Ahmad Fadzlullah

Sitting Editor: Ardi Idewani
Pakaian: UNIQLO
Gambar: Edmund Lee
Solekan: Emmy Agung
Rambut: Fendi Sani
Arahan Seni: Merrissa Emilda
Penata Gaya: Azreezal Hafidz & Ardi Idewani
Video: Jordi Harris, Zaidi Che & Ashura Hakim

AHMAD FADZLULLAH, 28 – EKSEKUTIF PEMASARAN & JUALAN

1- Pertama, kongsikan segalanya tentang kamu.

Hai nama saya Ahmad Fadzlullah Bin Narudin. Saya berumur 28 tahun dan berasal dari Temerloh, Pahang yang juga dikenali sebagai bandar ikan patin. Kini saya menetap di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran & Jualan serta kini juga bergerak sebagai freelancer.

2- Melalui Instagram kamu, saya dapati kamu suka bergambar, pernah berkecimpung dalam dunia peragaan? Baik majalah ataupun di pentas fesyen? Jika pernah, bila tu? Kalau tidak pernah, adakah kamu teringin?

Ya, saya suka bergambar kerana saya suka berkongsi minat saya dalam dunia fesyen bersama pengikut-pengikut saya di Instagram. Setakat ini, dalam bidang peragaan seperti berjalan untuk pentas fesyen itu masih belum berkesempatan, mungkin belum rezeki lagi. Akan tetapi, untuk shoot jenis editorial, saya pernah. Saya pernah menjalani penggambaran untuk majalah Remaja sewaktu saya masih belajar pada 2013, dan kini masih aktif dalam karier sebegini antara lain seperti iklan komersial tv dan banyak lagi.

3- Pada pendapat kamu, adakah lelaki juga harus β€˜bersiap’ setiap hari?

Pada pendapat saya dan untuk diri saya sendiri sememangnya perlu. Ini kerana kerjaya saya yang senantiasa memerlukan saya untuk berjumpa dengan orang. Jadi, untuk nampak yakin dan segak saya perlu bersiap. Saya juga sarankan lelaki di luar sana untuk senantiasa tampil bersiap agar penampilan diri itu kelihatan Β lebih kemas.

4- Apakah pujian paling kamu ingati tentang diri kamu yang pernah diberikan oleh teman sekeliling?

Oleh kerana saya menjaga keterampilan diri daripada segi luaran serta dalaman, antara pujian yang paling saya suka adalah mereka katakan saya nampak jauh lebih muda daripada umur saya yang sekarang.

5- Kamu juga punya bilangan pengikut yang banyak di Instagram? Bagaimana rasanya menjadi seorang insta-famous? Pernah mengalami sebarang gangguan daripada pengikut kamu (dalam apa jua bentuk)?

Untuk tahun 2020 ni dengan pengikut saya yang sebanyak itu, belum boleh saya gelarkan insta-famous. Walau apapun, saya bersyukur kerana pengikut saya masih ada ini mungkin disebabkan mereka meminati gaya hidup saya yang cukup simple ni. Alhamdulillah, setakat ini tidak adalah gangguan-gangguan yang pelik yang saya terima.

6- Bakat tersembunyi kamu….?

Saya boleh menyanyi. Dan saya teringin untuk adakan konsert saya sendiri. Sound so cheap but yeah itu yang saya inginkan . InshaAllah, mungkin satu hari nanti, siapa tahu…

7- Lima perkara tentang diri kamu yang orang mungkin tidak tahu?

Saya suka memasak dan ramai sukakan masakan saya. Saya juga boleh buat bunyi air paip yang menitik haha. Kalau kamu hendak tahu, saya atlet kesukaan guru saya sewaktu zaman sekolah dahulu. Apa lagi ya… Saya ini anak paling manja dalam keluarga dan… perkara yang saya tidak mungkin dapat lupakan, saya pernah muntah selepas buat aktiviti ekstrem di taman tema Sunway Lagoon.

8- Sempena tahun 2020 ini, apakah yang kamu ingin ubah terutama sekali tentang mentaliti masyarakat Malaysia hari ini?

Sempena tahun 2020 ini, apa yang saya hendak ubah tentang mentaliti masyarakat Malaysia ialah saya mahukan semua untuk berhenti menilai individu yang kamu tidak kenal terutama sekali dalam dunia sosial media ini. Bagi saya, ini sangat penting agar kita tidak menyebarkan perkara-perkara negatif kepada orang ramai sekaligus boleh mengurangkan masalah-masalah dan isu seperti mental illness yang berpunca daripada media sosial ini.

9- Adakah kamu punya cita-cita atau kerjaya yang belum tercapai sehingga hari ini?

Ada , cita-cita saya adalah untuk memiliki keluarga sendiri yang bahagia di samping keluarga saya sekarang. Dari segi kerjaya pula, saya mahu luaskan apa yang saya lakukan baik dalam bidang perusahaan juga minat saya. Yang penting, setiap apa yang kita lakukan, kita mesti happy!

10- Akhir sekali, apakah azam 2020 kamu? Boleh kongsikan bersama kami.

Azam untuk 2020 itu tiadalah sangat. Akan tetapi untuk 2020 ni, apa yang saya mahukan adalah untuk senantiasa berasa gembira dengan apa jua yang saya lakukan. Ini penting kerana jika saya berasa gembira, pada masa yang sama saya akan dikelilingi dengan aura positif dalam diri saya sendiri.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
#RekomenFilem AJ and The Queen – Satira Mak Nyah Yang Lucu, Emosi & Menyentuh Sanubari
Ahmad Fadzlullah