Welson Sim

welson simGambar: Chuan Looi/Yipieyaya Studio Solekan: Fendi Sani  Pakaian: Milik Penata Gaya  Arahan Seni: Merrissa Emilda  Penata Gaya: Azreezal Hafidz & Ardi Idewani  Video: Ryan Mohamad & Ashura Hakim
WElson sim, 21 – Perenang negara

1- Pertama, kongsikan segalanya tentang diri kamu.

Nama saya Welson Sim. Saya seorang perenang negara. Saya berasal dari Kuching, Sarawak dan kini berusia 21 tahun.

2- Bagaimana kamu mula terjebak di dalam sukan renang?

Saya mula belajar berenang pada usia 10 tahun. Saya bermula daripada kelab renang, di situ saya belajar berenang. Dan selepas beberapa bulan, saya terpilih untuk ke fasa lebih tinggi, di mana mereka mahukan saya untuk memandang sukan renang sebagai karier. Dan ketika itu, saya dipilih oleh seorang jurulatih daripada China. Ketika itu, mereka sedang lagi memerhati mana-mana bakat baru yang boleh diketengahkan. Semua ini terjadi ketika saya masih di Kuching.

3- Sebarang motivasi buat kamu untuk menjadi siapa diri kamu hari ini?

Yang menjadi pendorong besar serta motivasi buat diri ini sudah tentunya diri saya sendiri, ibu bapa serta teman-teman yang sentiasa menyokong saya sehingga ke hari ini.

4- Pastinya jika terlibat dalam sesuatu pertandingan, kamu akan serta-merta gementar. Bagaimana kamu mengatasi rasa itu?

Ya setiap pertandingan saya akan merasa perasaan gementar itu tidak kira peringkat apa juga pertandingan itu sama ada pertandingan besar mahupun kecil. Namun ia bukanlah tentang pesaing. Sukan renang ini sebenarnya sukan individu. Kami lebih risaukan tentang timing dan persembahan kami.

Bagi saya, perasaan gementar itu terbit jika saya punya perasaan bagaimana jika saya tidak mampu perform dengan bagus. Namun apa yang saya lakukan untuk meredakan rasa gementar, saya akan mendengar muzik di dalam playlist saya. Saya sukakan muzik dan saya banyak mendengar lagu-lagu Bahasa Cina.

5- Siapa idola kamu dalam sukan renang?

Sudah tentu Michael Phelps, perenang Amerika Syarikat. Dia sangat berbakat dan bagus dalam sukan ini. Saya memandang dia sebagai idola.

6- Apakah pertandingan terbesar pernah kamu sertai? How was it?

Rio Olympics 2016. Ia pengalaman yang baik buat saya. Everything was good, timing saya juga sangat baik ketika pertandingan itu.

7- Kongsikan bersama kami tentang hobi kamu, selain berenang.

Oh jika bukan berenang, saya banyak menghabiskan masa bermain badminton. Hmm apa lagi ya… Oh yes, saya suka makan! Saya suka mencuba makanan baru. Namun satu sahaja tentang saya, jika saya mencuba suatu restoran baru, and if the food is not good, I’ll banned it. Haha!

8- Bagaimana pula dengan rutin latihan harian kamu?

Bermula seawal 6.30 pagi hingga 8.30 pagi setiap hari. Dan saya akan ada waktu rehat sebelum bermula kembali pada pukul 2.30 hingga 6 petang. Buat masa ini kami bertempat di Kampung Pandan dan saya berharap kami akan dapat berpindah ke Bukit Jalil dalam masa terdekat ini.

9- Pengalaman manis kamu sepanjang hidup?

Terlalu banyak benda untuk saya kongsikan. Namun antaranya adalah apabila saya mendapat A card dan layak untuk menyertai Olympic 2016. Untuk pengetahuan kamu, A card adalah tiket jaminan untuk ke Olympic. Selain itu, pengalaman manis di mana saya membawa kemenangan pada sukan Sea Games 2017 yang bertempat di Malaysia, our hometown.

10- Apakah satu prinsip tentang penjagaan diri yang kamu sering amalkan semenjak dahulu lagi?

Sebagai seorang perenang dan sentiasa berada di dalam air, kulit saya serta-merta menjadi kering. Dan saya akan pastikan yang saya mengaplikasikan losen badan yang bagus pada tubuh untuk mengekalkan lembapan.

11- Bagaimana pula dengan rutin penjagaan wajah kamu?

Saya seorang yang sangat simple. Namun saya akan memastikan wajah saya bersih dengan mencuci setiap hari sebanyak tiga kali iaitu pada sebelah pagi, tengah hari dan malam. Saya juga akan pastikan tubuh disapu losen setiap masa.

My #skingoals is to be more handsome! Haha. Selain itu saya ingin mengekalkan kulit wajah dan tubuh yang sihat. Saya sering berada di dalam air, sering terdedah kepada klorin, jadi saya harus menjaga kulit saya dengan lebih baik.”

Produk saranan kami untuk jenis kulit Kering SEPERTI welson
welson sim
  1. First Aid Beauty Hello Fab Coconut Water Cream
  2. Fresh Rose Face Mask
  3. Dr Jart+ Water Fuse Dew Drops Serum
  4. Boscia Jelly Ball Cleanser (mula dijual 18 Januari 2018)

Produk boleh didapati di Sephora

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Khainina Khalil
Welson Sim