, pemenang anugerah Emmy dan tidak asing lagi dalam dunia Tony Awards.

BIRDS OF PREY

Mind you, 2020 adalah era filem wirawati dan keperkasaan wanita! Selain Wonder Woman, satu lagi filem superheroes – or should I say, supervillain? – yang bikin rasa tidak sabar kita yakni Birds Of Prey. Filem yang mengolah kisah sepasukan penjahat, yang diketuai oleh Harley Quinn (my favourite villain) bekerjasama menyongsong arus dan menyelamatkan dunia.

Sama seperti Wonder Woman, kostum Birds Of Prey menjadi fokus utama. Apatah lagi kostum Harley Quinn versi filem – sebelum ini adalah Suicide Squad – sering diperbaharui, tidak terlalu literal seperti komik, pasti menjadikan filem Birds Of Prey antara filem stailish tahun ini.

Malah, preka kostum Birds Of Prey yakni Erin Benach sendiri mengatakan watak Harley Quinn memiliki sense of fashion yang ‘kuat’. Dengan sifatnya yang gila atau eksentrik, kostumnya mesti berlebih-lebih, loud dan berwarna-warni. Bukan sahaja Harley Quinn, watak-watak lain seperti Huntress dan Black Canary turut bakal mencuri perhatian nanti.

THE LIGHTHOUSE

Stylish Movies 2020

Sungguhpun ia sudah dilepaskan akhir tahun lepas (secara terhad di lokasi tertentu), filem The Lighthouse bakal berada di sinema akhir bulan Januari ini, di beberapa lokasi lagi. Filem The Lighthouse – filem hitam putih, berkisarkan era akhir abad ke-a19, genre psiko thriller, diarahkan oleh Robert Eggers dan dibintangi Robert Pattinson juga Willem Dafoe. Ya, terbayang-bayangkan gaya era abad ke-19, big coats, military-ish, bersifat maritim dan ada aspek keseragaman.

Linda Muir adalah pereka kostum yang bekerjasama dengan Robert Eggers mengutip ilham kostum filem The Lighthouse, benar-benar berdasarkan uniform pekerja rumah api di New England pada abad ke-19.

HONORABLE MENTIONS
THE FRENCH DISPATCH

Filem yang membintangi Timothee Chalamet dan diarahkan oleh Wes Anderson. Kalau Wes yang mengarah, sudah tentulah kostumnya serba-serbi menarik dan cantik. Faham-fahamlah.

THE GENTLEMEN

Filem The Gentlemen yang diarahkan oleh Guy Ritchie dan membariskan pelakon-pelakon hebat – seperti Matthew McConaughey, Charlie Hunnam, Henry Golding, Hugh Grant, Colin Farrell dan ramai lagi. Seperti Tenet, kami jamin, pasti The Gentlemen nanti umpama ‘explosion-of-GQness’!

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Stailish Video