Masya Masyitah

Fresh Face 2020 Masya Masyitah Biodata

Sitting Editor: Ardi Idewani
Pakaian: UNIQLO
Gambar: Edmund Lee
Solekan: Emmy Agung
Rambut: Fendi Sani
Arahan Seni: Merrissa Emilda
Penata Gaya: Azreezal Hafidz & Ardi Idewani
Video: Jordi Harris, Zaidi Che & Ashura Hakim

MASYA MASYITAH, 20 – PENYANYI

1 – Pertama, terangkan segalanya tentang diri kamu?

Nama penuh, Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff. Lahir pada tanggal 12 Januari 2000. Berasal dari Kulim, Kedah. Masya adalah seorang penyanyi (senyum). Boleh ikuti Masya di Instagram @MasyaMasyitah.

2 – Bila bermula? Pengaruh muzik dalam kehidupan kamu?

Mula menyanyi sedari usia 9 tahun. Saya tidak merancang untuk menjadi penyanyi. Pertama kali saya memasuki pertandingan nyanyian di darjah 3, saya dapat tempat pertama. Pada 2011, Masya memasuki Bintang Kecil RTM dan menduduki naib juara. Akhirnya saya melangkah ke Ceria Popstar pada 2014 dan Alhamdulilah, saya bergelar juara.

Sebahagian besar pengaruh dalam muzik datangnya dari ibu. Dia suka menyanyi. Saya selalu melihat dia menyanyi dan dia happy!

3 – Lagu terbaik yang pernah kamu keluarkan? Dan kenapa?

Halimunan.

Ia lagu saya yang paling dikenali ramai. Lagu ini berkisahkan seorang jejaka penggoda yang suka mempermainkan hati wanita. Sukanya saya pada lagu ini kerana ia memperkasakan wanita, supaya jangan cepat terperangkap dan ‘terjatuh cinta’ dengan lelaki-lelaki hidung belang seperti ini. Jangan ‘percaya’ lelaki… (ketawa).

4 – Jika kamu berpeluang menyanyi bersama…? Siapa?

Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Dia idola saya. Jika saya diberi peluang untuk berduet dengan Dato’ Siti, ia satu penghargaan.

5 – Sebagai penyanyi, apakah lagu kegemaran kamu?

Bourgenvilla’ nyanyian SPRING.

Jangan terkejut… saya meminati lagu-lagu malar hijau dan kumpulan rock kapak (ketawa). Saya membesar dengan lagu-lagu ini.

6 – Kamu juga fasih menyanyi dalam Mandarin. Ceritakan kepada kami tentangnya.

Perjalanan bermula semasa saya berusia 12 tahun, semasa darjah 6. Saya memasuki satu pertandingan menyanyi dalam bahasa Mandarin, tak sangka saya diangkat sebagai juara. Saya juga pernah bertanding di Hong Kong International Music Festival 2015.

Kamu mesti tertanya-tanya kenapa saya boleh menyanyi dalam Mandarin, bukan? Sebenarnya dahulu Masya bersekolah di Sekolah Menengah Jenis (C) Kebangsaan Chio Min di Kulim, Kedah.

7 – Jika kamu bukan seorang penyanyi, kamu adalah…?

Mungkin Masya akan sambung belajar. Sekarang saya fokus kepada bidang nyanyian. Jika saya bukan seorang penyanyi, saya adalah seorang siswi di mana-mana universiti tempatan.

Fresh Face 2020 Masya Masyitah Uniqlo

8 – Kamu juga seorang pelakon, terangkan apakah perbezaan sebagai pelakon dan penyanyi?

(Ketawa) Ya, pernah. Masya pernah berlakon dalam telefilem bertajuk ‘Masya Alisya’ (2014).

Perbezaan antara bidang lakonan dan nyanyian bagi saya mungkin terletak kepada tahap keletihannya. Sejujurnya berlakon lebih penat, berbanding menyanyi. Berlakon mengambil masa berhari-hari untuk menyiapkan sesebuah filem. Manakala, menyanyi pula tidaklah terlalu meletihkan. Kamu habis menyanyi dan kamu balik (ketawa).

9 – Penyanyi atau pelakon lelaki tempatan yang kamu suka? Your celebrity crush.

@FendyBakry (ketawa).

Sebab… sebab dia JANTAN (ketawa besar).

Saya suka lelaki berkulit gelap. Nampak dia punya macho. Lelaki yang memiliki sifat ‘kejantanan’.

10 – Sebagai penyanyi Milenial, jika kamu boleh ubah sesuatu di dalam industri, apakah itu?

Masya rasa, sebagai penyanyi, kita harus benar-benar pandai menyanyi. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Menyanyi suka-suka dan upload di Youtube, misalnya. Jangan hanya mengejar populariti dan menjual muka. Bakat lebih penting daripada rupa dan populariti.

Ya. Bakat lebih penting daripada bilangan followers (pengikut) kamu yang ramai.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Alan Walker Gegarkan Borneo Music Festival Live 2020!
Masya Masyitah