Posted on August 10, 2020
Apresiasi terhadap tubuh dan mengabur sikap mengasingkan saiz tubuh adalah prinsip utama rangkaian UNIQLO Wireless Bra serta Bratop! Mengepal erat kata kunci ‘praktikal’ yang sudah bertebaran gagasannya – tak lagi mengkhususkan ia pada pakaian sedia pakai atau aksesori sahaja, namun juga pakaian-pakaian dalam. Semangat UNIQLO untuk menerapkan seni pemakaian dengan memudahkan atau tidak merumitkan dan prihatin terhadap permintaan pemakai-pemakainya tiada berkesudahan. Lantas, visi ini menjadi konsep luar biasa pada rangkaian pakaian dalam Wireless Bra dan Bratop, yang memanfaatkan tubuh-tubuh wanita, tidak ada kecualinya!
Semua sedia maklum tentang fungsi pakaian dalam yakni bra : menyokong dada, melindungi dada atau tubuh – anatomically – dan faktor kesihatan tubuh antara yang mendasari pemilikan bra. Ikutkan sejarah, gaya bra juga melalui revolusi. Daripada stail potongan bias yang popular pada tahun 30an ke bentuk ‘torpedo’ pada tahun 40an sampailah perkenalan dunia kepada munculnya bra sukan lycra-based pada 80an. Sungguhpun berubah gaya atau stailnya, fungsinya masih tetap sama. Beransur ke era masa kini, aspek pembaharuan tersisip sekali. Apalagi yang mengembangkan fungsinya, tak kira apa material atau fabriknya.
Memunculkan kegeniusan di balik ciptaan Wireless Bra dan Bratop bukan perkara mustahil buat UNIQLO. Ia sudah sinonim dengan jenama tersebut dan menjadikan elemen praktikal serta keselesaan sebagai satu signifikan. UNIQLO bukan hanya mementingkan rekaan sahaja, malah memenangkan sekali fungsi (seperti yang dinyatakan di atas) dan faedah.
Seperti Wireless Bra, ia mendukung faktor keselesaan untuk pemakaian hari-hari. Material, rekaan serta potongannya menjentik rasa seperti ia adalah ‘kulit sebenar’ pabila dipakai lantaran menyenangkan pergerakan. Di samping aspek pergerakan tubuh, ia juga dicipta dengan tidak mengabaikan aspek bagaimana fizikal manusia senantiasa berubah-ubah.
Manakala Bratop pula mengutamakan empat aspek yakni kecocokan dari segi pemakaian, selesa (sudah tentu), mempamerkan bentuk dada yang cantik serta yang penting sekali, ia diperbuat daripada fabrik AIRism, maka cepat kering dan anti-bau. Bratop juga memfokuskan pada kedinamikan penggayaannya yang tidak semestinya dipakai untuk ‘tumpang tindih’ di bawah baju, namun sebagai helaian biasa.
UNIQLO WIRELESS BRA
Bila menyentuh bab sokongan dada, – tuntutan setiap wanita dalam hal membeli bra – UNIQLO Wireless Bra adalah jawapannya. UNIQLO Wireless Bra menerapkan teknologi pada pembuatannya, menggunakan material terbaik, teknik jahitan juga bentuk yang menyempurnakan dada wanita. Misalnya, ia disertakan anti slip, sengaja direka flat untuk keselesaan kulit, tali bra yang mudah tanggal dan menggunakan fabrik nilon. Terbahagi kepada lima rangkaian : Wireless Bra (Beauty Light), Wireless Bra (Beauty Soft), Wireless Bra (Relax), Wireless Bra (Multiway) dan Wireless Bra (Active).
Wireless Bra (Beauty Light)
Wireless Bra (Beauty Light) tersedia sekali dengan teknologi fitting cup – yang boleh diubah saiznya (mengoptimumkan saiz kepada yang besar atau dikecilkan) mengikut saiz dada masing-masing. Kerana perbezaan saiz tubuh manusia. Ia dilengkapi struktur cup semua saiz, under band lembut yang mampu menyokong dada dari bahagian bawah dan kancing cangkuk pada bahagian belakang. Ia tidak berkelim, bermakna ia menjadikan pemakaian bra seolah-seolah tidak kelihatan di balik helaian biasa.
