Isa Khan

Gambar: Chuan Looi/Yipieyaya Studio Solekan: Fendi Sani  Pakaian: Milik Penata Gaya  Arahan Seni: Merrissa Emilda  Penata Gaya: Azreezal Hafidz & Ardi Idewani  Video: Ryan Mohamad & Ashura Hakim
Isa Khan, 25 –  Penyanyi & Pelakon

1 – Pertama, terangkan segalanya tentang diri kamu?

Nama saya Isa Khan. Saya berusia 25 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur. Keluarga sebelah bapa dari Karachi, Pakistan dan di sebelah ibu pula berketurunan Cina dari Johor. I’m mix of both.

2 – Bagaimana kamu bermula dalam bidang nyanyian di Malaysia?

Bermula secara profesional daripada rancangan realiti Akademi Fantasia 2016 (AF13). Sebelumnya, saya bernyanyi secara bebas di sekitar Jakarta dan Kuala Lumpur. I was performing for live band.

3 – Single pertama kamu (Syurga Yang Sempurna)? Huraikan.

Syurga Yang Sempurna adalah hasil tulisan saya sendiri. Ia mengisahkan seorang hamba Allah yang tiada hala tujuan dalam hidupnya. Akhirnya dia bertemu dengan seorang wanita yang berjaya mengubah kehidupannya.

Wanita itu banyak memberi masukan yang baik pada diri lelaki ini. Menjadi insan yang lebih baik. Dia sangat mengambil berat. Dia peduli di saat semua orang tidak peduli.

Lelaki ini tersentuh. Seorang lelaki yang keras akhirnya bertemu dengan seorang wanita yang lemah lembut. Itu yang membuat si lelaki jatuh cinta. Sayangnya, sang wanita itu hadir dalam hidup sang lelaki hanya sementara (kerana meninggal dunia).

4 – Kamu juga seorang peragawan, ceritakan pula tentangnya?

Berhadapan dengan kamera itu perkara biasa bagi saya kerana sudah terbiasa semenjak kecil lagi. Saya dipupuk untuk melakukan iklan-iklan komersial atas dorongan dan sokongan ibu.

Semasa di bangku sekolah, saya sudah merancang perjalanan hidup saya. Saya akan pergi ke bidang seni dan akan mengerjakannya bersungguh-sungguh. Saya sangat cintakan seni.

5 – Selain penyanyi dan peragawan, kamu juga seorang?

Saya sempat terjun ke bidang lakonan juga. Diberi kepercayaan oleh guru saya sendiri di AF13, Elly Suriati untuk berlakon. Telefilem pertama lakonan saya bertajuk “Transit Terakhir” (2017).

Dari situ juga saya berjumpa Erma Fatima dan telah diberikan kesempatan untuk berlakon dalam “Mak Cun Pi Lombok” (2017). Bagi saya, bidang lakonan, peragaan dan muzik itu semua, saya lakukan demi seni.

6 – Sebagai anak seni, kamu lebih cenderung memilih bidang lakonan atau muzik?

Kalau orang bertanya, “Awak memilih muzik atau lakonan?”, saya tidak pasti boleh menjawab dan membuat keputusan. SAYA PILIH SENI ITU SENDIRI.

Seperti muzik, ia ada seni yang tersendiri. Setiap lakonan itu juga ada seni yang tersendiri. Lalu berkaitan pula antara satu sama lain. Sebenarnya lagu itu cerita pendek dalam lakonan. Daripada itu, saya mendapat ilham untuk menulis single pertama saya itu tadi.

7 – Kulit kamu kelihatan segar, ada apa-apa tip?

Sangat ringkas. Sekurang-kurangnya mencuci muka, kerana kulit muka yang berminyak, ditambah pula dengan liang pori yang terbuka, membuatkan jerawat senang naik.

8 – Kongsikan tip penjagaan wajah kamu kepada kami.

Ramai yang tidak tahu solekan masih tersisa di dalam lapisan kulit. Tanggalkan solekan terlebih dahulu. Gunakan toner untuk pembersihan lebih mendalam. Kemudian, barulah basuh muka secara menyeluruh.

9 – Nasihat kamu untuk mereka yang sedang putus cinta?

Akhirnya cinta tak boleh dipaksa. Kehidupan mesti diteruskan. Percaya yang putus cinta itu adalah kerana si dia bukan milikmu. Dia bukan untuk kamu. Setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmahnya.

Pada penghujung hari, ia berbalik pada yang Esa. Yang lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Just have faith. Punya kepercayaan pada yang Satu.

10 – Bayangkan diri kamu lima tahun ke hadapan. Siapa Isa Khan?

Sebagai seorang penghibur yang menginspirasi banyak orang.

Saya percaya setiap karya punya cerita. Tiap kali saya berkarya, saya tak akan menghasilkan tanpa tujuan. Saya sulam dengan masukan yang positif. Supaya dapat saya memberi inspirasi melalui seni.

Saya agak gembira dengan keadaan kulit saya sekarang. Jadi #skingoals saya adalah kulit yang sihat (tidak berminyak atau kering) sudah memadai.

Produk saranan kami untuk kulit SEPERTI Isa

  1. Sephora Collection Micellar Milk in Rose
  2. Philosophy Hope In a Jar (versi gel)
  3. First Aid Beauty Hello Fab Ginger & Tumeric Vitamic C Jelly Mask
  4. Estee Lauder Advance Night Repair

Produk boleh didapati di Sephora

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Hannah Delisha
Isa Khan