Aniq Durar

Pakaian: Uniqlo Musim Luruh/Dingin 2019
Gambar: Chee Wei
Solekan: Fendi Sani
Pengarah Kreatif: Merrisa Emilda
Arahan Seni: Ashura Hakim
Penata Gaya: Ardi Idewani
Video: Jordi Harris

aniq durar (26 Tahun)  –  EKSPRESIONIS SENI

1 – Pertama, terangkan segalanya tentang diri kamu?

Nama penuh saya Awangku Aniq Durar. Bapa saya seorang Melanau dari Sarawak. Ibu pula berketurunan Afganistan berasal dari Ipoh, Perak. Anak kelima daripada tujuh orang adik-beradik. Saya menerima pendidikan awal di Kuching, Sarawak sebelum berhijrah ke Melbourne Australia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan. Sekarang saya menetap sepenuhnya di Sarawak, namun merancang untuk berpindah ke Kuala Lumpur tidak lama lagi bagi meneruskan cita-cita saya untuk bergiat aktif dalam bidang teater.

2 – Terangkan serba sedikit tentang penglibatan kamu dalam bidang teater?

Semenjak empat tahun lepas saya ada terlibat dengan beberapa buah persembahan teater, namun yang terbaru sekali saya telah mengendalikan sebuah pameran dan juga persembahan teater jalanan bersama beberapa artis lokal yang lain untuk festival ‘What About Kuching’. Untuk persembahan teater jalanan yang bertajuk ‘River’ ini saya mengetengahkan konsep chinese contemporary.yang menceritakan tentang bagaimana dua individu menjalanani kehidupan seharian mereka.

Selain itu, saya juga pernah terlibat dengan pertunjukkan teater dilhamkan daripada buku ‘Slaughterhouse V’ hasil karya Kurt Vonnegul. Menerusi teater arahan Fleur Kilpatrik itu saya dipertanggungjawabkan untuk membawa empat watak sekaligus. Ia merangkumi watak seorang askar, jururawat, paderi dan juga bintang filem lucah. Melakonkan empat watak untuk satu persembahan yang sama sememangnya sangat mencabar tapi saya seronok melakukanya! Malah saya juga berpeluang untuk menari sakan, bagaikan saya ini anak kepada bintang pop terkenal Britney Spears dan Shakira. Jadi jika itu bukan satu keseronakan, maka saya tidak tahu apa lagi yang boleh dianggap sebagai perkara yang menyeronokan.

3 – Namakan satu pementasan teater kegemaran kamu?

Baru-baru ini saya berpeluang menonton teater ‘Matthew Bourne’s Swan Lake’ dan saya sangat sukakanya!. Sebernanya ia lebih kepada persembahan ballet namun ia masih mempunyai intipati sebuah ‘teater’. Persembahan ini berkisarkan tentang kisah cinta indah dan tragis individu yang tidak mahukan perkara lain selain cinta dan berusaha untuk melepaskan diri mereka dari sebuah ‘penjara kehidupan’.

Saya sukakanya kerana tiada penggunaan dialog sepanjang persembahan namun saya masih mampu untuk merasai sendiri perasaan yang ingin disampaikan pelakon di atas pentas. Ia begitu hebat dan menyentuh perasaan sehingga saya menitiskan air mata di penghujung persembahan. Satu lagi persembahan teater yang tak patut orang ramai lepaskan peluang untuk menontonnya adalah ‘ Legally Blonde the Musical’.
  

4 – Jika kamu diberi kesempatan untuk mengarahkan teater berdasarkan novel atau buku, naskah apakah yang akan kamu pilih?

Ohh ini soalan yang agak sukar! Tapi saya pilih untuk mengangkat karya Max Porter bertajuk “Grief Is A Thing With Feathers” ke pentas teater. Ia mengisahkan sebuah keluarga yang berdepan saat duka kehilangan ibu mereka. Kemudian seekor burung gagak gergasi menjadi sebahagian daripada isi rumah mereka. Ia mungkin kedengaran seperti tidak masuk akal namun pada saya ia sebuah kisah indah dan jujur yang memaparkan kesedihan hidup sebuah keluarga. Saya rasa buku ini bagaikan berkait rapat dengan hidup saya yang kehilangan ayah sejak tiga tahun lalu. 

5 – Namakan satu pementasan teater tempatan yang ingin kamu sertai?
Saya berkesempatan menonton ‘Every Brilliant Thing’ karya Theathertreesixty dan saya sangat sukakanya. Pementasan ini sangat interaktif, ia juga sarat dengan elemen komedi serta sedih. Saya mahu menghasilkan sebuah teater seperti ini dan berminat untuk menjadi sebahagian daripada pementasannya.
 
6 – Siapakah idola kamu dalam bidang lakonan?
Selain Her Majesty Queen Meryl Streep, boleh saya katakan bahawa Amy Adams adalah salah seorang pelakon kegemaran saya buat masa ini. Saya mahu menjadi seperti Amy Adams! (ketawa) dia sangat bersahaja dalam lakonannya. Yang paling saya suka tentang Amy Adams, dia jujur dalam setiap persembahannya dan meskipun sering kali silih berganti watak, namun dia masih berjaya mengekalkan identiti dirinya.
 
 

 

7 – Selain bergiat aktif dalam bidang teater, saya pernah terbaca bahawa kamu juga gemar bermain instrumen seperti piano dan biola, jika harus memilih satu di antara dua instrumen ini yang mana kamu pilih?

Biola, kerana ia instrumen yang indah. Semasa kecil saya menonton filem ‘Queen of The Dance’ dari situlah saya mula menanam minat untuk bermain biola.

8 – Lahir sebagai seorang yang sangat berbakat dalam bidang seni, adakah ia datang dari keluarga?
Saya dibesarkan dalam keluarga yang sangat artistik tapi ibubapa kami lebih mahukan kami untuk melibatkan diri dalam bidang sains. Kakak saya menuntut ilmu dalam bidang perbankan tapi dia seorang penari, sementara abang saya belajar dalam bidang Bio-Technology tapi sekarang menetap di Los Angeles bagi meneruskan impiannya sebagai seorang penyanyi.
9 – Maksud seni bagi kamu?
Seni adalah satu medium di mana seseorang boleh mengetengahkan idea dan cerita mereka tersendiri. Bagaimana menjadi ‘human being’ dan menceritakan tentang pengalaman hidup manusia. Itu cara saya melihat seni.
10 – Sudah berapa negara kamu lawati? Namakan satu negara yang paling kamu suka dan ceritakan kenapa?
Ayah saya seorang nakhoda kapal, jadi setiap kali pulang untuk bercuti dia akan membawa kami mengembara ke negara di seluruh dunia. Antaranya Jepun, Canada, Amerika dan Indonesia. Jika saya harus memilih satu negara kegemaran saya, Jepun, kerana dari kecil lagi ayah sering bawa kami makan sushi dan menonton filem klasik Jepun. Saya juga memilih Jepun kerana budaya di sana sangat indah pada pandangan saya.

Soalan Trivia Aniq Durar

Instagram Story atau Facebook Story
Boxer atau Brief
Panas atau Sejuk
Team Mahathir atau Team Anwar
Syed Saddiq atau Khairi Jamaluddin
Izzah Anwar atau Hannah Yeoh
Populariti atau Ilmu
Introvert atau Extrovert
Simpan Bulu atau Bercukur
YouTube atau Netflix

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
You Is Kind, You Is Smart, You Is Important
Aniq Durar