Wireless Bra (Beauty Light) terbahagi kepada beberapa jenis material termasuklah renda (rekaan bra klasik) dan kapas.
Wireless Bra (Beauty Soft)
Sama seperti Wireless Bra (Beauty Light), Wireless Bra (Beauty Soft) juga terbahagi kepada material-material berbeza. Renda dan nilon antaranya. Cuma Wireless Bra (Beauty Soft) tidak ada kancing belakang, senang untuk disarung, tidak ada pelaras dan mesra dengan kulit tubuh. Pendek kata, tidak merengsa si pemakai!
Wireless Bra (Relax)
Keselesaan dan pergerakan optimum, apalagi ketika berada di rumah! Itulah yang menjadi kata-kata kunci rangkaian Wireless Bra (Relax). Menariknya fasal Wireless Bra (Relax) adalah rekaannya yang mengintegrasikan cup tiga dimensi dengan badan baju bra untuk mendapat bentuk dada semula jadi. Material yang digunakan adalah fabrik kapas yang serasa lembut pada kulit tubuh dan ia tidak kelihatan pabila dipakai bersama helaian lain kerana rekaannya tidak berkelim. Ada sebab mengapa ia stretchy, agar ia tidak lari daripada bentuk tubuh si pemakai. Terutama sekali pemakai yang aktif bergerak.
Wireless Bra (Multiway)
Wireless Bra (Multiway) tersedia untuk stail pemakaian berbeza-beza. Ia tidak mengehadkan si pemakai, kerana tali pada bra tersebut mudah untuk diubah kepada siluet halter, cross back dan malah, boleh jadi strapless – kerana talinya ada pelaras yang memudahkan penanggalan! Permukaannya lembut, stretchy dan sidebone membantu dari aspek sokongan dada yang lebih selesa. Material non-slip digunakan untuk bahagian atas cup, agar ia boleh mengekalkan kedudukan pemakaian sungguhpun talinya ditanggalkan.
Wireless Bra (Active)
Pakaian sukan bukan asing lagi buat UNIQLO dan menampilkan idea sukan pada rangkaian bra adalah bijak! Seperkara tentang Wireless Bra (Active) adalah ia tidak dilengkapi wayar dan diperbuat daripada teknologi material mudah kering – mudah kering selepas dipakai untuk aktiviti bersukan atau beriadah. Sokongan dadanya juga tidak membataskan si pemakai, di mana bahagian cup disertakan sokongan yang kuat. Pada masa sama, Wireless Bra (Active) boleh mempamerkan bentuk dada dalam rupa semula jadi.
UNIQLO BRATOP
Mengapa wanita suka UNIQLO Bratop? Ia adalah kerana opsyen bra-nya untuk occasion berlainan. Tidak semestinya sebagai pakaian dalam sahaja! Kecirian Bratop cukup sempurna, apalagi sifat kepelbagaian yang menampikan kebolehan ia dipakai sebagai helaian biasa hari-hari. Maksud kami dengan biasa hari-hari adalah dipakai sebagai helaian luar, bukan untuk dalam sahaja. Tambahan lagi, pemakaian Bratop membantu mengurangkan layerings dalam penggayaan, terutama sekali buat wanita-wanita Melayu – di mana selepas menyarung Bratop, tidak perlu lagi memakai bra!
Dari aspek potongannya, Bratop tidaklah terlalu ketat sehingga merengsa si pemakai. Lebih mudah… kita panggil potongannya form fitting. Bratop direka bersama built-in bra yang membantu sokongan dada, sehingga menampakkan bentuk dada yang cantik. Breathability menjadi butiran utama Bratop, yang membekalkan keselesaan tubuh. UNIQLO turut menyatukan rangkaian pakaian dalamnya bersama rangkaian material UNIQLO lain seperti AIRism, AIRism Cotton dan AIRism Seamless.
Cara pakai Bratop pula hanyalah dengan tiga cara mudah : disarungkan dari bawah kemudian tarik sampai ke atas, laraskan underband serta saiz panjang tali dan akhir sekali, memastikan ia kelihatan cantik bila dipakai. Menariknya lagi, Bratop juga boleh digayakan oleh hijabis dan senang untuk dicocok bersama bermacam-macam padanan pakaian lain!
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi rangkaian UNIQLO Wireless Bra dan Bratop, layari laman web https://www.uniqlo.com/my/
Apa pandangan anda?