Julia Farhana Marin

Pakaian: Uniqlo Musim Bunga/Panas 2019
Gambar: Chee Wei
Solekan: Fendi Sani
Pengarah Kreatif: Merrisa Emilda
Arahan Seni: Ashura Hakim
Penata Gaya: Ardi Idewani
Video: Jordi Harris
julia Farhana Marin, 26 – pelakon

1 – Pertama, kongsikan segalanya tentang diri kamu?

Saya seorang yang sangat komited dengan kerja. I’m very hard to myself.

Seorang yang suka merancang. Apa sahaja yang saya lakukan dalam kehidupan, semuanya akan saya aturkan sempurna. Selain pelakon, saya juga adalah hos, peragawati dan akan datang mungkin penyanyi. Insha-Allah.

2 – Ceritakan bagaimana kamu menceburi industri lakonan di Malaysia?

Pertama kali saya berlakon adalah tiga tahun lalu. Saya bermula dengan hanya watak sampingan. Sebelum itu, saya bekerja memegang jawatan korporat di salah satu bank tempatan. Saya impikan menjadi pelakon sejak berusia 12 tahun.

Akhirnya saya membuat keputusan untuk menjadi pelakon kerana ia kerjaya impian saya. Saya masih ingat, saya berhabisan duit menjalani banyak sesi fotografi untuk dijadikan sebagai portfolio. Saya hantar ke semua penerbit di Malaysia. Saya juga rajin menyertai sesi casting.

3 – Filem/drama pertama lakonan kamu?

Filem pertama lakonan saya adalah ‘Dorm Melati’ dan drama pertama saya pula ‘Asam Pedas Untuk Dia’. Yang paling terbaru siri televisyen berjudul ‘Salon‘. Selama tiga tahun berlakon ini, boleh saya katakan ia adalah hightlight karier lakonan saya. Melaluinya saya lebih dikenali ramai peminat di luar sana.

4 – Perkara paling kamu gemar ketika berlakon?

Melakonan banyak watak dan peranan untuk filem-filem yang pernah saya lakonkan. Saya suka eksplorasi dan eksperimentasi.

Ketika diberi cabaran – misalnya membuat aksi stunt sendiri atau harus melakonkan watak gila – sesuatu yang saya tidak pernah alami di alam nyata sebelumnya, saya akan mencabar diri sendiri setiap kali mendapat tugasan-tugasan berkenaan.

Saya punya pengarah untuk membimbing lakonan saya. Perkara yang saya suka tentang industri lakonan adalah cabaran dan perkara-perkara baru yang berlaku, yang boleh saya cuba, hampir setiap hari.

5 – Cabaran terbesar bidang lakonan setakat ini?

Doing my own stunt for ‘Salon’.

Saya harus melakukan beberapa aksi yang mencabar diri. Saya harus berlawan, saya harus ‘dibaling’ ke sana ke mari. Apabila saya melihat contoh yang diberikan oleh koreografer sebelum melakukan apa-apa aksi, saya rasa saya tidak mampu melakukannya. Setelah saya cuba, saya mahukan lagi! (ketawa).

6 – Stail lakonan kamu?

Saya cuba untuk menjadi lebih versatil. Lebih terbuka untuk watak-watak yang baru. Jadi saya boleh katakan, versatil adalah kata kuncinya.

 

Fresh Face 2019 Julia Farhana Marin 1 Uniqlo full look

 

7 – Perkara yang membuatkan kamu menerima watak?

Jalan cerita dan pasukan produksi.

Walau kamu bergelar pelakon yang hebat di dunia sekali pun, jika pasukan produksi kamu, misalnya pengarah dan kru-kru filem yang lain tidak serasi, maka lakonan kamu tidak akan menjadi. Ia memerlukan pasukan produksi yang bagus untuk menghasilkan mutu lakonan yang mantap.

8 – Cinta di set penggambaran? Pernah alami? Atau ia hanya sekadar gimik bagi melariskan drama? Pendapat kamu?

Tidak pernah. Seperti yang saya katakan sebelumnya, saya amat dedikasi terhadap kerja, terutamanya bidang lakonan. Di set penggambaran, saya letakkan 100% usaha saya untuk lakonan. Saya yakin saya tidak akan melalui fasa ‘cinta lokasi’ tersebut.

Pandangan saya terhadap gimik dan strategi pemasaran seperti ini yang sedang rancak digunapakai oleh sesetengah penerbit-penerbit filem sekarang, bagi saya sangat subjektif. Asalkan ia tidak melampaui batas.

Saya yakin mereka tiada niat untuk menipu, mereka hanya mahukan watak-watak itu supaya ‘hidup’ di dunia realiti. Jika penonton boleh rasa lakonan kamu itu sebahagian daripada kehidupan mereka, filem/drama tersebut akan lebih dekat dengan mereka.

9 – Pelakon wanita kegemaran kamu? Tempatan dan Hollywood serta kenapa?

Pelakon tempatan, Nadiya Nissa. Sememangnya tentang personaliti, stail lakonan serta segalanya tentang dia, saya suka dan jadikan sebagai contoh tauladan. Sebagai seorang individu pun, saya kenali dia seorang yang sangat peramah. I really like her.

Angelina Jolie kerana kepelbagaian watak dan bakatnya yang mendunia. Dia boleh memegang banyak karakter, menjadi seorang ibu yang penyayang, di samping bergelar penerbit dan pengarah. The fact that she’ll always follow her heart.

10 –  Harapan dan sasaran bidang lakonan kamu untuk 2019?

Bigger and better!

Watak yang besar dan cabaran-cabaran yang lebih mencabar. Jika Allah menghendaki, harapnya saya dapat kembangkan bakat saya dan lebarkan skop lakonan sehingga ke Indonesia, Singapura malah sampai ke taraf Hong Kong atau Hollywood, Insha-Allah.

Soalan Trivia Julia Farhana Marin

InstaStory / Facebook Story
Hangat / Dingin
#TeamMahathir / #TeamAnwar
Syed Saddiq / Khairi Jamaluddin
Izzah Anwar / Hannah Yeoh
Popular / Wisdom
Introvert
/ Extrovert
Guys – Boxer / Brief
Hairy / Clean cut
YouTube / Netflix

 

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Carlos Martinez
Julia Farhana Marin