Khalie Azmi

Khalie Azmi
Gambar: Chuan Looi/Yipieyaya Studio Solekan: Fendi Sani  Pakaian: TSyahmi  Arahan Seni: Merrissa Emilda  Penata Gaya: Azreezal Hafidz & Ardi Idewani  Video: Ryan Mohamad & Ashura Hakim
Khalie Azmi, 28- Penyebar Radio Digital

1- Pertama, kongsikan segalanya tentang diri kamu.

Nama saya Khalie Azmi. Saya punya banyak nama panggilan. Ada yang memanggil dengan nama pendek seperti Khals dan juga Lie. Saya berumur 28 tahun, mempunyai kakak kembar dan kini saya bekerja di Astro Bukit Jalil.

2- Bercerita tentang kembar, siapakah kakak, Fify, di mata Khalie?

Tiada apa boleh saya gambarkan selain satu perkataan ini, soulmate. Dialah segalanya bagi saya.

3- Perkara baik dan buruk tentang Fify pada Khalie?

Banyak haha, but to make it simple, Fify adalah seorang kakak yang mengambil berat tentang adiknya. Yang buruk itu tidak ada, masing-masing ada kebaikan dan keburukan. Tetapi sebagai kakak itu, yelah, I need more and more care. Lebih daripada biasa! Haha.

4- Siapa lagi insan terpenting dalam hidup Khalie selain Fify?

Semestinya mama. Dia segalanya untuk saya dan kakak. Mama adalah kekuatan, pemberi tunjuk ajar dan juga seperti kawan baik kami. Dia jugalah yang sering menasihati dan mengingatkan kami. Mama membentuk siapa Khalie hari ini.

5- Boleh kongsikan perbezaan masa kelahiran Fify dan Khalie?

Beza kami dilahirkan adalah 10 minit. Sebab itu orang kata, adik ini seorang yang cepat beralah. Kerana dia beri kakak peluang untuk keluar dahulu.

6- Khalie dan sukan kegemaran, futsal…

Memang saya suka bersukan. Dan futsal adalah antara sukan aktif Khalie dan kakak semenjak sekolah menengah lagi. Kini kami bergiat aktif juga, sering menyertai pertandingan seperti iMetro, 1 Belia 1 Malaysia, pertandingan untuk zon daerah dan bermacam lagi.

7- Khalie dan muzik?

Bagai syurga perasaannya. Memang saya seorang yang cintakan muzik. Bukan sekadar memberi ketenangan, tetapi muzik juga boleh buat kita berfikir tatkala sedang lagi buntu. Lagu kegemaran saya buat masa sekarang ialah Dusk Till Dawn daripada Sia dan Zayn Malik.

8- Saya tertanya, bagaimanakah kekuatan naluri kamu berdua? Adakah masing-masing dapat merasakan antara satu sama lain?

Naluri ikatan kembar itu memang kuat. Apabila sesuatu yang buruk terjadi kepada kakak, saya pasti akan dapat merasakan. Contoh seperti baru-baru ini, kereta Fify tiba-tiba rosak di tengah jalan di Kuala Lumpur, ketika itu telefonnya pula hampir mati. Dan saya pula merasa tidak sedap hati dan terus mendapat panggilan kakak. Terus saya bergegas ke sana.

9- Tiga item penjagaan wajah yang sentiasa ada di dalam bag tangan kamu?

Saya tidak boleh tinggal tanpa krim BB, pencuci muka dan pelindung sinar ke mana sahaja saya pergi.

10- Satu peraturan menjaga kulit wajah yang sentiasa kamu amalkan dalam kehidupan seharian kamu?

Jangan biarkan kulit terus-terusan berminyak seharian. Cuci muka jika perlu atau bila terasa terlalu kotor. Bagi saya, kalau ke restoran mamak sekalipun, saya pasti ke tandas untuk membilas muka, bagi hilang rasa berlengas itu.

#skingoals saya adalah untuk mencapai kulit yang mulus, halus dan bersih. Selain itu saya mahukan tona kulit yang sekata. Itu masalah nombor satu saya.”

PRODUK SARANAN KAMI UNTUK JENIS KULIT berminyak SEPERTI khalie azmi

  1. Mario Badescu Cucumber Cleansing Lotion
  2. Sephora Collection Clarifying Booster
  3. Skin Inc Hydrating Shield
  4. Tarte Rainforest of the Sea Marine Boosting Mist

Produk boleh didapati di Sephora

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Fify Azmi
Khalie Azmi