Afeq Saad

Pakaian: Uniqlo Musim Bunga/Panas 2019
Gambar: Chee Wei
Solekan: Fendi Sani
Pengarah Kreatif: Merrisa Emilda
Arahan Seni: Ashura Hakim
Penata Gaya: Ardi Idewani
Video: Jordi Harris
Afeq Saad, 22 – Tukang JahiT/Model
1- Pertama, kongsikan segalanya tentang diri kamu.

Nama saya Muhammad Nur Afiq. Teman kenal saya sebagai Afeq. Nama komersial saya ialah Afeq Saad. Saya berumur 22 tahun dan bekerja sebagai tukang jahit. Tetapi kini saya juga berkecimpung di dalam dunia modelling. Apa lagi ya… oh ya dulu saya seorang budak nakal di sekolah. Kemudian saya melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti Sabak Bernam dan mengambil kursus fesyen asas kerana keluarga saya sudah ada perniagaan dalam bidang ini. Sedar tidak sedar, dalam bidang fesyen ini juga ada kesinambungannya dengan dunia peragaan ini. Daripada situlah saya mula meminati dunia model. Namun dahulunya saya tiada peluang sampailah suatu hari TTFGA mula scout saya. Pengarah Tarik Jeans, Jiman Casablancas, juga pernah mengambil saya menjadi model runway nya untuk KLFW. Semua ini berlaku pada 2016. Di situlah segalanya bermula. Tapi! Saya ada cerita menarik di sebalik bagaimana sebenarnya saya sertai bidang ini.

Panjang ceritanya. Dan mungkin susah untuk kamu percaya namun ia cerita betul. Saya pernah ke Mekah untuk membuat umrah. Dan saya berdoa di hadapan Ka’abah. Ketika itu saya memohon untuk diberi peluang bekerja di dalam bidang peragaan ini. Percaya atau tidak, ketika sedang lagi transit di Turki waktu itu, saya terus dikejutkan dengan notifikasi DM di Instagram, ada yang menawarkan saya peluang modelling dan hendak merakam gambar saya secara percuma. Dan itu adalah untuk shoot ala-ala skinhead kerana saya lagi botak waktu itu. Sudah tiga tahun saya sertai dunia peragaan ini namun 2018 lah yang paling banyak memberi kenangan manis. Di KLFW, saya diberi peluang untuk berjalan buat lapan jenama dan berpeluang bekerja bersama Andrews Model ini bagai satu pencapaian terbesar saya setakat ini. Bukan itu sahaja, saya juga berpeluang berkerjasama dalam kempen untuk Rizman Ruzaini. Tahun 2018 adalah tahun yang agak gila buat saya dan saya sangat-sangat bersyukur.

2- Perkara paling mencabar pernah kamu alami dalam dunia peragaan ini?

Semestinya semasa kali pertama melakukan pertunjukan pentas. Ketika itu di KLFW, masa itu lah sampai, masa itu juga lah terus jalan. Ketika itu saya dikelilingi oleh barisan model profesional dan saya pula masih baharu. Hendak pula saya yang paling rendah, jadi semangat saya ketika itu agak rendah. Tetapi saya kuatkan juga semangat kerana adanya kawan-kawan yang menyokong saya. Pada saya, itulah pengalaman paling mencabar kerana perasaan gementar yang wujud itu.

3-  Siapakah inpirasi dan idola kamu di dalam industri peragaan ini?

Jika lokal, saya pilih diri saya sendiri haha! Ini kerana di Malaysia, rata-rata ramai yang kawan saya sahaja. Jika bercakap tentang luar negara, saya suka melihat Francisco Lachowski. Dia mempunyai ketinggian yang ideal dan wajah yang kacak. Malah kariernya sudahpun bermula seawal belasan tahun lagi. Dan dia tidak perlu terlalu mencuba setiap kali di hadapan lensa kamera. Saya sering menonton video-videonya di Youtube untuk belajar dan mencari inspirasi.

Fresh Face 2019 : Afeq Saad

4- Adakah kamu terikat dengan mana-mana agensi sekarang ini?

Buat masa sekarang, tidak lagi. Namun kalau boleh, memang saya ingin berada di bawah sebuah agensi yang kukuh, dan pilihan saya adalah untuk bekerja dengan industri luar, kalau boleh di New York. Kerana kalau di Malaysia ini saya boleh sahaja bergerak sebagai freelancer. Jika di luar negara, lebih banyak pengalamannya. Akan tetapi cita-cita saya ini mungkin agak sukar untuk dicapai kerana ketinggian saya tidak mencukupi. Minima ketinggian mereka ialah 180cm manakala saya pula 178cm.

