Bibian Leong

COVER5-ForFeature
Gambar: Andy Ong/ 31 Square. Penata Gaya: Azreezal Hafidz. Solekan/Rambut: Fendi Sani. Arahan Seni: Merrissa Emilda. Penyelaras: Hafizan Mohd. Suntingan video: Hakimi Asari.
BIBIAN LEONG, 25, HAIRSTYLIST

Apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier? Untuk sentiasa mencuba apa yang saya boleh usahakan dalam mencapai impian menjadi seorang hair stylist profesional.

Ceritakan pada kami tentang perkara paling hebat pernah kamu lakukan. Ketika mengunjungi Universal Studio, Singapura. Saya berjaya mencuba semua permainan yang ada. Totally awesome!

Apa perkara terbaik menjadi seorang gadis pada 2016? Akses untuk mengembara dengan lebih mudah dan murah. Jadi peluang untuk saya melihat budaya asing di negara berbeza lebih meluas.

Jika diberi peluang untuk menjadi individu lain, siapa dan mengapa? Ibu saya kerana mahu merasai sendiri bagaimana membesarkan saya.

Momen yang membuatkan kamu bersyukur/ rendah diri? Feeding stray dogs. Pengalaman ini membuat saya bersyukur sangat dengan apa yang dimiliki dan menyedari betapa kecilnya kita ini sebagai manusia di dunia, dibandingkan dengan makhluk-makhluk lain ciptaan Tuhan.

Hari yang sempurna buat kamu? Bangun setiap pagi di sebuah pulau dengan pancaran matahari. Zone out dari kesibukan kerja.

Pandangan kamu tentang generasi hari ini? Generasi hari ini tak sanggup bekerja keras dan tak memiliki passion. Hanya memikirkan kesenangan dan gaya hidup sahaja.

Apa yang membezakan generasi kamu dengan generasi sebelum ini? Too much technology! Generasi hari ini terlalu bergantung pada teknologi, media sosial umpamanya mempengaruhi banyak aspek kehidupan.

Ketika kecil apa yang kamu bayangkan pabila berada di usia ini? Wear make-up and heels everyday. Tapi saya kira tidaklah sama pun apa yang saya bayangkan dengan perwatakan saya hari ini. Maybe just less makeup dan not everyday in heels.

Kamu ingin tua seperti…? Jennifer Lopez. Lihat sahaja bagaimana fabulous nya dia pada usianya hari ini. Badan montok, kulit cantik dan bijak pula menjaga diri. Itulah saya pabila tua nanti.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Zuwari Zahari
Bibian Leong