Versace Art Basel Dengan Percitraan 90an & Kisah Pantai Miami

Mengunci pandangan, berpusat pada bingkai lampu gas nadir yang ‘membentengi’ ranjang yang berkepala papan luncur air di atas binaan rata berona kuning dan berpasang dengan cadar bercorak matahari Art Deco Versace. Tiga papan luncur air terhias elok, bersandar pada tiang besar, membelakangi ranjang tersebut. Terlihat gah menghiasi sudut Palm Court Event Space di Miami.

Idea ini tercetus daripada minda cergas Sasha Bikoff, pereka dalaman rumah yang juga teman rapat kepada rumah fesyen Versace!

versace art basel

 

Tamatnya pameran Versace Art Basel buat umum semalam di Palm Court Event Space di Miami. Berlangsung selama tiga hari, mewadahi undangan-undangan dengan instalasi yang diinspirasikan oleh buku yang sudah berusia lebih dua dasawarsa, yakni ‘South Beach Stories’, terbitan Versace. Buku foto yang direncanakan oleh Gianni Versace dan Donatella Versace sendiri, yang membawa kita melayang ke keharmonian kehidupan lembah pantai Florida.

#THROWBACK VERSACE ART BASEL OLEH SASHA BIKOFF

versace art basel

 

Buku foto yang sarat dengan imej glamor, menjentik kembali ingatan kita pada Versace pada era 90an. Foto-foto yang ditangkap oleh Doug Ordway ini membuahkan idea kepada Sasha dalam mencorakkan instalasi-nya untuk Versace Art Basel. Sasha meminjam rona-rona tropikal yang Doug guna untuk setiap imejan dalam ‘South beach Stories’ – seperti hijau rimba, hijau pucuk pisang, jingga dan biru Caribbean – dan menyimbah rona-rona ini ke atas dinding-dinding serta platform pameran.

versace art basel

 

Instalasi ini malah memperlihatkan daya inovasi Sasha menghidupkan perabot one-of-a-kind, inspirasi imej ikonik Versace dalam ‘South Beach Stories’ yang dipamerkan bersama pakaian-pakaian arkib rekaan Versace. Sifat inovatif Sasha terbukti lagi menerusi kebolehannya mengubah dress-dress daripada himpunan ‘Miss S&M’ musim luruh dingin 1992 kepada leather-bondage detail swing yang disempurnakan oleh perkakasan kepala Medusa. Kehebatan Sasha tidak berhenti di situ sahaja. Dia mengilhamkan rona keemasan yang dia cungkil daripada himpunan Versace musim bunga panas 1993 ke atas meja kopi, mengilustrasikan butiran angkasa yakni bulan, bintang juga matahari.

versace art basel

 

Menyitir kata Sasha tentang Versace mempengaruhi budaya marcapada. Sasha menyerlahkan ia pada kreativitinya dalam memberi penghormatan kepada sesuatu yang signifikan buat Versace – yakni corak-corak dan motif-motif tekstil Versace, dengan mengolah tiga hiasan candelier kristal dalam rupa bentuk bot.

versace art basel

 

Turut diperkenalkan pada masa berlangsungnya pameran Versace Art Basel adalah dua beg Virtus edisi terhad yang direka oleh Sasha sendiri. Beg Virtus ini pula diinspirasikan oleh binaan-binaan indah di Ocean Drive yang menawan kesukaan Sasha. Menggabungkan rona-rona hijau buih laut, pic serta biru dan dihiasi lagi perkakasan lambang Barocco V yang bersapu rona hijau juga merah. Mengapa Sasha mengutip rona hijau dan merah? Kerana ia menggambarkan South Beach pada malam hari.

versace art basel

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
#Gosip Kenapa Emma Watson Masih Single Di Usia 30 Tahun?
Versace Art Basel Dengan Percitraan 90an & Kisah Pantai Miami