Hazwan Yazit

HazwanYazit3_stailMY

Gambar: Chee Wei/ Yipieyaya Teks: Zaidi Che grooming: Fendi Sani Pakaian: COS Sitting editor: Azreezal Hafidz

HAZWAN YAZIT, 32 – USAHAWAN & CO-FOUNDER, BROWNIES BAR

1- Pertama, terangkan segalanya tentang diri kamu, apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier?

Sepanjang 32 tahun perjalanan hidup saya, tidak pernah menyangka sekali pun yang saya bakal menjadi seorang baker merangkap seorang usahawan.

Sebelumnya, saya seorang graduan Kejuruteraan Petroleum (Kimia) dan mula bekerja di dunia korporat di salah sebuah syarikat minyak dan gas ternama negara.

2- Bilakah kamu terdetik mahu menjadi seorang usahawan?

It started in 2011, my best friend and I started to bake for fun. Kami belajar sendiri-sendiri. Membakar, membacuh dan pelajari dari laman-laman Internet. Keluarga dan rakan-rakan mula memberi pandangan dan maklum balas yang positif. Dan rata-rata mereka berkata, “Kenapa tak jual online?”

Jadi, kami mula menjual secara atas talian. Menjual dan menyediakan bekalan brownies untuk kafé-kafé dan restoran di sekitar lembah Klang. Kami juga mengambil tempahan peribadi. Semacam kebetulan, hence the name “The Accidental Bakers”.

Mulanya, kami mula membakar selepas waktu bekerja. Tahun 2014, kami memutuskan untuk meninggalkan dunia korporat dan menumpukan sepenuh perhatian pada perniagaan brownies kami. Setelah dua tahun berpenat lelah, syukurBrownies Bar” was born.

3- Justeru bagaimanakah kamu mendapat idea untuk membuka ‘Brownies Bar’ ini?

Sejak 2014, kenalan dan pelanggan-pelanggan kami mengenali kami kerana BROWNIES. Mungkin kerana penghargaan mereka itu memberi inspirasi buat kami menjadi usahawan pertama yang membuka sebuah bar khusus untuk brownies ini.

4 – Terangkan kenapa kamu memilih brownies sebagai sajian utama?

Pertama-tama, kami mahu mempelajari dan bergelar pakar dalam segala sesuatu hal berkenaan brownies. Buat masa ini, kami menghidangkan 15 jenis brownies aneka rasa. Mungkin akan datang kami akan pelbagaikan pilihan perasa.

5 – Selain brownies , apakah sajian lain yang terhidang di sini?

Dalam perancangan, kami bakal menyediakan perkhidmatan kek. Namun yang pasti, brownies tetap menjadi sajian dan hidangan utama.

6 – Terangkan pula apakah konsep ‘Brownies Bar’ ini?

Sangat minimalis. Warna-warna korporat seperti hitam, putih dan kelabu. Biar warna-warna brownies kami yang menangkap perhatian. The brownies will be the color of our bar.

7 – Menjadi seorang usahawan memberi kamu satu kelebihan seperti?

Pengurusan masa. Menjadi seorang usahawan, kamu harus pandai membahagikan masa. Time is flexible yet very tricky. Katakan saya tersalah rangka, segalanya bakal jadi kacau.

Namun jika kamu mampu mengawalnya, perasaan melihat perniagaan kamu itu berkembang dari masa ke semasa, sangat BERHARGA.

8 – Jika seseorang berkata menjual brownies bukanlah suatu perniagaan maskulin, kata kamu?

Taste is very subjective. Cara seseorang memandang maskulin itu berbagai-bagai. Bagi saya, apa yang paling penting adalah pelanggan saya semua berpuasa hati dan gembira dengan brownies kami.

9 – Kepuasan menjual brownies bagi kamu?

Sebenarnya dalam dunia perniagaan, tiada yang namanya maskulin, tiada yang feminin. Asalkan ia memberi KEUNTUNGAN dan membuat semua orang GEMBIRA dengan brownies buatan tangan kamu, that’s all that matters.

10 – Harapan dan nasihat kepada mereka, terutamanya golongan Bumiputera yang ingin menceburi bidang perniagaan di luar sana.

Jangan mudah putus asa. Ya, orang-orang yang punya perniagaan itu memang nampak cantik dan kedengaran berbunga-bunga di luarnya, tapi percayalah perniagaan bukan perkara mudah.

Kamu harus cekal, kuat luar dan dalam bagi menghadapi cabaran dan pancaroba dunia perniagaan. Pesan saya, setiap kali kamu merasa hilang punca, ingatlah sebab kali pertama kamu memulakannya.

HazwanYazit2_stailMY

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Ain Edruce
Hazwan Yazit