Nasri Lian

Cover12_ForFeature
Gambar: Andy Ong/31 Square. Penata Gaya: Azreezal Hafidz. Solekan/Rambut: Fendi Sani. Arahan Seni: Merrissa Emilda. Penyelaras: Hafizan Mohd. Suntingan video: Hakimi Asari.
NASRI LIAN, MIRI, 31, PENGARAH FILEM

Apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier? Saya pengarah filem di Groundhouse Media dan buat masa sekarang saya banyak menjalankan latihan buat team saya di samping mencipta lebih lagi content bagi laman web Whtaever There Was Travel.

Ceritakan pada kami tentang perkara paling hebat pernah kamu lakukan. Baru-baru ini saya berpeluang merakam video Ferrari 458 Italia. Apa yang menariknya pengalaman ini adalah kami menggabungkan elemen mewah kenderaan ini dengan sukan paintball. Satu pengalaman yang menyeronokkan.

Apa perkara terbaik menjadi seorang lelaki pada 2016? There’s no difference. The best is what we make out of it.

Jika diberi peluang untuk menjadi individu lain, siapa dan mengapa? Ty Evans, dia skate flim maker yang ekstrem. Saya ingin lalui apa yang dia lakukan dalam kerjayanya sebagai videographer merakam momen dan detik penting dalam sukan skate.

Momen yang membuatkan kamu bersyukur / rendah diri? Menonton kembali hasil video kembara yang saya rakam. Saya rasa cukup bertuah dapat merasai pengalaman kembara hebat ini dan pada masa sama dapat memberi motivasi kepada penonton untuk keluar dan merasai sendiri pengalaman mengembara ke negara orang.

Hari yang sempurna buat kamu? Cukup bersama isteri saya, kucing di rumah dan mungkin anak satu hari nanti.

Pandangan kamu tentang generasi hari ini? Berani mengambil risiko daripada rutin kerja 9- 5 dan lakukan apa yang mereka percaya tanpa batasan.

Apa yang membezakan generasi kamu dengan generasi sebelum ini? Saya percaya kehidupan hari ini punya lebih banyak pilihan dalam menentukan arah hidup. Komunikasi contohnya semakin mudah dan meluas dalam mengembangkan pertalian serta peluang dalam skala lebih besar.

Ketika kecil apa yang kamu bayangkan pabila berada di usia ini? I always wanted to be a goodman. Mungkin polis atau ahli bomba – menyelamat dan membantu. Namun jalan hidup punya atur caranya tersendiri. Saya gembira dengan apa yang saya lakukan hari ini.

Kamu ingin tua seperti…? Masih bersama isteri saya dan terus keliling dunia mengembara bersama.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Hanie Hidayah
Nasri Lian