8 Trend London Musim Luruh Dingin 2020 Yang #STAILavvv

Tak jenuh lagi rasanya menyaksikan minggu fesyen London musim luruh dingin 2020. Pejam celik, pejam celik, untaian masa dari satu lokasi ke satu lokasi berlalu dengan cepat dan minggu ini nanti minggu fesyen Milan pula ‘memangkas’, menjadi sorotan utama. Sempat juga kami memilih beberapa trend di London musim luruh dingin 2020 yang kami suka dan yang manakah menjadi #STAILavvv?

Dalam gembar-gembur Burberry menjual Robin Bag daripada B Series di atas talian semalam (oh, and the bag’s sold out!), pada masa yang sama, Riccardo mempersembahkan himpunan Burberry musim luruh dinginnnya – bijaklah strategi Burberry, menyaingi kesemuanya dalam masa yang sama.

Dan bukan kepalang lagi Riccardo Tisci di Burberry bernostalgia semalam. Dia terkenang imbasan detik dirinya sebagai anak dagang yang berhijrah ke London, menjalani hidup sebagai pelajar. Kesedaran itu menjengah ke dalam fikirannya kerana rentetan daripada perpindahan dia ke jenama Burberry (berpindah ke London), lalu ‘mencolek’ perasaan sentimental itu. Riccardo menyemat kenangan itu sekali dengan sejarah rumah fesyen Burberry – menafaskan semula semua elemen klasik Burberry; the house checks, iconic trench, apa yang the Casuals pernah pakai ke acara bola sepak dahulu dan seumpamanya – untuk dijadikan sendi ilham utama musim luruh dingin 2020.

Erdem Moralioglu pula berjejak ke abad 20an dan menerapkan sifat cendekia fotografer Cecil Beaton sebagai sumber ilhamnya. Kisah semalam Cecil yang menggunakan kamera Kodak 3A, menangkap imej gambar adik-adik perempuannya yakni Baba juga Nancy, kemudian mereplikakan set penggambaran ala era ‘period’ yang diperbuat daripada broked Florentine, jaring tinsel dan sebagainya, barangkali mengikat hati Erdem, lalu diolah menjadi penceritaan musim luruh dinginnya. Rekaan-rekaan yang sarat corak botani serta motif geometri yang dicedok daripada konsep imejan Cecil, butiran-butiran romantik, inspirasi gaya roaring 20s Baba juga Nancy turut tersisip sekali dan sudah tentu, dibanjiri elemen kewanitaan.

Cukup dengan sorotan dua pertunjukan yang mencuri perhatian kami semalam. Nah! Kami susun beberapa trend London musim luruh dingin 2020 yang menjadi kesukaan. Daripada gaya ragbi yang diperbaharui sehinggalah ke gaya malam!

1. BAJU PANAS SEBAGAI GAYA MALAM?

london musim luruh dingin

Apa yang dipersembahkan oleh Molly Goddard di London adalah antara kegemaran kami. Lebih-lebih lagi idea styling dia menyatukan baju kait panas dengan dress kembang atau skirt kembang, mencadangkan kebaharuan gaya malam. Hmm, baju kait panas untuk evening…   interesting!

2. SUT + TALI LEHER UNTUK WANITA!

london musim luruh dingin

Kami perasan trend bersut besar ala gaya maskulin dengan menggayakan tali leher meronai pentas-pentas London! Dan kami sangat suka idea gaya tersebut. Seakan-akan menghidupkan era power dressing – apatah lagi sut yang dipakai berbahu lebar dan bersaiz besar. Contohnya, jenama Toga dan Preen by Thornton Bregazzi.

3. CUT-OUT LIKE PIECES

london musim luruh dingin

Pertama-tama idea gaya baju panas (dengan lengan cut-out) yang dipakai bersama kemeja dan skirt, yang kita lihat di atas pentas Victoria Beckham tempoh hari benar-benar menterjemahkan gaya klasik perempuan Inggeris. Bercakap tentang cut-out, bukan Victoria Beckham sahaja, malah Ashley Williams dan A.W.A.K.E Mode pun mempersembahkan elemen rekaan yang sama.

4. RUCHING GLAMOUR IS A THANG

london musim luruh dingin

Ruching is getting riskier. Menerbitkan idea butiran ruching pada gaya glamor mengingatkan kita pada gaya glam 80an, for some reason. Bersedialah kerana musim luruh dingin nanti, ruching menjadi lebih glamor dan artistik!

5. BLAZER DIPERBAHARUI, LEBIH AVANT-GARDE

london musim luruh dingin

Mungkinkah ini trend blazer atau sut kelak? Virgil Abloh di Louis Vuitton menswear pun terkena ‘tempias’ yang sama bulan lepas – menampilkan sut lelaki penuh ropol-ropol pada lengan baju dan hemming. Dan sama juga dengan pentas London, di mana blazer perempuannya juga diolah dalam rupa yang sedikit avant-garde. Contohnya, Marques Almeida dengan idea blazer penuh ropol-ropol, manakala Chalayan pula mencadangkan panel tambahan pada belakang badan blazer.

6. MODEST EVENING + CLEAN STATE

london musim luruh dingin

Gaya malam di London kali ini lebih modest. All covered up. Tidak ada istilah menayangkan aset atau kulit. Semuanya tentang menudungi tubuh dalam siluet longgar dan penuh drama. Malahan, gaya malam juga cukup dengan simbahan satu warna sahaja. Tidak ada butiran manik-manik, batu permata… no more. Keep it clean.

7. SUKAN RAGBI DIBERI PERHATIAN

london musim luruh dingin

Ingat lagi bagaimana trend seragam berjalur sukan ragbi pernah menjadi helaian kegemaran “Mesti Ada” anak muda pada pertengahan tahun 2000-an. Guess what? London membawa ‘masuk’ gaya seragam ragbi tersebut dan kali ini, penggayannya lebih stailish. Burberry semalam ada mempersembahkan helaian ini, sama juga dengan Richard Quinn dan Vivienne Westwood.

8. LINGERIE FOR FALL? NOT A PROB

london musim luruh dingin

Marques Almeida dan David Koma berani mencadangkan gaya lingerie untuk musim luruh. Mungkin untuk kegunaan peribadi atau sebagai pakaian dalam-lah. Tetapi untuk berfesyen? Contohnya, korset dipakai atas kemeja seperti mana idea David Koma mahupun memakai lingerie bersama ceraian sheer ala-ala marques Almeida? Apa salahnya!

Gambar daripada vogue.com

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Chaos + Form Marc Jacobs FW 2020, Menyatukan Seni & Restraint
8 Trend London Musim Luruh Dingin 2020 Yang #STAILavvv