Sheena

Sheena2_stailMY

Gambar: Chee Wei/ Yipieyaya Teks: Zaidi Che Solekan: Fendi Sani Pakaian: COS Sitting editor: Azreezal Hafidz

SHEENA, 29 – DOKTOR

1 – Pertama, terangkan segalanya tentang diri kamu, apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier?

Saya seorang doktor wanita yang memiliki sebuah klinik kesihatan bernama Klinik Shah Alam di Shah Alam, Selangor. Boleh dikatakan juga, saya memiliki perwatakan feminin yang berdikari. Perwatakan yang wanita hari ini harus ada dalam setiap diri mereka. Work hard and play hard.

2 – Seorang doktor selalu memikirkan tentang perkara-perkara seperti?

Memikirkan yang terbaik buat pesakit. Santai sahaja berborak bersama mereka, daripada terus-terusan berbincang pasal masalah kesihatan yang mereka hadapi. Mendekati mereka seperti rakan agar mereka tidak berasa terlalu gundah dan khuatir.

3 – Bagaimana kecantikan dan perubatan saling berkait?

Dalam banyak perkara. Bukan sahaja dari segi ubat dan produk kesihatan, tetapi juga dari segi persaingan. Kini, terdapat persaingan yang ketara antara doktor dengan “tokoh kecantikan”.

4 – Pandangan doktor terhadap ubat-ubatan sampingan yang dijual secara berleluasa di luar sana?

Selalunya, ubat sampingan dan produk kecantikan yang dijual secara besar-besaran ini tidak mendapat pengiktirafan daripada mana-mana badan kesatuan medikal atau pun ada juga yang langsung tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kamu sebagai rakyat Malaysia dan juga generasi pada hari ini haruslah berhati-hati dan tidak mudah menaruh PERCAYA pada ‘tokoh kecantikan’ atau individu penjual produk kesihatan/kecantikan yang diragui.

Kita ada pakar-pakar dalam bidang ini. Mereka yang menjalani pengajian selama bertahun-tahun di universiti, yang melakukan kajian untuk mencari jawapan buat kamu. Seharusnya, PERCAYA PADA MEREKA INI, BUKAN PERCAYA PADA “MEREKA” YANG TIDAK DATANG DARI LATAR BELAKANG KESIHATAN.

5 – Boleh doktor jelaskan lebih lanjut, kenapa ubatan sampingan atau produk kecantikan itu harus mendapat pengiktirafan KKM?

Seperti yang dibincangkan tadi, terlalu banyak ubat-ubatan sampingan dan produk kecantikan yang diragui dan tidak mendapat pengiktirafan KKM membanjiri pasaran.

Rasionalnya KKM bertindak begitu kerana mahu melindungi rakyat Malaysia dan menyebarkan kesedaran akan peri bahayanya perkara ini. Actually, they are doing prevention than cure. Why not be safe rather than be sorry.

6 – Pada hemat doktor, mengapa pengamal medikal sah (ahli farmasi/dermatologi/doktor) tidak pula memasarkan sehebat ubat-ubatan/produk kecantikan yang diragui tersebut?

Sebuah produk yang tidak berkesan, memerlukan strategi pemasaran yang bersungguh-sungguh. Kerana produk itu dijual bagi mengaut keuntungan dan bukan lah untuk tujuan kesihatan. Mereka melabur dana yang besar untuk iklan dan pemasaran.

Di balik telapak tangan, kami (pengamal medikal sah) tidak perlu berbuat begitu. Pertama, kerana peraturan yang ditetapkan KKM. Kami sebagai doktor tidak boleh memasarkan sebarang ubat atau produk kesihatan kepada umum.

Kedua, jika sesuatu yang buruk berlaku kerana pengambilan ubat-ubatan yang diragui tersebut, pesakit tetap akan datang kepada kami untuk rawatan atau mendapatkan bantuan profesional. No matter what happen, we are always there for the public.

7 – Pandangan doktor tentang produk-produk ini pula? Khususnya produk pelangsing, adakah baik atau memberi kesan yang buruk?

Jika mendapat pengiktirafan, sudah tentu kami syorkan. Namun jika pesakit atau pelanggan (produk kecantikan) yang datang ke klinik kami, berkeras mahukan juga “produk” tersebut, kami akan cuba dapatkan preskripsi ubatan/produk pada kementerian dan pastikan ia selamat digunakan.

8 – Sebagai doktor wanita, bagaimana kamu melihat kecantikan?

Kecantikan sangat penting. Ia merangkumi semua. Pada saya, kecantikan bukan sekadar menilai dari rupa paras atau aksesori. Saya kira jikalau semua orang yang sedang bernafas saat ini, menghargai segala kecantikan yang terdapat di sekitarnya, pasti membuat mereka melihat kecantikan pada segala-galanya.

9 – Kehidupan, kecantikan dan diri kamu?

I’m very tomboyish but still a girl, not yet a lady… (ketawa). Saya melihat kehidupan dan kecantikan itu seimbang. Boleh dikatakan tidak manis, juga tidak pahit. I’m a good balance of both.

10 – Nasihat dan kata-kata semangat seorang doktor wanita buat wanita, perempuan dan anak gadis di luar sana tentang kecantikan.

Jangan membahayakan kesihatan demi kecantikan. Tiada makna jika kamu nampak cantik di luar, namun sengsara di dalam. Kehidupan itu indah. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Tanya pada diri, jika kamu mahu cantik? Kamu mahu sihat? JANGAN SESEKALI MEROSAK DIRI.

Sheena1_stailMY

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Vishal Bhaskaran
Sheena