Fify Azmi

Fify Azmi
Gambar: Chuan Looi/Yipieyaya Studio Solekan: Fendi Sani  Pakaian: TSyahmi  Arahan Seni: Merrissa Emilda  Penata Gaya: Azreezal Hafidz & Ardi Idewani  Video: Ryan Mohamad & Ashura Hakim
Fify Azmi, 28 – Penyebar Radio Digital

1- Pertama, kongsikan segalanya tentang diri kamu.

Nama saya Fify Azmi, saya berumur 28 tahun. Saya menetap di Subang Jaya dan kini bekerja di Astro Bukit Jalil.

2- Kamu pernah menyertai Dewi Remaja 2014/2015, boleh kamu kongsikan sedikit sebanyak pengalaman kamu ketika itu?

Ia sangat menyeronokkan. Saya belajar banyak benda daripada tidak tahu menahu langsung tentang solekan sehingga kini sudah tahu. Bagaimana cara hendak berjalan dengan betul dan bermacam lagi. Walaupun masih belum sempurna sepenuhnya, akan tetapi banyak benda yang saya belajar ketika menyertai pertandingan itu.

3- Bagaimana orang mula mengenali Fify Azmi?

Ramai orang cakap mereka mula mengenali saya melalui satu aplikasi sosial media dahulu yang dipanggil Keek. Dan bukan itu sahaja, saya juga pernah menyertai beberapa rancangan program TV seperti Fear Factor, Juara Joran juga GM2.

4- Bagaimana erti kehidupan kembar menurut kamu?

Double the fun, double the trouble. Simple as that! Haha.

5- Tentang si adik, Khalie Azmi, yang kamu suka dan tidak suka?

Yang saya suka tentang Khalie ini adalah dia seorang yang tidak berdendam langsung. Contoh, jika bergaduh, Khalie akan berbaik kembali dengan saya pada keesokan harinya. Yang buruk pula tidak ada, cuma kita tahu perangai Khalie ni agak gila-gila. Kalau dia nak buat, dia akan buat. Ada kebaikan dan ada juga keburukannya. Jadi saya sebagai kakak akan menasihatkan yang terbaik.

6- Saya lihat di Instagram kamu, boleh saya gambarkan yang kamu ini seorang yang sukakan percutian pantai. Yang mana percutian paling manis pernah kamu kunjungi?

Sudah tentu percutian terbaru saya pergi bersama Khalie ke Railay Island di Thailand. Bukan apa, kerana kami benar-benar bergembira. Kami sebenarnya tak kisah asalkan ia percutian pantai. Dan kami jenis yang akan padatkan aktiviti percutian kami dari hari ke hari dengan pelbagai benda. Kami gemar explore. Itu cara kami enjoy percutian kami. Kalau boleh kami akan semarakkan mood gembira itu sehinggalah hendak balik menuju ke lapangan terbang! Kadang-kadang sampai ke rumah! Haha.

7- Saya lihat kamu seorang yang sangat ceria, bagaimana kamu tangani isu-isu keganasan seperti buli terutama sekali di media sosial?

Bagi saya, keganasan seperti ini mampu memberi impak yang sangat besar kepada semua terutama golongan muda. Media sosial kini digunakan dengan cukup berleluasa, semua tersebar dengan cepat. Orang tengok media sosial lebih daripada tengok berita. Ia adalah persekitaran yang tidak baik. Sesiapa di luar sana yang menggunakan medium media sosial untuk berkomunikasi, gunakan dengan sebaik mungkin. Jangan jadi cyber bully. Dan golongan muda kenalah berhati-hati sekarang ni. Perkara kecil pun jika diviralkan, boleh dikecam satu dunia.

8- Jika kamu diberi peluang untuk dilahirkan semula, kamu mahu dilahirkan secara kembar atau normal?

Mestilah kehidupan kembar seperti sekarang. Saya rasa cukup bertuah. Sebab saya dapat hidup berdua dan berteman.

9- Bagaimana pula dengan rutin penjagaan wajah, apakah langkah yang paling penting sekali dalam rutin kamu?

Mencuci wajah sebersih-bersihnya. Saya akan pastikan wajah dicuci dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan malam.

10- Menurut kamu, agak-agak ada berapa rutin penjagaan wajah untuk mendapatkan kulit bersih, cantik dan sihat?

Lima! Langkah paling penting ialah, mencuci, kemudian diikuti dengan langkah toner, serum, melembap dan menyapu pelindung sinar.

#skingoals saya adalah untuk mendapatkan kulit mulus bak Kendall Jenner. Flawless, soft and fair.”

PRODUK SARANAN KAMI UNTUK JENIS KULIT KERING SEPERTI FIFY AZMI

  1. Alpha-H Balncing Cleanser with Aloe Vera
  2. Pixi Glow Tonic
  3. Arcona Magic Green Ice
  4. Clinique Moisture Surge Face Spray Thirsty Skin Relief

Produk boleh didapati di Sephora

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Niena Azman
Fify Azmi