Wawasan 2022 Tommy Hilfiger, Mendigitkan Rekaan 3D!

Inilah antara pupukan wawasan 2020. Mengangkat kemajuan teknologi, bukan sahaja untuk kemudahan, malah bagi memastikan sesuatu bidang itu berada di landasan yang sebetulnya. Dan Tommy Hilfiger telah merencanakan wawasan 2022, menjadi salah satu jenama fesyen yang akur kepada mengasimilasikan kemajuan teknologi, melunaskan janjinya untuk mengikut peredaran sedunia dalam membajai masa hadapan. Ia menghargai aspek teknologi, agar tidak terkebelakang, menjadikan dunia kreatif lebih bercorakkan kekinian dan kemodenan.

Bak kata orang, yang semalam biarlah bertugu sebagai ingatan atau sejarah. Tumpu sepenuhnya kepada tuntutan sekarang. Menjelang musim bunga 2022 nanti, Tommy Hilfiger akan memperkenalkan proses mereka secara pintar – yakni merencanakan teknologi pendigitan mereka secara 3D yang akan dilaksanakan oleh kesemua pasukan pereka pakaian globalnya yang berpangkalan di Amsterdam, Netherlands!

Memulakan perjalanan digital 3D ini pada 2017, Tommy Hilfiger bakal melangsungkan idea 3D sepenuhnya pada 2022. Ya, himpunan Tommy Hilfiger musim bunga 2022 adalah himpunan fesyen pertama yang menggunakan kemudahan platform rekaan 3D seratus peratus!

Bukan mahu mencabar nilai si pengkarya, namun mahu mengubah pendekatan menjadi lebih canggih dan berinovasi. Kreativiti bertemu inovasi, untuk penghasilan yang lebih produktif. Ia hampir-hampir sama dengan pembelajaran technical drawing fesyen di peringkat universiti, yang menggalakkan penggunaan komputer seratus peratus. Cuma yang berbezanya adalah Tommy Hilfiger berupa tiga dimensi dan barangkali kemudahan teknologinya lebih lengkap atau lanjut.

Kata Ketua Pegawai Eksekutif Tommy Hilfiger dan PVH Europe, Daniel Grieder, “Kemudahan teknologi 3D sebegini tiada batasan, membenarkan kami untuk memenuhi kehendak serta kemahuan pelanggan dengan lebih pantas dan pada masa sama, kemudahan ini juga menjurus kepada sustainability.”

Jelasnya lagi, “This is the future.”

Pasukan Tommy Hilfiger mengerti benar signifikan kemudahan teknologi yang membantu kecepatan dan kecekapan dari aspek pemasaran, menggantikan fotografi produk tradisional.

Dan sebagai permulaan, Tommy Hilfiger akan menggunakan proses mereka secara 3D ini ke atas himpunan musim luruh 2020, secara spesifiknya bertumpu kepada rekaan-rekaan kemeja lelaki sahaja. Tiada sampel atau proses menghasilkan sampel, segala pembetulan atau pengubahan hanya dilakukan secara digital dan di atas skrin. Lalu, menghasilkan terus end product.

tommy hilfiger future of fashion wawasan 2022

Bagi memacu pertumbuhan rekaan 3D, Tommy Hilfiger telah mengasas tech incubator yang dinamakan sebagai STITCH, khusus untuk mempraktikkan proses mereka secara digital. Semenjak Tommy Hilfiger mula berjinak-jinak dengan kemudahan teknologi dua tahun lepas, pasukan jurutera perisian, pakar 3D serta transformasi, bukan sahaja membangunkan malah memajukan alat-alat propietari yang melancarkan urusan rekaan digital. Termasuklah fabrik juga pola digital dan colour asset library, teknologi penerapan warna serta 3D presentation tools.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Kami Senarai 5 Produk Kecantikan Harus Kamu Miliki Bulan November Ini
Wawasan 2022 Tommy Hilfiger, Mendigitkan Rekaan 3D!