5- Bercerita pula tentang perniagaan keluarga kamu. Bolehkah kamu kongsikan bersama kami?

Ya kami ada pernigaan keluarga iaitu dalam bidang tailoring. Saya menjahit, kadang-kadang jahit hati orang juga haha. Taklah, saya gurau sahaja. Sebenarnya, kami menyediakan servis pemindaan sahaja untuk baju dan seluar. Sebenarnya ayah saya sudah memulakan bisnes semenjak saya kecil lagi. Saya banyak membantu ayah. Kami mula berniaga di Uptown Damansara menjual kurta, lemang dan bermacam lagi. Sehinggalah ayah saya mendapat modal untuk membuka kedai pertamanya di Bukit Bintang. Namun selepas itu, kami tutup kedai disebabkan oleh pelaksanaan MRT di kawasan itu. Kami berpindah ke Sungei Wang dan kini kami di Rasta TTDI.  Selain khidmat pemindaan, kami juga ada menjual aksesori seperti rantai, dompet dan pelbagai lagi. Senang kata, barang-barang yang rugged kerana ayah saya ini seorang penggemar motor. Jadi kebanyakan aksesori adalah berdasarkan gaya ayah saya ini.

6- Pernah terfikir untuk mempunyai label fesyen kamu sendiri?

Ada terniat tetapi kalau saya hendak bina label sendiri, saya akan ikut selera gaya ayah saya. Ini kerana ayah saya juga pernah berhasrat untuk membina jenama untuk dirinya sendiri namun tak terlaksana kerana mungkin pengaruhnya tidak cukup kuat. Dan jika saya diberi peluang ini, saya akan gunakan untuk ayah saya dahulu. Saya ingin membuat benda ini bersama-sama ayah saya dan kembangkan lagi keinginan dia. Saya ingin dia merasa sekurang-kurangnya sebelum pencen.

7- Pada saya kamu seorang yang bijak bergaya. Boleh kongsikan stail peribadi kamu?

Saya boleh sarung apa sahaja. Seluar baggy, boot cut, beri apa sahaja. Ini kerana saya suka mencuba semua, asalkan tidak nampak pelik. Dan saya boleh mencuba apa jua gaya baik high fashion atau yang biasa-biasa.

8- Dari mana kamu peroleh ilham fesyen kamu?

Pinterest! Pinterest itu luas. Kamu bukan boleh lihat seorang, tetapi kamu boleh kepelbagaian orang bergaya di dalam Pinterest ini. Selalunya saya akan skrol sebelum tidur, mencari inspirasi untuk apa yang hendak saya sarungkan keesokan harinya. Dan saya akan cuba, kalau nampak cantik, cantiklah ia. Kalau tidak, saya tidak akan menyarungnya.

9- Apa perkara lain tentang diri kamu yang orang tidak tahu?

Saya seorang yang gemar bermain futsal. Saya boleh bermain setiap malam. Ia antara hobi kegemaran saya kerana saya memang bermain bola semenjak kecil. Jika kamu hendak tahu, dahulu saya pernah bersekolah di sekolah sukan Pulau Pinang sewaktu Tingkatan 4. Namun, rezeki tidak panjang, kerana saya mengalami kecedaraan sewaktu itu, ligamen saya putus. Jadi kini saya hanya main untuk suka-suka sekadar untuk mengeluarkan peluh.

10- Akhir sekali, apakah nasihat kamu untuk mereka yang ingin berfesyen namun tidak ada keyakinan diri ini?

Nasihat saya, cuba sahaja. Pakai apa yang hendak kamu pakai dan confident. Mulut orang ini bukan boleh kita tutup dan tidak semestinya kita harus memuaskan hati semua orang bukan?

SOALAN TRIVIA AFEQ SAAD

InstaStory / Facebook Story
Hangat / Dingin
#TeamMahathir / #TeamAnwar
Syed Saddiq / Khairi Jamaluddin
Izzah Anwar / Hannah Yeoh
Popular / Wisdom
Introvert / Extrovert
Boxer / Brief
Hairy / Clean cut
YouTube / Netflix

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Julia Farhana Marin
Afeq Saad