Zee Zaki

Zee Zaki

Sitting Editor: Ardi Idewani
Pakaian: UNIQLO
Gambar: Edmund Lee
Solekan: Emmy Agung
Rambut: Fendi Sani
Arahan Seni: Merrissa Emilda
Penata Gaya: Azreezal Hafidz & Ardi Idewani
Video: Jordi Harris, Ryan Mohamad & Ashura Hakim

ZEE ZAKI, 25 – EKSEKUTIF MEDIA SOSIAL

1- Pertama, kongsikan segalanya tentang diri kamu.

Nama penuh saya yang sebenar adalah Zulaikha binti Zaki. Tapi lebih dikenali oleh keluarga dan teman-teman sebagai Zee Zaki. Saya dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 13 September 1995 tetapi dibesarkan di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Kini saya berumur 25 tahun dan sedang lagi bekerja sebagai seorang eksekutif sosial media di FashionValet.

2- Bagaimana karier kamu di dalam industri fesyen ini bermula?

Karier saya dalam industri fesyen ini bermula apabila saya mendapat tawaran kerja yang pertama sebagai retail assistant di butik Pestle & Mortar Clothing di Bangsar. I’ve always had interest in fashion growing up sebab saya suka kumpul majalah fesyen, kemudian sering melihat ibu saya membeli baju dan bergaya apabila dia pergi kerja. Bekerja di dalam dunia retail ini sebenarnya langkah pertama saya menjejakkan kaki ke dalam industri fesyen lokal. Ini kerana di situlah saya mula dan banyak belajar tentang jenama-jenama lain yang popular di Malaysia.

3- Memandangkan kamu seorang yang minat fesyen, boleh kamu huraikan pada kami stail peribadi kamu?

I describe my personal style as a “mood-type” of person or “a little bit of everything”. Saya tak suka hanya berpegang pada satu jenis stail. Fashion is always evolving. Siapa tahu, hari ini saya mungkin boleh bergaya stail jalanan, esok saya boleh menggayakan stail Parisian minimalist, dan mungkin satu hari saya boleh gayakan sesuatu yang bold dan bright – bits of everything! Dan apabila saya kata “mood-type” of person, maksud saya itu gaya saya itu bergantung kepada mood saya setiap hari apabila bangun pagi – ia boleh berubah setiap hari.

4- Siapakah style muses kamu? Boleh kongsikan mengapa?

Style muses saya ialah Audrey Hepburn, Rihanna, Twiggy, Beyonce dan Grace Kelly. Wanita-wanita ini memiliki stail peribadi mereka yang tersendiri serta mereka inilah yang mencipta fenomena fesyen. Audrey Hepburn yang memulakan fenomena LBD (little black dress), Twiggy pula dengan inspirasi fesyen wanita British yang cukup funky, Grace Kelly dengan imej Hollywood vintajnya manakala Rihanna and Beyoncé with their ever-evolving styles.

Zee Zaki

5- Ada sebarang nasihat untuk mereka yang mahu memulakan karier kerjaya mereka dalam bidang fesyen?

Nasihat saya untuk sesiapa yang mahu memulakan karier kerjaya mereka dalam bidang fesyen adalah untuk bersedia membuat dan menghadapi perkara-perkara remeh. Maksud saya, perkara remeh itu ialah seperti stim baju, set up for shoots, mengemas dan sebagainya. Perkara remeh ini adalah tugasan yang penting dan wajib ada dalam jika kamu bekerja di dalam industri fesyen. Tidak semuanya indah dan glamor. Dan yang paling penting, arus fesyen ini amatlah pantas, dan kamu yang seharusnya mengejar dan pastikan saling seiring.

6- Huraikan diri kamu dalam 5 perkataan.

Awkward, cheerful, fun, pemalu dan daring.

7- Kamu punya hobi? Boleh kongsikan Bersama kami.

Saya amat meminati fotografi. Dan di waktu lapang, saya lebih suka untuk meluangkan masa di muzium dan balai seni.

8- Kamu suka mengembara? Where is the most amazing place you’ve ever visited? Atau negara mana yang pernah memberikan kenangan paling indah buat kamu?

Saya amat suka mengembara! The most amazing country I’ve visited would be Japan. Jepun salah satu negara di mana kamu boleh lihat dunia moden dan zaman dahulu wujud bersama. Mereka menggabungkan serta mengamalkan ilmu moden dan kemudahan era kini di dalam bandar-bandar yang masih aktif dalam kegiatan pertanian serta gaya hidup “kampung” mereka. I think it’s something that every country should apply.

9- Dunia hari ini kita didedahkan dengan dunia media sosial, digital dan terma influencer dapat dilihat dan diguna pakai oleh sesiapa sahaja. Pada pandangan kamu, apakah yang membuatkan seseorang itu seorang Social Media Influencer yang berjaya?

Selepas bekerja hampir tiga tahun dalam dunia media sosial ini, saya mampu katakan seorang influencer media sosial yang berjaya ialah seseorang yang menggunakan pengaruh mereka dengan cara mencipta content yang mampu mendidik pengikut mereka untuk melakukan perkara baik. Dunia fesyen, kecantikan dan semua ini adalah sesuatu yang baik namun apa kata dalam masa sama gunakan pengaruh itu untuk mendidik orang ramai di luar sana tentang isu-isu seperti kesihatan mental, self-love, amal kebajikan serta isu alam sekitar. Pada saya, itu adalah ciri-ciri seorang influencer yang berjaya.

10- Akhir sekali, bersempena tahun baru, apa yang kamu ingin capai dalam tahun 2020 ini. Ada sebarang azam yang kamu boleh kongsikan bersama kami.

Azam saya untuk 2020 adalah untuk belajar mengurangkan kadar anxiety dan ketakutan dalam diri saya apabila membuat satu-satu keputusan. It may sound small but to me it has held me back from a lot of great things that I could have been good at. Saya seorang yang sangat suka berfikir secara melampau. Jadi, untuk tahun 2020 ini, akan menjadi tahun untuk saya mengatasi masalah ini. InsyaAllah.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Azwan M. Ali
Zee Zaki