Swarovski Hari Ibu – Menghormati Peranan Wanita

Lagi enam hari, akan terlihat atau kedengaran semua berucap-ucap ria “Selamat Hari Ibu!” dan Swarovski, seperti selalu, menghidangkan sesuatu yang cukup istimewa– himpunan aksesori Swarovski Hari Ibu 2020, yang menginspirasikan motif-motif flora dan semula jadi!

Tersenyumlah si ibu, mendatangkan rasa mesra padanya kerana dihadiahi barang kemas oleh si anak. Sebagai tanda apresiasi.

Bersempena Hari Ibu yang bakal menjelma nanti, semerbak azam Swarovski merai semangat kasih atau cinta yang lahir daripada keunggulan naluri seorang ibu. Keutuhan semangat kasih atau cinta, antara si ibu dengan anak yang bukan kepalang dan tiada bandingannya sehingga menjadi ilham kepada kemungkinan yang tak berhujung. Cukup ringkas matlamat Swarovski pada Hari Ibu kali ini, di mana ia menjurus kepada menghargai wanita-wanita yang bergelar ibu dan selama ini menjadi pendorong, pembimbing serta pemimpin dalam kehidupan anak-anaknya. Simbolik cinta keibuan ini digarap bak satu magik untuk membikin rasa istimewa di kalangan ibu-ibu sedunia.

swarovski hari ibu

TENTANG HIMPUNAN SWAROVSKI MOTHER’S DAY 2020

Sudah tentu Swarovski memandang bunga-bungaan, – seperti motif-motif flora dan fauna – yang begitu dekat dengan ‘hati’ Swarovksi, sebagai motif utamanya. Tak ketinggalan juga bentuk hati serta dedaunan klover, di mana kesemuanya diasosiasikan dengan cinta dan alam semula jadi.

Swarovski memfokuskan kepada bunga daisi sebagai bentuk utama dalam himpunan Hari Ibu, yang diilhamkan daripada keindahan juga tenaga alam semula jadi. Bentuk daisi tersebut digubah rupanya; kelihatan lebih moden dan bermain dengan ‘pergerakan’ pada kelopak-kelopaknya. Bukan sahaja flora, Swarovski malah mengolah bentuk fauna bagi melanjutkan ilham semula jadi. Swarovksi mencedok bentuk pepatung dan lebah, dalam menyempurnakan himpunan Hari Ibu ini.

Butiran-butiran hiasan yang bergemerlapan pada aksesori-aksesori himpunan Hari Ibu Swarovski umpama menghidupkan simbol-simbol ini. Ditambah lagi palet rona yang sofistikated, menjadikan himpunan ini trendy serta melengkapkan gaya, sungguhpun dalam penggayaan yang serba ringkas!

swarovski hari ibu

Eternal Flower

Motif utama Hari Ibu Swarovski, yakni bentuk bunga daisi yang digambarkan mampu menggembirakan hati si ibu. Mekar bak kelopak-kelopak daisi! Dalam pengertian Swarovksi, bunga daisi ini melambangkan kelahirannya seorang anak, cinta keibuan dan memerihalkan satu permulaan dalam kehidupan. Makanya, rangkaian Eternal Flower ini amat sesuai buat ibu-ibu baharu.

Swarovski Remix Collection

Swarovski Remix Collection bermain dengan nada gaya unik – dengan menambah charms pada himpunan pepatung dan daisi. Sistem kancing pada aksesori-aksesori Swarovski Remix Collection menjadikan si pemakai bisa berinovasi dari aspek mengubah gaya. Di mana setiap butir charms ini mudah dipadankan bersama.

swarovski hari ibu

Swarovski Sparkling Dance Clover

Memperkenalkan four-leaf clover atau dedaunan klover dalam keluarga Sparkling Dance daripada Swarovski. Kristal-kristal Swarovski dalam rona-rona yang diinspirasikan daripada cherry blossom dan kelihatan seperti menari dalam setiap pergerakannya.

Latisha

Mula diperkenalkan dua tahun lalu, koleksi Latisha mengagungkan rekaan yang tak makan dek zaman. Lantas menjadikan ia hadiah sempurna sebagai pelengkap gaya hari-hari buat si ibu. Ia disempurnakan lagi hiasan kristal Swarovksi yang menggunakan teknik Pointiage®

Botanical Jewels

Botanical Jewels datang daripada rangkaian Atelier Swarovski yang direka oleh aktres, Penelope Cruz. Setiap siluet Botanical Jewels menerapkan bentuk bunga-bunga mekar, yang melambangkan keindahan flora. Botanical Jewels adalah charitable collection – yang menyokong pemeliharaan serta pemuliharaan biodiversiti segenap dunia.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Cara Elak Kulit Wajah Iritasi Apabila Sarung Topeng Muka
Swarovski Hari Ibu – Menghormati Peranan Wanita