Deeba Halil

COVER3-ForFeature

DEEBA HALIL / KUANTAN, PAHANG / 25 / MODEL, PRAMUGARI

Apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier? Saya model sambilan dan sepenuh masa seorang pramugari.

Ceritakan pada kami tentang perkara paling hebat pernah kamu lakukan. Ketika saya membesar saya sangat mahu memasuki beauty pageant dan alhamdulillah tahun lalu saya berjaya menjadi satu daripada lima peserta teratas pertandingan Dewi Remaja.

Apa perkara terbaik menjadi seorang gadis pada 2016? Dapat mencapai impian tanpa halangan dan batasan serta pada masa sama mendapat sokongan daripada keluarga.

Jika diberi peluang untuk menjadi individu lain, siapa dan mengapa? Ibu saya kerana she’s amazing!

Momen yang membuatkan kamu bersyukur/ rendah diri? Belajar tentang kehilangan. Dalam beberapa fasa kehidupan kita dipertemukan dengan teman-teman dan di fasa berbeza kita kehilangan persahabatan yang dijalin.

Hari yang sempurna buat kamu? Oh, saya masih tak mampu lupakan hari graduasi saya. It was one of the great moment in my life!

Pandangan kamu tentang generasi hari ini? Berkeyakinan tinggi dan cool!

Apa yang membezakan generasi kamu dengan generasi sebelum ini? Teknologi. Saya rasa generasi ibu saya dulu tidaklah terlalu mengagungkan gajet.

Ketika kecil apa yang kamu bayangkan pabila berada di usia ini? Menjadi seorang usahawan.

Kamu ingin tua seperti…? Angelina Jolie. Dia seorang wanita yang tabah dalam mejalani kehidupan yang sukar tetapi sentiasa senyum melaluinya.

Gambar Andy Ong/31 Square
Penata Gaya Azreezal Hafidz
Solekan/Rambut Fendi Sani
Arahan Seni Merrissa Emilda
Penyelaras Hafizan Mohd
Suntingan video Hakimi Asari

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Lucas Lau
Deeba Halil