Estrella Vasquez Tempa Sejarah Jadi Muxe Gender-Bender Pertama Menghias Cover Vogue!

Satu langkah berani. Itulah yang diungkapkan oleh Estrella Vasquez, seorang pribumi dari Mexico yang profesionnya adalah pereka fesyen juga penenun, setelah dipilih sebagai penghias cover Vogue Mexico dan British Vogue isu Disember. Dan pemilihannya itu mencatat sejarah – kerana Estrella adalah insan pribumi dan gender non-confoming (menyanggah norma jantina) yang pertama sekali menghias cover majalah Vogue!

Kembali membawa nasionalisme, yang bukan sahaja mengajarkan erti perpaduan, namun membekalkan ilmu kepada generasi sekarang. Vogue Mexico dan British Vogue mengikis segala perbezaan dan kini, ‘sejarah’ menjadi kepunyaan mereka bersama. Setelah beberapa abad lamanya, buat julung kalinya, kedua-dua majalah tersebut menggamamkan sedunia, merai wanita muxe dari Mexico sebagai penghias cover.

Apa itu muxe? Muxe (cara menyebut “moo-she”) adalah terma yang dikatakan berasal daripada bahasa Sepanyol yakni mujer dan berkaitan dengan wanita transgender yang menggabungkan karakter homoseksual lelaki bersama identiti kewanitaan. Menurut Refinery29, ahli antropologi bernama Pablo Cerpedes Vargas ada menyatakan tentang komuniti muxe dalam tulisan akademiknya – di mana dia merujuk muxe sebagai third gender di Mexico – dan berdasarkan kumpulan pribumi Zapotec di Mexico, ia tidak digambarkan dalam rupa konotasi negatif.

Bercakap fasal kumpulan pribumi Zapotec, Estrella datang daripada kumpulan tersebut dan berasal dari Oaxaca, Mexico. Dalam cover terbaru Vogue Mexico dan British Vogue isu Disember itu, Estrella dilihat melaram dengan pakaian tradisional huipil – huipil adalah pakaian tradisional biasa wanita-wanita pribumi Mexico – yang sarat corak bunga. Estrella menyempurnakan gayanya dengan aksesori tambahan yakni kipas tangan, perhiasan kepala, rantai leher serta anting-anting seraya menayangkan lagak beraninya. Syot-syot gambar Estrella ditangkap oleh fotografer Tim Walker.

vogue mexico estrella vasquez

Estrella mahu menyampaikan satu mesej menerusi isu baharu Vogue Mexico dan British Vogue itu. Menjadikan muxe daripada masyarakat pribumi Mexico sebagai sorotan utama dan pada masa sama menyirnakan prejudis serta diskriminasi. Kata Estrella, “There’s still discrimination, but it’s not as much now and you don’t see it like you once did.” Kerana sungguhpun third gender ini dianggap lazim di Oaxaca, namun tetap ada satu dua suara yang masih mendiskriminasikan, apatah lagi terhadap kumpulan minoriti.

Yalitzia Aparicio pernah berhadapan dengan isu diskriminasi setelah menghiasi cover Vogue Mexico awal tahun ini. Dia mendapat tentangan salah seorang pelakon telenovela yang anti-pribumi dan mempersoalkan status Yalitzia sebagai pelakon. Pandangan kami fasal pelakon telenovela tersebut, “Jealous, much?”

Atas sebab itulah, Vogue Mexico mengambil langkah berani, meletakkan tema representasi, bukan sahaja di atas cover malah dijadikan sebagai isu utama. Untuk menghapuskan nista, diskriminasi dan perbezaan!

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Panggil Saja Dunkin’
Estrella Vasquez Tempa Sejarah Jadi Muxe Gender-Bender Pertama Menghias Cover Vogue!