Syamim Farid

Cover7_ForFeature
Gambar Andy Ong/31 Square Penata Gaya Azreezal Hafidz Solekan/Rambut Fendi Sani Arahan Seni Merrissa Emilda Penyelaras Hafizan Mohd Suntingan video Hakimi Asari
SYAMIM FARID, KUALA LUMPUR, 25, PENGACARA

Apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier? Saya baru sahaja tamat belajar dalam bidang perniagaan dan memulakan kerjaya sebagai pengacara bersama Astro Go Shop serta H Live! selain menjadi naib juara Dewi Remaja yang lalu.

Ceritakan pada kami tentang perkara paling hebat pernah kamu lakukan. Saya selalu mengimpikan untuk menjadi seorang pengacara dulu. Tak sangka pula hari ini di usia 25, impian itu sudah menjadi kenyataan.

Apa perkara terbaik menjadi seorang gadis pada 2016? Tahun ini tanpa dirancang, saya menjadi seorang isteri.

Jika diberi peluang untuk menjadi individu lain, siapa dan mengapa? Ibu saya kerana dia wanita yang sangat kuat. Dia mengajar saya erti kepayahan dalam hidup dan bagaimana melaluinya tanpa rasa takut. She never say never! Semuanya dilakukan dengan caranya tersendiri.

Momen yang membuatkan kamu bersyukur/ rendah diri? Ketika saya melakukan aktiviti CSR di salah satu rumah orang tua di Kelantan. Ia membuka mata saya untuk sentiasa menghargai orang tua terutama kedua ibu bapa.

Hari yang sempurna buat kamu? Ketika hari graduasi saya kerana hari tersebutlah saya membuat kedua ibu bapa saya bangga.

Pandangan kamu tentang generasi hari ini? Generasi yang yakin dan bercita-cita tinggi tetapi didominasi teknologi dan gajet.  Komunikasi dua hala juga begitu, terlalu bergantung pada teknologi.

Apa yang membezakan generasi kamu dengan generasi sebelum ini? Kami dibesarkan dalam keluarga yang kuat bekerja dan komited. Generasi hari ini juga tidak takut untuk get involved dalam banyak perkara bagi memastikan mereka dapat lakukan apa yang mereka mahu.

Ketika kecil apa yang kamu bayangkan pabila berada di usia ini? Bekerja di pejabat atau masih lagi sambung belajar.

Kamu ingin tua seperti…? Angelina Jolie.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Joharee Muhammad
Syamim Farid