Versace Pride 2020 Tanda ‘Sayang’ Buat Komuniti LGBTQ+!

Setelah merangkul status gay icon secara rasmi, Donatella Versace memperkenalkan Versace Pride 2020 Capsule Collection – himpunan edisi terhad bulan Jun bagi memestakan Pride Month dan sebagai sokongan Versace buat komuniti LGBTQ+! Seleksi himpunan yang membariskan ceraian-ceraian serta item-item yang cocok dengan cuaca hangat dan activewear, antaranya terdiri daripada jiperak, ceraian senteng, pakaian renang juga pakaian dalam.

Mengapa bulan Jun? Kerana Jun adalah bulan yang menjadi saksi kepada gerombolan komuniti LGBTQ+ bermengkal hati, lalu beraraklah mereka mempertahankan hak, menuntut bela, menegakkan pembebasan juga demonstrasi melawan keganasan pihak autoriti. Rusuhan yang bersejarah ini terjadi di Stonewall Inn, Manhattan, New York 50 tahun yang lalu, pada penghujung bulan Jun.

versace pride 2020 lgbtq

Kemudian, bila masuk ke tahun 2020, bagai ‘berlimpah-limpah’ pula kejadian atau perkara yang terjadi. Bermula daripada kuarantin pandemik COVID- 19 pada awal tahun, ke protes anti-lockdown, ke perbantahan yang mengangkat darjat Black Lives Matter sehinggalah Pride Month pada bulan Jun. Dan amarah orang semakin bergolak hebat sebaik pihak pentadbiran Trump mengambil kesempatan yang ada sekarang ini untuk menyingkir peraturan yang melarang sebarang diskriminasi rawatan kesihatan terhadap pesakit-pesakit transjantina. Sigh. Rata-ratanya, berlaku di Amerika.

Lantaran itu, apa yang dunia perlu adalah kuasa cinta. Kuasa cinta yang disebarkan oleh sosok yang namanya bukan asing lagi dalam dunia LGBTQ+. Dalam memenangkan hak komuniti LGBTQ+, Donatella Versace – yang dijulang namanya sebagai duta rasmi Stonewall tahun lalu – menggunakan wadahnya untuk meneguhkan kuasa cinta tersebut. Donatella mengeluarkan himpunan edisi terhad yakni Versace Pride 2020 Capsule Collection, yang berganding bahu dengan dua badan amal, di mana kedua-duanya berperanan dalam meronai dunia dengan inclusivity dan equality.

versace pride 2020 lgbtq

Menerusi kerjasama ini, sebahagian daripada setiap pembelian Versace Pride 2020 akan disalurkan kepada badan-badan amal terbabit. Di Amerika, – bagi merai ulang tahun pertama Donatella sebagai duta rasmi Stonewall Inn – setiap bahagian pembelian akan disumbangkan kepada Pride Live. Pride Live dan Versace sudah menjalin kerjasama semenjak tahun lalu. Hasil kutipan amal yang mereka kumpul tahun ini bukan sahaja untuk disumbangkan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik COVID- 19, malah untuk dimanfaatkan untuk benefisiari Pride Live seperti Trans LifeLine, Trans Latin @ Coalition, Brace Space Alliance dan The Ally Coalition.

Manakala di Eropah pula, setiap bahagian pembelian Versace Pride 2020 akan disalurkan kepada Arcigay, yakni badan amal yang diasaskan di Itali pada 1985 dan ditubuhkan untuk menentang keganasan, diskriminasi serta pencabulan hak komuniti LGBTQ+. Arcigay adalah organisasi yang mendidik, memperluaskan advokasi juga platform yang mengubah kepositifan dalam politik.

versace pride 2020 lgbtq

Versace Pride 2020 Capsule Collection sudah mula dijual pada bulan Jun ini di butik-butik dan di atas talian.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Gambar Guru Berkebaya Viral: Pamerkan Wanita Melayu Moden & Chic
Versace Pride 2020 Tanda ‘Sayang’ Buat Komuniti LGBTQ+!